Beberapa kemudahan sekolah sedang dinaik taraf baru-baru ini. Antaranya ialah pembinaan tempat parkir berbumbung untuk Pengetua dan semua Penolong Kanan, naik taraf bilik makan guru dan staf serta bilik VIP di kantin sekolah yang dilengkapkan dengan alat penghawa dingin, pembinaan pondok kawalan keselamatan aspura, pemasangan pagar keliling aspura, ruang menunggu aspura, pembaikan garaj rumah staf kelas H, pembaikan kecil rumah-rumah waden, pembinaan tempat khas pembuangan sampah, pembaikan bumbung dorm asrama, pembinaan wakaf serta pembaikan longkang besar berhampiran di loji kumbahan.
|
Tempat parkir untuk kenderaan Pengetua dan semua guru Penolong Kanan |
|
Kerja menaiktaraf ruang makan untuk guru dan staf yang turut
dilengkapkan dengan ruang VIP |
|
Bilik makan untuk guru, staf dan VIP yang dilengkapi
dengan alat penghawa dingin |
|
Pondok pengawal di aspura yang turut menempatkan sistem PA untuk
pengumuman serta memanggil pelajar yang ingin ditemui oleh
penjaga pada hujung minggu |
|
Pintu masuk utama aspura SMT Jasin |
|
Ruang menunggu aspura di laluan untuk ke sekolah |
|
Aspura yang telah dilengkapkan dengan pagar |
|
Kuarters blok H yang dahulunya berisiko garajnya yang hampir
runtuh telahpun diperbaharui |
saya harap pengetua smtj akan sentiasa memastikan pagar yg baru buat itu akan sentiasa pada waktu yg sepatutnya. kerana terdapat individu yg memegang kunci itu lupa atau tidak mengambil berat dengan tanggungjawabnya untuk membuka pagar pada waktu yg sepatutnya. jika terjadi seperti berikut pelajar asrama telah membuang masa dgn menunggu individu tersebut. kerana pada masa itu pelbagai perkara boleh dimanfaatkan.
BalasPadamikhlas dari warga teknik jasin