Sasaran GPS 3.40 tahun 2012 setelah berjaya mencapai GPS 3.73 tahun lalu |
Khamis, 5 April 2012
Pra Odit Oleh Pihak MPC
Semalam sekolah telah dilawati oleh Encik Ismail Md Noor dari MPC untuk lawatan kali pertama. Hasil lawatan amat memberangsangkan dimana Encik Ismail telah memberi pujian di atas kecemerlangan pihak sekolah melaksanakan program 5S. Beliau telah memberi markah mencapai 90% untuk pemeriksaan kali pertama dan terpulanglah kepada sesi lawatan kali kedua oleh MPC pada Isnin 9 April minggu depan. Tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang lelah membantu sekolah menjayakan 5S. Saya berharap hari Khamis, Jumaat Sabtu dan Ahad ini kita boleh lagi mengemaskini mana yang kurang untuk mempastikan kejayaan melepasi markah 90% Insya Allah
Ustaz Kamal Adwan PIC untuk Bilik Guru 2 menerangkan sesuatu kepada Encik Ismail yang begitu kagum dengan kekemasan bilik berkenaan |
Lawatan ke kelas |
En. Ismail dialu-alukan oleh pelajar yang melawat kelas |
Bilik Kaunseling pun menarik juga |
Penerangan di Bilik Kaunseling |
Pn. Markonah bergambar dihadapan fail yang tersusun kemas di Bilik Kualiti |
Makmal Sains pun dapat tanda bagus juga !! |
Pemeriksaan di Makmal Sains |
Ketua AJK Induk 5S bersedia dengan fail masing-masing |
Encik Ismail menunjukkan isyarat bagus semasa lawatan pemantauan di asrama |
Selasa, 3 April 2012
Sehari Sebelum Auditan 5S Oleh MPC
Sehari sebelum pengauditan dilakukan oleh MPC, warga SMT Jasin terus berusaha mengemaskini berbagai kemudahan yang terdapat disekolah. Semuanya dipastikan ada dan boleh berfungsi dengan baik. Kebanyakan lokasi yang saya lawati masih sibuk dengan aktiviti pengemaskinian masing-masing yang dilaksanakan oleh guru mahupun pelajar. Seperti yang dijanjikan, antara foto di bawah kita boleh saksikan nama baru untuk Kantin Sekolah dan Bilik Makan Guru, Kakitangan serta tetamu VIP.
Cg Mustafa, Cg Phoo dan Encik Husin sedang mengemaskini banner di Dewan Baiduri |
"Cafe de Rimba" ialah nama yang diberikan untuk bilik makan guru, kakitangan serta tetamu VIP |
Bahagian pintu masuk "Cafe de Rimba" |
"Cafe de Selera" .... inilah nama baru untuk kantin SMT Jasin |
Suasana di ruangan rehat Bilik Guru |
Bilik Cetakan telah dikemaskini mengikut skima 5S. Tahniah kepada Encik Husin, PIC untuk bilik berkenaan |
Ha ... inilah punca talian internet sekolah kita sekejap ada sekejap tak de macam biskut "chipsmore" |
Isnin, 2 April 2012
Aneka Foto Jam 2.00 Hingga 5.40 Petang
Ini ialah beberapa keping foto yang saya ambil semasa pemantauan saya ke Makmal Sains, Bilik Kaunseling, Sudut PPDA serta Bilik Guru 1.
Stor Makmal Sains Yang disusun kemas |
Pelan dan label kunci dan pelbagai label lain yang terdapat di Makmal Sains |
Pelan kedudukan kipas dan suiz di Makmal Sains |
Kabinet peragaan pelbagai brosur berskirting yang terdapat di Bilik Kaunseling |
Lagi papan kenyataan yang menarik yang dapat dilihat di Bilik Kaunseling |
Pn Siti Khadijah sangat berbangga dengan Sudut PPDA hasil idea serta seliaan beliau |
Antara pemandangan menarik yang terdapat di Sudut PPDA |
Lagi pemandngan menarik yang terdapat di Sudut PPDA |
Meja cikgu siapa ni ... ? Ha ... boleh klik untuk besarkan imej. Menarik juga meja ni |
Meja guru yang agak unik yang terdapat di Bilik Guru 1 |
Bahagian ruangan hadapan pejabat sekolah telah dikemaskini dengan pelbagai label dan panduan |
Aneka Foto Jam 11.00 Pagi Hingga 1.00 Petang
Berapa foto yang sempat saya ambil semasa meronda disekitar kawasan sekolah. Kesungguhan semua warga SMT Jasin menyahut cabaran Pensijilan 5S begitu ketara sekali. Syabas !!!. Jangan lupa .. esok petang nantikan kemunculan nama "glamour" kantin serta Bilik VIP kantin sekolah ini.
Pn Faridah membantu Cg Phoo mendapatkan bahan cetakan grafik 5S |
Tinggi-tinggi si matahari .. walau bagaimana tinggi Encik Mohd Isa tetap sedia memperbaiki |
Cg Phoo begitu bangga menjadi PIC Bilik Sukan |
Cikgu Lee dengan pelajar yang sudi membantu beliau di Bilik SPBT (Bilik BOSS) |
Jeriji anjung koridor Sudut PPDA sedang dicat oleh seorang pelajar |
Cekak pinggang pulak Kak Ngah dan Kak Teh selepas penat membersihkan kelas |
Antara pelajar yang membantu mengemaskan Bilik Pakaian Unit Beruniform |
Langgan:
Catatan (Atom)