Rabu, 24 Ogos 2011

Tahniah Kepada Warga SMT Jasin dan Selamat Menyambut Hari Raya !!!

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua warga SMT Jasin dengan berita bahawa sekolah ini berjaya mendapat Baiah Pengetua bagi tahun 2010.  Tahniah khususnya kepada bekas pengetua SMT Jasin iaitu  Encik Fauzi bin Abdullah serta semua guru dan staf sokongan yang berjaya membuat lonjakan saujana terhadap prestasi SMT Jasin.  Wah .. nampaknya semua akan dapat ganjaran dalam bentuk RM nanti. Saya aje yang tak dapat. Tumpang gembira cukuplah !!!..

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua warga SMT Jasin.  Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua warga SMT Jasin kerana penerimaan baik anda sejak saya bertukar menjadi pengetua sekolah ini mulai 1 Ogos yang lalu.  Semoga dengan petunjuk yang diberikan olehNya, kita akan terus maju serta dapat berganding bahu untuk mendidik anak bangsa dengan berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...