Beberapa dokumen serta bahan edisi terbaru telah pun dimuat naik ke Laman Web SMT Jasin baru-baru ini. Antaranya ialah Borang Agihan Tugas Ahli Panitia, Panduan Format Perancangan Panitia, Panduan Format Penyediaan Kertas Kerja, Format Penyediaan Dokumen SKT, Borang Jual Beli Waktu P&P, Borang Rujukan Kes Kepada Kaunselor dan sebagainya. Silalah ke laman web sekolah ini untuk mendapatkan bahan berkenaan melalui menu muat turun.
Isnin, 9 Januari 2012
Langkah Pengindahan Kantin Sekolah
Pada tahun 2012 ini kita berazam untuk menaik taraf kemudahan serta meningkatkan tahap keceriaan kantin untuk menjadi salah satu lokasi menarik di sekolah ini. Ini merupakan hasrat murni yang memerlukan kerjasama serta keprihatinan semua warga sekolah. Kita semua mestilah bersama berganding bahu untuk sentiasa menjaga kebersihan kantin selain pemantauan yang dilakukan oleh pihak jawatankuasa kantin sekolah. Diantara cadangan penambahbaikan kantin sekolah ialah seperti berikut :-
- Membaiki semua kerusi dan meja diruangan dewan terbuka kantin
- Pemasangan semula kain skirting untuk semua meja kantin.
- Meletakkan pokok-pokok bunga yang bersesuaian di premis kantin.
- Menyusun batu-batu sungai yang berbagai saiz di mana-mana sudut berkaitan
- Penggantian berfasa meja dan kerusi kantin kepada jenis fibre berwarna warni ala restoren KFL / Mac Donald
- Menambah lukisan mural bertemakan kehijauan taman
- Pemasangan langsir bermotifkan kehijauan tumbuhan yang menyegarkan di ruangan makan untuk staf dan VIP
- Pemasangan beberapa unit lampu hiasan antik
- Tambahan 4 meja bulat dan kerusi jenis kayu di ruangan makan untuk staf dan VIP
![]() |
| Ruang makan untuk staf dan VIP yang semakin ceria |
![]() |
| Lagi sudut bahagian dalam ruang makan untuk staff dan VIP |
![]() |
| Mural awan yang menarik telah pun dilukis di bahagian siling ruangan makan untuk staf dan VIP |
Sabtu, 7 Januari 2012
Jadikan SMT Jasin Sebagai Sekolah Dalam Taman
Kita sedang berusaha untuk mempertingkatkan tahap keceriaan dan keindahan premis sekolah sebagai langkah untuk merialisasikan impian kita untuk menjadikan SMT Jasin sebagai sekolah dalam taman. Berapa projek sedang diusahakan antaranya ialah kerja mencantas pokok-pokok yang terlalu tua serta tidak dapat diuruskan lagi bagi membolehkan pokok tunas baru dijaga rapi dari semasa ke semasa. Antaranya ialah pokok-pokok kipas yang telah uzur serta rimbunan pokok buluh yang terdapat berhampiran blok pentadbiran sekolah. Dalam pada itu, kerja membangunkan taman baru di depan pejabat juga sedang diusahakan dengan menanam pokok-pokok bunga yang baru mengikut seni taman yang lebih menarik. Dalam pada itu 2 pondok rehat juga sedang dibangunkan dengan menggunakan bahan buangan kayu serta atap genting dari kuarters blok H yang telah diperbaiki baru-baru ini.
![]() |
| Kerja menebang pokok kipas yang telah uzur yang terdapat berhampiran blok pentadbiran |
![]() |
| Encik Shadali sedang memotong dahan pokok kipas tua yang telah ditebang |
![]() |
| Kerja membersihkan pokok kipas |
![]() |
| Kerja membina pondok rehat dari bahan terpakai |
![]() |
| Pondok rehat berhampiran surau sekolah sedang dibina |
Rabu, 4 Januari 2012
Promosi SMT Jasin Ke Arah Kolej Vokasional
Banner ini bakal dipasang di dinding banggunan sekolah sebagai promosi SMT Jasin yang bakal menjadi Kolej Vokasional pada tahun 2013 nanti. Untuk makluman semua, SMT dan SMV diseluruh Malaysia telah diarahkan oleh pihak BPTV untuk melaksanakan aktiviti promosi Kolej Vokasional. Saya rasa salah satu cara SMT Jasin melaksanakannya promosi ini ialah dengan mempamerkan banner khusus dari semasa ke semasa.
![]() |
| Banner promosi Kolej Vokasional Jasin. Sila klik foto banner ini untuk paparan yang lebih jelas |
Selasa, 3 Januari 2012
Tahun 2012 - SMT Jasin Jalan Seiring Dengan Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional
Persekolahan tahun 2012 akan bermula pada 4 Januari 2012. Bagi penghuni asrama SMT Jasin, mereka telah mula mendaftar kembali ke asrama pada hari ini 3 Januari mulai jam 9.00 pagi. Kalangan mereka ada juga yang tertahan tidak boleh mendaftar asrama kerana salah laku berat. Beberapa pelajar pula dibenarkan mendaftar secara bersyarat setelah menandatangani dokumen akur janji. Akhirnya ibu bapa dan penjaga juga yang terpaksa menanggung perasaan kecewa dan hampa akibat salah laku yang dibuat anak mereka di asrama pada tahun lepas. Pihak pengurusan sekolah dan warden terpaksa mendahulukan kesejahteraan majoriti pelajar yang ingin tinggal di asrama dengan aman dan tidak diganggu gugat oleh perangai buruk sesetengah pelajar. Semua pelajar kerap diingatkan supaya tidak sekali-kali melanggar peraturan dan undang-undang sekolah dan asrama dari semasa ke semasa.
Tahun 2012 merupakan tahun transisi SMT Jasin menuju ke arah pembentukan Kolej Vokasional Jasin Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2013. Oleh yang demikian, proses transformasi ini perlu didukung oleh semua warga sekolah khususnya guru dan staf SMT Jasin selain daripada memperkasakan 2 kumpulan terakhir pelajar teknikal yang masih ada di sekolah ini iaitu pelajar tingkatan 5 dan pelajar tingkatan 4 yang bakal mendaftar pada 9 Januari nanti.
![]() |
| Banner menarik berkaitan tranformasi VocTech yang bakal dipasang di dinding bangunan SMT Jasin tidak lama lagi (Sila klik untuk paparan yang lebih jelas) |
Langgan:
Catatan (Atom)










