Pages

Khamis, 8 Mac 2012

Ciri-Ciri Pemenang Pertandingan Meja Terurus

Saya ingin mengucapkan tahniah 10 pelajar yang menjadi kumpulan pertama pemenang Anugerah Meja Terurus Bulan Februari yang telah disampaikan semasa perhimpunan pagi mingguan baru-baru ini.  Antara  pemenang berkenaan ialah Muhammad Aliyas bin Kamaludin dari kelas 5 PKE1.  Diantara ciri-ciri atau spesifikasi yang dinilai oleh panel pemilihan ialah :
  1. Bahan wajib yang perlu dipaparkan seperti Jadual Head Count.
  2. Bahan hasil kreatif dan bermaklumat seperti jadual waktu persendirian, kata-kata hikmah / kata-kata  pujangga sebagai inspirasi
  3. Kekemasan susunan / aturan bahan yang diletakkan / ditampal di atas meja.
  4. Penjagaan meja - seperti balutan plastik alas meja 
  5. Sisipan foto seperti foto familii atau tokoh yang dikagumi / idola (bukan politik) 
  6. Paparan formula, nota, peta minda berkaitan subjek yang dipelajari (Nota : Semasa peperiksaan / ujian, bahan ini perlu dikeluarkan daripada paparan atas meja)


Bahan kreatif yang terdapat pada meja salah seorang
pemenang Hadiah Meja Terurus (Bulan Februari)

Muhammad Aliyas bin Kamaludin bangga dengan mejanya yang terpilih antara
pemenang anugerah bulanan berkenaan

Rabu, 7 Mac 2012

Bilik Sejarah Semakin Mantap

Bilik Sejarah SMT Jasin nampaknya semakin menyerlah dan indah. Dengan skima 5S yang cuba diterapkan, saya yakin ianya nanti boleh membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah ini.  Saya cadangkan kita perbanyakkan lagi kelengkapan serta bahan bantu mengajar berkaitan subjek Sejarah untuk meningkatkan lagi keberkesanan fungsinya.

Bilik Sejarah semakin anggun dengan spesifikasi 5S

Bahan bermaklumat yang terdapat
di Papan kenyataan Bilik Sejarah

Label nombor kerusi dan garisan parkir

Bantuan pelajar Kelab Sejarah  juga amat membanggakan

Menyediakan bahan bagi memenuhi skima 5S


Selasa, 6 Mac 2012

Sana Sini Masih Lagi 5S


Aksi berani Pn Noraini dan Pn Niza memasang
banner 5S di pintu masuk pejabat
Dewan Makan Asrama masih belum mengikuti
skima 5S sepenuhnya walaupun nampak kemas
Label PIC yang akan dilekatkan
disemua unit-unit berkaitan

Antara label PIC yang telah dilekatkan

Paparan carta organisasi sekolah
yang telah berwajah baru


Sempat bergaya di papan kenyataan yang terdapat
di bilik pengawas

Carta organisasi di bilik pengawas
Pelajar 5 PKE1 berlatih menyanyikan lagu tema 5S sekolah
dalam Program 5 Minit 5S 

Ahad, 4 Mac 2012

Tahniah Kelas 5 PKA 2 Juara 3K Bulan Februari

Tahniah diucapkan kepada kelas 5PKA2 dibawah bimbingan Tuan Syed Daud yang berjaya muncul juara keseluruhan bagi bulan Februari pertandingan 3K antara tingkatan. Hadiah hamper kepada kelas dan guru tingkatan turut diberikan pada perhimpunan pagi ini. Kelas ini juga layak menerima hadiah lawatan pada suatu masa yang akan ditentukan.

Dari pemantauan saya, banyak kelas sedang berusaha meningkatkan aspek 3K masing-masing dan cuba menerapkan 5S dalam perlaksanaannya. Pihak sekolah telah memperkenalkan satu lagi pertandingan sebagai komplimen kepada program 3K dan 5S. Pertandingan yang dimaksudkan dipanggil sebagai pertandingan meja terurus. Setiap bulan, panel pemilih yang terdiri dari guru bertugas mingguan bagi minggu terakhir bulan berkenaan akan memilih10 hingga 15 pemenang yang bakal menerima hadiah istimewa dalam perhimpunan mingguan sekolah.  Pelajar perlu mengemaskini meja masing-masing dengan mengambil kira  pemberatan 70% bahan yang disediakan sendiri mengikut kreativiti masing-masing.   Pemberatan 30% lagi merupakan bahan-bahan yang disediakan seragam oleh guru tingkatan seperti dokumen head count, jadual kelas, misi dan visi sekolah dan sebagainya.
Kelas 5 PKA2 pemenang pertandingan 3K bulan Februari

Dua pelajar 5PKA yang saya lihat  membantu
menceriakan kelas pada sebelah petang

Merah sangat Mak Ngah !!.  Tapi nampak menarik juga

Antara kelas yang sedang berusaha meningkatkan 3K dan 5S

Papan kenyataan masih kosong tapi ada usaha
meningkatkan 3K dan 5S di kelas

Kelas nampak kemas dan menarik

Antara pelajar yang sedang mengemaski
kelasnya disebelah petang