- Pelantikan Cik Radiah Talib sebagai penyelaras laman web sekolah. Perlantikan ini dijangka akan dapat meringankan banyak tugasan yang terpaksa ditanggung oleh penyelaras ICT sekarang iaitu Ustaz Shaparrin yang mesti dilaksanakan dari semasa ke semasa khususnya berkaitan penyelarasan serta penarafan SSQS, HRMIS, e-Gtukar, SKPM dan sebagainya termasuk tugas menyelia keseluruhan operasi peralatan serta prasarana ICT sekolah selain menjadi Ketua Waden.
- Memastikan semua Penolong Kanan serta GKMP berperanan aktif sebagai penggerak utama aliran masuk maklumat untuk laman web sekolah dengan cara mewajibkan semua aktiviti yang berkaitan bidang masing-masing mempunyai laporan khusus untuk ke unit laman web sekolah.
- Memastikan semua AJK-AJK utama sekolah seperti badan kaunseling, biasiswa, pusat sumber, disiplin, pengawas, SPBT, asrama, badan beruniform dan sebagainya menghantar bahan (dalam bentuk sfot copy) ke unit laman web. Bahan yang dimaksudkan ialah berkaitan senarai ahli / guru penasihat setiap AJK, foto setiap AJK, carta organisai, fungsi dan tugas dan juga laporan aktiviti semasa setiap unit berkenaan.
- Melaksanakan program latihan yang lebih berkesan kepada AJK laman web berkaitan pembangunan serta penyelenggaraan laman web sekolah.
Pages
▼
Selasa, 16 Ogos 2011
Langkah Untuk Memperkasakan Laman Web Sekolah
Mesyuarat jawatankuasa ICT sekolah hari ini memutuskan langkah segera untuk memperkasakan laman web Sekolah Menengah Teknik Jasin. Langkah ini dirasakan perlu memandangkan banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh warga sekolah serta stakeholder yang lain termasuk ibu bapa dan masyarakat. Diantara langkah segera yang akan dilaksanakan ialah :-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan