Pages

Rabu, 16 Julai 2014

Mesyuarat Guru Bil 4/2014 (Points Of Talk Pengetua)

1. Takwim Aktiviti Bulan Julai 2014 :

a. Majlis Ihya’ Ramadhan JPNS /PPD pada 10 Julai – bermula jam 6.30 petang
b. Ujian Pengesanan 2 mulai 15 hingga 17 Julai 2014
c. Jumaat 25 Julai - Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Anugerah Akademik (tingkatan 5 sahaja) dan Program Titian Emas (Pertemuan ibu bapa / penjaga dengan guru – tingkatan 5 dan pelajar tahun 1 KV)
d. Persediaan pertandingan inovasi kategori PdP guru dan produk murid untuk dibawa ke pertandingan inovasi SMT dan KV peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuantan pada awal September. (Sasaran minggu pertama bulan Ogos – produk mesti siap sedia dipertandingkan)
e. Penerimaan peralatan untuk kursus bakeri dan seni kulineri
f. Lawatan Penarafan Kecemerlangan KV dan SMT oleh BPTV

    i. Kemaskini fail bagi aspek penilaian yang berkaitan
   ii. Dokumen perancangan dan perlaksanaan program
   iii. Dokumen perlaksanaan / penyeliaan

g. Program “Kembara Melaka Gemilang” - Lawatan pemantauan pihak JPN / PPD berkaitan pengurusan akademik berkaitan

i. Perlaksanaan model GROW
ii. Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun (SAPS)
iii. Qnet Off Line (sasaran kecemerlangan akademik sekolah)
iv. Program Kecemerlangan Akademik Sekolah
v. Program Pembentukan Sahsiah Murid
vi. Prestasi perbelanjaan PCG

h. Berkaitan dengan lawatan pemantauan ini, guru perlu kemaskini Buku / Fail Rekod Persediaan Mengajar, semakan buku latihan dan tugasan murid, kemaskini dokumen dan fail perancangan panitia, fail-fail serta eviden berkaitan PBS dan guru kelas / subjek kemaskini rekod head count dll

2.  Perubahan beberapa portfolio seperti Ketua Panitia BM dan Ketua Unit Perhubungan serta AJK yang lain.
3. Kutipan bayaran majalah sekolah – serahkan kepada KPT dan bukannya PIBG
4.  Guru kelas tidak dibenarkan mengutip yuran makan asrama untuk diserahkan kemudiannya kepada penyelia asrama.
5.  Program akademik tingkatan 5 selepas tamat semester pendek
  a. Pencerapan guru – maklumat tarikh dan masa pencerapan akan diberitahu secara sms paling lewat sehari sebelum sesi pencerapan dilaksanakan.

  b. Pemeriksaan latihan dan tugasan pelajar – semua guru subjek bagi tingkatan 5 perlu hantar sample 5 nota / latihan kepada pengetua yang dikumpulkan melalui GKMP (Tarikh akhir : Selasa 15 Julai 2014)

  c. Program cakna minda setiap subjek SPM

    i. Semua guru dalam panitia perlu hadir semasa program dilaksanakan.
    ii. Penekanan kepada aktiviti perbengkelan dan bukannya ceramah sahaja.
   iii. Semua guru panitia perlu menjadi fasilitator sesi perbengkelan yang dikendalikan oleh penceramah         jemputan
   iv. Perlu ada borang penilaian program
   v. Post mortem program yang dilaporkan

6.  Program Kelas Tambahan :

  i. Semua kelas tambahan tingkatan 5 termasuk yang jalankan pada sebelah malam boleh membuat tuntutan elaun dengan syarat kelas yang diadakan bukan untuk menggantikan waktu kelas yang tiada disebabkan oleh guru berkursus dsb.

  ii. Tuntutan mestilah telus dan dibuat dengan menyertakan senarai nama pelajar dan tandatangan pelajar yang hadir, ringkasan sesi dan salinan bahan edaran / tugasan serta tandatangan perakuan / pengesahan Ketua Panitia / GKMP)

  iii. Penyelaras kelas tambahan akan membuat semakan dan diperakui pula oleh PK1 sebelum tuntutan bayaran dikemukan kepada bendahari PIBG.

iv. Sepanjang Ramadhan, kelas tambahan petang dilaksanakan tanpa jadual rasmi iaitu mana-mana guru yang berkesempatan bolehlah melaksanakannya.

7.  Pengurusan dan Perkembangan Mengenai KV

a. Berlaku kelewatan kontraktor menyiapkan projek ubahsuai dan naik taraf (USNT) yang berkaitan dengan ubahsuai makmal guna sama kursus Peruncitan / Pemasaran, makmal guna sama kursus Perbankan / Pengurusan perniagaan dan makmal komputer Jabatan Bisnes

b. Pembekalan komputer yang tertangguh untuk kursus bisnes, sistem rangkaian dan sistem komputer – dijangkakan akan diterima sebelum hujung tahun ini.

8.  Program Jelajah Industri :

  i. Peringkat persediaan untuk melaksanakan MOU serta majlis menandatangani MOU dengan syarikat yang telah dilawati
  ii. Bahan program sedang didokumentasikan oleh Unit Dokumentasi
  iii. KU dan KJ perlulah ambil langkah susulan setelah selesai Jelajah Industri untuk manfaatkan peluang kerjasama dengan syarikat berkenaan spt jemputan untuk memberi ceramah atau bengkel kepada pelajar, melaksanakan latihan untuk pensyarah serta menggunakan kemudahan yang dibenarkan untuk pensyarah dan pelajar.

9.  Program Latihan dan Perkembangan Staf

  i. Tambahan peruntukan RM 40,000.00 telah diterima.
  ii. KU dan KJ perlu aggresif dan proaktif untuk cari maklumat serta dapatkan peluang melaksanakan kursus dan latihan
  iii. Kursus yang banyak akan membolehkan pensyarah mengumpul sijil bagi memudahkan urusan PPT SKM
  iv. Rancang juga kursus yang boleh meningkatkan pengetahuan pensyarah untuk mengajar modul2 bagi semester akan datang
  v. KJ perlu pastikan setiap kursus melaksanakan sekurang-kurangnya 3 lagi program latihan untuk pensyarah sebelum akhir bulan September 2014.

10.  Guru perlu sentiasa kemaskini data-data berkaitan sistem online

a. Sistem HRMIS :

  i. Kemaskini maklumat diri dan perkhidmatan selengkapnya
  ii. Kemaskni maklumat peristiharan harta
  iii. SKT dan LNPT

b. Sistem e-Pangkat – kemaskini data peribadi maklumat pasangan untuk tapisan SPRM
c. Sistem Pengurusan Latihan (SPL) - dulu dikenali sebagai eSPLG

i. Pada tahun 2014 hanya kursus yang dianjurkan oleh organisasi luar KPM dan modul-modul Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) sahaja dibenarkan didaftarkan menerusi modul Individu. Ia bagi mempastikan semua penganjur mendaftarkan aktiviti yang dianjurkan bagi mengelakkan tindanan perekodan dan kesesakan talian pada hujung tahun
ii. AJK LADAP sekolah perlu mengemaskini maklumat pelaksanaan kursus/ bengkel/ latihan yang dianjurkan secara berkumpulan/schoolbase menerusi modul SULDP.

11. Pengurusan Pendaftaran KV Jasin sebagai PB (Pusat Bertauliah)
a. Jawatankuasa pengurusan pendaftaran PB memerlukan kerjasama semua pihak
b. KU dan KJ perlu proaktif mengumpul dokumen serta lain-lain perkara yang dperlukan dari anak buah masing-masing
c. Tn Hj Zakaria sebagai KJK akan membuat seliaan berkaitan perkara ini

12.  Hal-hal lain :

a. Terima kasih berkaitan sumbangan dan penglibatan semua guru dalam berkaitan dengan
  i. Sukan Tahunan Sekolah
  ii. Perlaksanaan modul Employbility Skills
  iii. Pengendalian peperiksaan semester 1 buat pertama kalinya

b. Program Frog VLE
  i. Semua guru, pelajar dan penjaga sepatutnya telah diberi ID untuk penggunaan Frog VLE
  ii. Markah prestasi dan graf penggunaan Frog VLE yang boleh dipantau oleh KPM.
  iii. Cik Yiap dan AJK akan merancang program susulan dan KPI penggunaan Frog VLE akan ditentukan
c. Majlis Hari Anugerah Kualiti KV Jasin (Pengurusan, Akademik dan KOKU) – cadangan jemput Dato’ pengarah BPTV – guru seboleh-bolehnya pakai baju korporat KPM semasa majlis berkenaan.
d. Penyeliaan juruteknik (Pembantu Jurutera) oleh Tn Hj Zakaria (PKKOKU / KJK)
e. Cadangan pembukaan Cyber Café di asrama yang diuruskan oleh koperasi
f. Peringatan mengenai majlis Bacaan Yaasin setiap pagi Jumaat sepanjang Ramadhan mulai 7.30 pg – semua diminta hadir awal dan terus ke surau sekolah untuk bersama pelajar
g. Pakaian semasa bekerja :
  i. Semua pensyarah KV Jasin perlu menyerlahkan imej korporat dan sentiasa kemas dari pagi hingga ke petang
  ii. Elakkan memakai sandal dan T-Shirt sepanjang masa
h. Semua pensyarah perlulah
  i. Versatile dan berdaya maju serta dahagakan ilmu pengetahuan
  ii. Multi skills dan boleh buat apa sahaja
  iii. Cepat dan bersegera dan bukannya lambat dan bersahaja
  iv. Prihatin dan mengambil tindakan
  v. Tingkatkan semangat kekitaan serta kerjasama
  vi. Jawab “Ya” dulu dan beri alasan kemudian dan bukannya alasan dulu sebab tak mahu tambah beban kerja
  vii. Menghindari tabiat yang buruk yang boleh mengeruhkan hubungan sesama rakan