Imej sekolah yang selama ini dilihat sebagai kepunyaan guru dan murid semata-mata perlu ditukar bagi menarik minat ibu bapa dan masyarakat bekerjasama dengan sekolah demi kepentingan pelajar. Ini adalah selaras dengan Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, dimana satu daripada 11 anjakan strategik dan operasi ialah bagi menyediakan pendidikan berkualiti untuk anak-anak dengan bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta.
Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan dokumen Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah bagi menyatukan setiap pihak berkepentingan kerana penglibatan semua pihak amat diperlukan untuk melahirkan aset negara yang berkualiti tinggi. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya menyedari keperluan dan kemudahan anak-anak belajar dalam keadaan yang selesa di rumah. Dalam program sarani ini, para ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu juga boleh menyumbangkan idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan kepada pihak sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan