Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Program Gotong Royong 5S (Aktiviti Sisihan) semalam. Berikut ialah beberapa perkara yang boleh disenaraikan sebagai Post Mortem untuk program berkenaan :
- Terdapat bahan kertas seperti buku, nota latihan, fail dan sebagainya yang tidak diikat kemas .. cuma diletak bersepah begitu sahaja di hadapan laman makmal komputer.
- Beberapa bungkusan plastik hitam tidak dilabel asalnya dari unit mana. Ini menyukarkan urusan pembahagian wang hasil jualan bahan berkenaan.
- Dalam Program Gotong Royong 5S bagi (S) pertama SISIH, tag merah dan tag kuning jarang digunakan oleh unit-unit. Saya terjumpa beberapa barang yang dimasukkan dalam plastik hitam bertag hijau yang masih elok dan boleh digunakan lagi seperti kain, penyangkut langsir dan sebagainya dan terpaksan diarahkan untuk diambil semula.
- Plastik sampah diambil bukan mengikut bilangan keperluan hingga menyebabkannya kehabisan stok dan tidak dapat digunakan oleh unit lain yang memerlukannya.
- Urusan edaran makanan dan minuman pelajar. Samada diedarkan di dewan terbuka atau di depan stor berhampiran pejabat. Tiada AJK yang menyelia.
- Sukar menentukan pemenang hasil jualan paling banyak mengikut kelas, bengkel, bilik khas dan sebagainya. Tiada wakil unit-unit di lokasi bahan buangan hendak ditimbang untuk dijual. Urusan dilokasi tempat timbangan terpaksa mengharapkan Pn. Azizah, En Mustafa yang ada tugas penyeliaan lain. Akhirnya tugasan ini diambil alih dan diselia sepenuhnya oleh Encik Abdul Rashid.
- Tiada maklumat khusus lokasi kerusi dan meja yang rosak serta dimana buku-buku lama Contactual Learning perlu dikumpulkan.
- Terdapat unit yang tidak melakukan semakan pelajar yang bertugas di lokasi. Contohnya sepatutnya lokasi di A ditetapkan 10 pelajar yang membantu tetapi yang bertugas cuma 6 orang.
- Promosi dan hebahan 5S perlu diperhebatkan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan