Dijangkan pada 31 Oktober hingga 3 November 2012, asrama SMT Jasin akan menjadi tempat penginapan peserta lelaki bagi Karnival Asrama Vokasional dan Teknik (KAVot) 2012. Dalam karnival ini, para peserta terdiri dari para pelajar tahun 1 Kolej Vokasional, pelajar tingkatan 4 (SMT dan SMV) serta pelajar tingkatan 6 bawah (SMT) mewakili asrama sekolah zon masing-masing termasuk dari Sabah dan Sarawak. Dijangkakan seramai 300 peserta lelaki akan menginap di asrama SMT Jasin dan 250 peserta perempuan di asrama SMV Melaka Tengah. Antara acara yang akan dipertandingkan ialah Bola Tampar, Futsal, Catur, Petanque, Dikir Barat, Nyanyian Lagu Melayu Asli, Nasyid dan Tilawah Al_Quran.
Sementara itu, jawatankuasa bersama SMT/ SMV dan KV zon Melaka dan Negeri Sembilan telah membuat pemilihan wakil sekolah yang akan mewakili zon bagi acara yang akan dipertandingkan berdasarkan merit pencapaian sekolah masing-masing dalam tahun 2012. Berikut ialah senarai penyertaaan yang telah diputuskan oleh jawatankuasa berkenaan :
Jumaat, 21 September 2012
Selasa, 18 September 2012
Projek Naik Taraf ke Kolej Vokasional Jasin Bermula
Malas juga nak update blog ni .. sebab rasanya lebih mudah letak maklumat guna http://www.facebook.com/jasinbest. Tapi ada juga pihak yang bertanya. Maksudnya mereka tak lihat pun Facebook SMT Jasin lah tu. Banyak kelemahan menyampaikan maklumat menggunakan blog. Antaranya ialah perkhidmatan percuma ini sangat "leceh" terutamanya apabila kita ingin meng"upload" imej atau foto. Terdemut-demut lah ... kata orang Melaka. Kemudian templat atau antara muka (interface) penyuntingan kerap sangat diubah oleh penyedia perkhidmatan Blogger ni. Ia juga kurang dinamik kerana kekangan untuk melaksanakan komen spontan dan kekurangan ciri online untuk pengguna berinteraksi. Tapi ada juga kebaikannya seperti Tambah ciri linkages yang terdapat padanya. Contohnya ... posting ini pun saya boleh upload terus ke Facebook. Tapi sayang juga saya nak tinggalkan penggunaan blog. Insyallah saya akan cuba ubah dimensi penggunaan blog untuk mengelakkan pertindihan dengan Facebook Page SMT Jasin.
Hari ni nak cerita kisah Sekolah Menengah Teknik Jasin yang mula bersiap sedia menjadi Kolej Vokasional pada tahun hadapan. Pihak kontraktor telah mula melaksanakan projek naik taraf yang bernilai hampir RM 1.6 juta ini. Banyaklah premis yang akan diubahsuai atau dibina untuk tujuan penyediaan premis 10 kursus baru. Antara kursus vokasional yang akan mula ditawarkan pada tahun hadapan ialah kursus Seni Kulineri, kursus Bakeri dan Konfeksionari, Teknologi Maklumat dan Sistem Rangkaian, Perbankan, Insurans, Peruncitan, Teknologi Binaan, Penyelenggaraan Bangunan dan sebagainya. Menjelang tahun 2016 pula nanti beberapa tambahan kursus lain juga akan dibuat. Antaranya ialah kursus Event Management dan Pengurusan Pentas pun ada !!. Wah macam-macam ada ..
Jumaat, 10 Ogos 2012
Video Iklan Hari Raya 2012
Video iklan hari raya daripada Bernas ini, ialah mengenai cerita sedih dua kanak-kanak kurang upaya. Fizi dan Ahmad yang mahu pulang berhari raya di Segamat untuk menziarah kubur arwah ibunya. Video ini sangat menarik dari segi penceritaan yang sangat menyentuh hati nurani. Pelakon cilik ini memang benar-benar kanak-kanak OKU, membuatkan hati menjadi sayu dan tersentuh.
Rabu, 25 Julai 2012
Untuk Renungan - Pertandingan 3K Kelas dan Pertandingan Meja Terurus
Saya baru sahaja memperolehi analisis keputusan pertandingan 3K kelas dan pertandingan meja terurus dari jawatankuasa berkenaan. Kesimpulan yang boleh saya buat ialah nampaknya kelas yang menang dalam pertandingan 3K tidak mempunyai pemenang ketegori meja pelajar yang terurus yang banyak manakala kelas yang mempunyai meja pelajar terurus yang banyak pula tidak pernah menang dalam pertandingan keceriaan kelas keseluruhan. Saya berharap perkara ini dapat diperbaiki khususnya dengan kerjasama jawatankuasa kelas serta bimbingan guru tingkatan yang berkenaan.
Isnin, 23 Julai 2012
Kecemerlangan Pasukan Taekwondo SMT Jasin
Pada 14 Julai 2012 lalu, pasukan taekwando SMT Jasin telah berjaya mendapat empat pingat emas, satu perak dan empat gangsa dalam Kejohanan MSSN Melaka yang berlangsung di Dewan MSN / MBMB Ayer Keroh. Pada 15 Julai lalu pula mereka mendapat satu emas, empat perak dan lima gangsa dalam Kejohanan 3rd Speed Power Taekwondo Melaka National Open. Seterusnya pada 1 Mei 2012 pula pasukan Taekwando SMT Jasin telah menyertai Kejohanan Tertutup Peringkat Nasional kali ke 15 Speed Power Taekwando yang berlangsung di Kompleks Muhibbah, Taman Industri Bolton, Batu Caves Selangor. Pasukan yang dibimbing oleh Cikgu Jayaletchimy dan rakan guru yang lain telah berjaya membawa balik 3 pingat perak dan 3 hadiah saguhati. Pelajar yang mendapat hadiah saguhati ialah Ahmad Ashraf bin Abdul Moes (5PKE3), Muhammad Fariz Aiman bin Misri Amir (5PKE2) dan Eqmal Aiman bin Radzuan (5PKE1). Pelajar yang berjaya menggondol pingat perak pula ialah Nor Syazwan bin Norazizan (4PKE2), Siti Nurhaslinda bte Mohd Sani (4PKE2) dan Nur Aishah bte Ismail (5PKA2). Tahniah saya ucapkan kepada mereka semua. Untuk melihat foto yang lain, sila ke
http://www.facebook.com/jasinbest
Langgan:
Catatan (Atom)







