Pages

Isnin, 9 April 2012

Agenda Mesyuarat Panitia Bil : 02/2012

Mesyuarat panitia kali ke 2 perlu dilaksanakan oleh Ketua Panitia pada minggu ini atau minggu hadapan. Cadangan agenda mesyuarat kali ini ialah seperti berikut :-

  1. Alu-aluan pengerusi (Ketua Panitia)
  2. Ucapan GPK / GKMP
  3. Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
  4. Perkara berbangkit dari minit mesyuarat yang lalu
  5. Sasaran mengikut kelas bagi mencapai unjuran Gred Purata Mata Pelajaran serta Gred Purata Sekolah tahun 2012
  6. Penyeliaan perlaksanaan program yang dirancang oleh panita bagi tahun 2012 (Kelas kecemerlangan / kelas tuisyen, bengkel / ceramah SPM, Klinik Akademik, kerja rumah terancang dan sebagainya)
  7. Penyeliaan perlaksanaan Agihan Tugasan Panitia tahun 2012
  8. Penyediaan Nota Fokus SPM 2012 - perlantikan AJK dan pelan perlaksanaannya. 
  9. Perkembangan perlaksanaan piawaian minimun latihan / tugasan pelajar
  10. Jadual Spesifikasi Ujian (Pemberatan 5:3:2) dan kuatkuasa perlaksanaannya untuk ujian / peperiksaan dalaman
  11. Hal-hal lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan