Program ceramah serta bengkel kecemerlangan SPM sekolah disarankan mempunyai modus operandi yang jelas dan sistematik supaya program yang dilaksanakan benar-benar memberi kesan yang jelas kepada pelajar. Berikut ialah beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan oleh panitia sebelum melaksanakan sesuatu ceramah atau bengkel kecemerlangan SPM :-
- Seboleh-bolehnya laksanakan mengikut kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti seperti pelajar lemah, sederhana dan kumpulan pelajar cemerlang - kecuali bagi ceramah umum.
- Setiap ceramah / bengkel mesti mempunyai KPI atau sasaran yang hendak dicapai.
- Bagi program yang berbentuk bengkel, mestilah ada aktiviti kumpulan dan perlu diselia oleh beberapa orang guru yang menjadi fasilitator yang bertindak sebagai pembantu penceramah utama yang dijemput.
- Adakan aktiviti "gallery walk" dimana hasil aktiviti kumpulan dipamerkan pada beberapa papan flip chart holder disekeliling dewan. Kumpulan-kumpulan ini kemudiannya bergerak memeriksa atau membuat komen hasil kerja kumpulan yang lain.
- Memanfaatkan pelajar cemerlang yang telah dikenalpasti untuk menbantu aktiviti perbengkelan. pelajar ini juga boleh menjadi guru muda yang akan membimbing pelajar yang lain.
- Kemudahan perlu kondusif - sediakan kerusi dan meja. Ini bertujuan untuk menghindarkan keadaan tidak selesa pelajar yang terpaksa menulis beralaskan peha atau fail sahaja.
- Sediakan kertas mahjong dan pen marker yang mencukupi untuk melaksanakan aktiviti kumpulan.
- Kelengkapan seperti note book, LCD projector, sistem PA dan sebagainya mestilah telah diuji terlebih dahulu dan dapat berfungsi dengan berkesan.
- Jika melibatkan kumpulan yang besar seperti ceramah dan bengkel di dalam dewan sekolah, seelok-eloknya dipasang beberapa papan putih atau flip chart holder dikiri kanan dewan untuk memudahkan penceramah serta fasilitator menunjuk ajar mengikut kumpulan.
- Pastikan pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi di dewan / bilik yang berkenaan
- Mesti diedarkan borang penilaian / maklumbalas pelajar berkaitan ceramah / bengkel berkenaan.
- Sediakan laporan perlaksanaan ceramah / bengkel berkenaan untuk tujuan rekod dan post mortem.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan