Kerja-kerja menyiapkan Galeri Khas 5S sekolah ini berjaya dilaksanakan. Saya merasa sangat bangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak samada guru, staf sokongan mahupun kakitangan swasta yang telah membanting tulang menyiapkan galeri berkenaan. Apa yang penting sekarang ialah untuk melengkapkan galeri berkenaan dengan segala maklumat atau informasi mengenai 5S khususnya program-program semasa yang sedang dilaksanakan di sekolah.
Rasanya sekarang kita boleh melihat setakat mana rakan-rakan kita mahu melibatkan diri untuk menjayakan 5S di sekolah ini. Apa yang penting ialah untuk kita menggalakkan kerjasama dan penyertaan mereka dengan cara berhemah. Semua telah tahu lokasi mereka ditugaskan. Elakkan perbuatan sindir meyindir atau meluahkan perasaan tidak puas hati jika melihat rakan kita masih belum bergerak atau tidak langsung membantu. Saya percaya lama kelamaan mereka akan merasa malu dan akhirnya tergerak hati untuk bersama menyertai program 5S ini. Diperingkat awal memanglah nampak seperti banyak kerja yang hendak dilakukan. Tetapi semuanya bertujuan untuk menjadikan urusan harian kita di sekolah menjadi lebih kemas dan tersusun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan