Ahad, 6 November 2011

Tiada Cuti Awal Untuk Pelajar Tingkatan 4

Pelajar tingkatan 4 perlu menamatkan sesi persekolahan mereka hingga tarikh akhir persekolahan 2011 iaitu pada 18 November 2011.  Tiada peraturan oleh pihak Kementerian Pelajaran yang membenarkan mana-mana pengetua sekolah untuk memberi cuti kepada pelajar semata-mata kerana peperiksaan SPM bermula lebih awal iaitu pada 14 November 2011.  Jika pengetua membenarkan pelajar bercuti lebih awal maka ianya adalah melanggar peraturan bilangan hari persekolahan yang perlu diikuti oleh pelajar dalam setahun.   Sekolah juga  bertanggungjawab terhadap sebarang risiko yang terjadi seandainya pelajar ditimpa sesuatu bencana atau kemalangan kerana sepatutnya pelajar berada di sekolah hingga ke hari akhir persekolahan tahun 2011.   Mana-mana sekolah yang membenarkan pelajar bercuti awal adalah terdedah kepada pelanggaran peraturan yang berkenaan kerana tidak diluluskan oleh Pendaftar Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri.  Dalam pada itu, Kementerian Pelajaran pada tahun ini akan menyalurkan bantuan persekolahan RM 100.00 kepada setiap pelajar tingkatan 4 yang perlu diagihkan sebelum mereka bercuti.  Ini adalah selaras dengan pengumuman semasa pembentangan bajet oleh Perdana Menteri baru-baru ini.  Proses ini tentunya akan melibatkan prosedur pengurusan kewangan yang perlu diikuti sebelum pengagihan wang dapat dilakukan yang dijangka akan mengambil masa hingga ke akhir tarikh persekolahan 2011.  Saya percaya semua pelajar SMT Jasin terdiri dari mereka yang  berdisiplin tinggi, berbudi bahasa, bijak serta sentiasa mengikut peraturan disamping sedia untuk mengikuti semua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah hingga ke hari akhir persekolahan.  

1 ulasan:

  1. terima kasih cikgu kerana tidak memberi cuti awal :'(

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...