Dengan kemudahan Google Calender, pihak pengurusan SMT Jasin telah mula menggaplikasikan penggunaan takwim atau kalender yang merencanakan penjadualan aktiviti sekolah secara online. Diantara manfaat penggunaan Takwim secara online ini ialah :
- Memudahkan pihak pengurusan sekolah melaksanakan pengubahsuaian jadual perlaksanaan sesuatu program atau aktiviti dari semasa ke semasa.
- Membolehkan warga sekolah khususnya guru menyemak terlebih dahulu program atau aktiviti terkini yang telah dimuatkan oleh pihak pengurusan sebelum melaksanakan program lain.
- Mudaj serta menjimatkan masa kerana takwim online boleh disemak pada bila-bila masa dimana jua kita berada dengan menggunakan alat ICT seperti telefon bimbit (yang ada talian internet). Guru yang sedang berkursus di luar kawasan juga boleh menyemaknya pada bila-bila masa.
- Takwim online boleh diubahsuai oleh beberapa pihak yang diberikuasa untuk melaksanakannya melalui kebenaran khas. Ini bermaksud terdapat kawalan dalaman dari segi pengubahsuaianya.
- Penjaga serta pelajar SMT Jasin boleh menyemak dari rumah berkaitan jadual pulang bermalam bagi pelajar asrama, jadual peperiksaan dan sebagainya.
|
Contoh paparan takwim online secara bulan ke bulan |
|
Contoh paparan takwim secara secara agenda harian |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan