Isnin, 9 Julai 2012
Jumaat, 6 Julai 2012
Alamat Baru Facebook Page SMT Jasin
Untuk memudahkan lagi warga Sekolah Menengah Teknik Jasin, bekas pelajar serta pihak lain mengingat alamat Facebook Page SMT Jasin, saya telah menukarkan alamatnya dengan perkataan yang lebih "catchy" serta mudah diingati iaitu "jasinbest" sama seperti saya menamakan alamat blog ini sebagai "jasinbest". Semua menggunakan huruf kecil dan rapatkan perkataan "jasin" dan "best". Oleh yang demikian mulai hari ini sila gunakan alamat berikut untuk ke Facebook Page SMT Jasin :
Selasa, 19 Jun 2012
Tambah Seorang Lagi Pelajar mendapat 10A Penuh
Pelajar SMT Jasin yang berjaya mendapat 10A penuh telah meningkat seorang lagi menjadi 5 orang berdasarkan keputusan semakan terkini yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Amirul Ashifaq bin Sallehuddin (bekas pelajara 5 Integrasi) yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang itu. Semoga berita gembira mengenai kejayaan ini menjadi perangsang kepada Amirul dan seterusnya pula memberi semangat kepada semua pelajar SMT Jasin yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi untuk mencontohi kegigihan beliau.
Isnin, 11 Jun 2012
Facebook Page SMT Jasin
Mulai semalam, warga SMT Jasin boleh berinteraksi melalui Facebook Page yang baru dibuka oleh pihak pentadbiran sekolah di alamat berikut :
Facebook Page ini dikembangkan melalui akaun Facebook saya sendiri yang secara tidak langsung bertindak sebagai "manager". Saya seterusnya telah melantik Guru Penolong Kanan 1 iaituTn Hj. Mustaza sebagai "moderator". Tugas "manager" dan "moderator" ialah seperti berikut ;
Dalam pada itu, semua warga SMT Jasin boleh menyertai Facebook Page ini tanpa perlu menawarkan diri sebagai "Friend" sebagai mana kebiasaannya. Anda hanya perlu "Log In" (jika telah mempunyai akaun Facebook) atau Sign Up" (Jika baru ingin membuka akaun Facebook). Anda boleh memberi komen, membuat respon, memilih "like" atau tidak dan sebagainya melalui laman ini. Beberapa ciri istimewa telah pun dipasang di Facebook Page ini untuk tujuan keselamatan. Ini termasuklah "mengunci" berbagai perkataan sensitif supaya tidak boleh digunakan semasa membuat komen. Bilangan perkataan berkenaan boleh ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
Dengan terbitnya Facebook Page SMT Jasin ini, warga SMT Jasin boleh melihat serta memuat turun lebih banyak foto berkaitan dengan program sekolah. Jadi saya tidak perlu memuatkan banyak foto di blog ini lagi kerana ianya memakan banyak masa. Saya mengucapkan selamat menggunakan Facebook Page ini untuk kita memakmurkan lagi alam komunikasi maya dikalangan warga SMT Jasin. Bravo SMT Jasin !!!!!

Jumaat, 1 Jun 2012
SMT Jasin Terima Penghargaan BPTV
Dalam majlis sempena mesyuarat pengetua SMT, SMV dan Kolej Vokasional di Pulau Pinang baru-baru ini, SMT Jasin telah menerima 2 surat penghargaan daripada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan kejayaan sekolah melepasi KPI peperiksaan SPM serta kejayaan sekolah mendapat pensijlan 5S baru-baru ini. Kedua-dua surat penghargaan telah disampaikan oleh Tn Hj Ahmad Tajudin bin Jab selaku Pengarah BPTV, KPM. Terima kasih kepada semua yang telah membantu kearah mencapai kejayaan berkenaan.
| Penyampaian surat penghargaan kepada SMT Jasin oleh Tn Hj Ahmad Tajudin bin Jab, Pengarah BPTV |
Langgan:
Catatan (Atom)