Jumaat, 18 Mei 2012

Pelajar Kita Jadi Penyokong Jepun !!!


Kejohanan hoki Piala Belia Asia yang dilangsungkan di Stadium Hoki Bukit Serindit Melaka menyaksikan Malaysia muncul juara mengalahkan Pakistan dengan jaringan 2 berbalas 1.  Dalam pada kita sibuk menyokong pasukan kesayangan kita Malaysia ... ada juga penyokong palsu ..... iaitu penyokong upahan yang disediakan oleh pihak penganjur kejohanan.  Rupanya 150 pelajar Sekolah Menengah Teknik Jasin telah diupah khas untuk menjadi penyokong pasukan hoki Jepun. Saksikanlah gelagat mereka melalui paparan foto-foto ini.   


"Michiko"  dengan bendera Jepun kesayangannya

Sorakan hangat penyokong Jepun

Wah bendera Jepun masa perang dunia pun ada 

Sorakan Jepun oh Jepun

Jepun .. oh Jepun

Lambaian bendera Jepun oleh penyokong

Aksi di podium penyokong Jepun

Sokong Jepun sampai ke malam

Alamak ... penyokong Jepun dah haus ..

Wah ... suka benar si Jepun ni bila disokong
oleh pelajar SMT Jasin

Mentor pasukan sorak Jepun yang
didatangkan khas dari Jasin

Memang sebijik ada rupa orang Jepun pun ...

Isnin, 14 Mei 2012

Acara Menembak Bakal Jadi Tumpuan Hari Guru Esok

Enam laras senapang kayu telah siap disediakan untuk acara menembak sempena Hari Guru esok.  Acara ini tentunya menarik kerana terdapat ramai penembak handalan di sekolah ini.  Antara mereka yang telah bersiap sedia untuk bertanding dalam acara ini ialah Ecik Phoo, Encik Rashid dan Encik Isa.  Difahamkan  mereka telah berlatih secara intensif selama sebulan untuk memenangi acara ini. Saksikan kehebatan mereka bersama senapang masing-masing esok !!!

Enam laras senapang kayu yang siap disediakan

Tiga penembak handalan dengan senapang kayu
masing-masing


Selamat Hari Guru

Sempena Sambutan Hari Guru saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru Sekolah Menengah Teknik Jasin.  Jasa serta sumbangan cikgu semua dalam mendidik anak bangsa sungguh dihargai serta disanjung tinggi.  Saya berharap kita akan untuk terus berjuang untuk meningkatkan lagi kecemerlangan pelajar sekolah ini dalam berbagai bidang.  Semoga Allah membalas jasa bakti yang cikgu telah curahkan selama ini.  Terima Kasih.


Rabu, 2 Mei 2012

Warna Warni Kejohanan Bowling Guru dan Staf Sokongan SMT Jasin

Pada Sabtu 28 April lalu telah dilangsungkan Kejohanan Bowling Untuk Guru dan Staf Sokongan SMT Jasin yang berlangsung di Malacca International Bowling Centre (MIBC) di Ayer Keroh Melaka.  Seramai 60 orang telah menyertai pertandingan berkenaan dengan sokongan ahli keluarga yang turut hadir. Johan keseluruhan berjaya disandang oleh pembowling handalan sekolah ini iaitu Cikgu Fakharudin yang menerima hadiah sebakul biskut dan kueh mueh.

Tinggal 2 jari cam mana nak baling bola bowling tu

Iklan sebelum bertanding

Balingan hebat daripada Tn Hj Zakaria

Kadangkala rosak pula skrin paparan di lane bowling ni

Ada gaya. Geram pun ada

Macam ringan aje bola bowling ni ..

Betul ke ni ... macam pakai kasut sebelah hitam sebelah merah  ni...

Paparan Markah Balingan

Alamak .. boleh sonyum pulak ..

Gaya seorang juara


Balingan paling sopan

Penyampaian Hadiah

Jumaat, 27 April 2012

Prestasi Cemerlang Pasukan Bola Sepak SMT Jasin

Berita gembira untuk kita semua ... Pasukan bola sepak kita baru saja petang tadi layak ke final setelah berhempas pulas mengalah beberapa pasukan lawan.  Tahniah kepada semua pemain serta guru penasihat mereka (Cg Asnor, Cg Abd Rahman dan Cg Rosmeera).  Esok pasukan kita akan bertemu MRSM Jasin di  perlawanan akhir MSSD Jasin yang akan berlangsung di padang SMK Selandar mulai jam 9.00 pagi.  Harap pemain seperti  Tobe'k, Jambu, Pelat dan Uda akan terus menyerlah. Semoga Berjaya dan Selamat Berjuang !!!.

P/S :

Update :  Kita kalah 2-1 tetapi dengan semangat juang yang tinggi walaupun tanpa striker handalan seperti si Jambu yang tidak dapat bermain kerana kecederaan kaki.  Bayangkan lah ... semalam dipaksa bermain 2 perlawanan dengan rehat antara perlawanan hanya 30 minit.   Kemudian dipaksa pula lawan final hari ini.  Gara-gara arahan semua pertandingan pada hari persekolahan mesti mula jam 2.00 petang.... tak kiralah hujan dan ribut.

Cikgu Rizal pun turut memghulurkan tangan
membantu pemain yang keletihan


Cikgu Abd Rahman dan Cikgu Nazri sibuk
mengarahkan pemain kita

Cikgu Rosmeera sedang mengurut keeper
si Uda yang tergeliat.  Opss.. jangan lepas angin ye

Si Uda begitu gembira setelah menyelamatkan
beberapa cubaan bahaya pihak lawan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...