Selasa, 19 Julai 2011

Pelancaran Blog Pengetua SMT Jasin

Assalamualaikum .. wr ..wb dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini .. khususnya warga SMT Jasin, Melaka.

Alhamdulilllah,  syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia serta keizinanNya, maka diberikan sedikit keupayaan kepada saya untuk mengendalikan sebuah lagi blog yang baru.   Dengan adanya blog ini, maka ia merupakan "pengubat rindu" serta merupakan suatu kesinambungan tugasan saya untuk memperkasakan ICT di sekolah yang saya anggap tidak pernah selesai.  Blog yang terdahulu telah saya serahkan kepada pengetua baru di SMV Ampangan untuk meneruskan pengendaliannya.  Apabila berpindah sekolah, saya rasa terpanggil untuk terus menggunakan ilmu pengetahuan ICT yang ada untuk dimanfaatkan di SMT Jasin pula.   Ianya bertujuan untuk membolehkan saya menyalurkan berbagai maklumat berkaitan urusan sekolah secara maya selaras dengan perkembangan teknologi semasa.  Teringat saya dengan apa yang telah disampaikan oleh penceramah  kursus "THE POWER OF DINAMIC LEADERSHIP IN MAXIMISING ORGANISATIONAL PERFORMANCE" iaitu Prof. Dr Dato' Sheikh Omar Abdul Rahman yang telah saya ikuti di Hotel Pullman Putrajaya baru-baru ini.  Secara tidak langsung, dengan mengaplikasikan kemahiran yang ada seorang pemimpin boleh meningkatkan prestasi organisasinya.  Ringkasan mengenai beberapa point penting yang diperkatakan oleh Prof. Dr Dato' Sheikh Omar Abdul Rahman ialah seperti berikut :

ALL RIGHT - Do the right thing, the right way, at the right time, the right place with the right people for the right reason

NATO – "No Action Talk Only" perlu ditukar kepada "Now Action Talk Over"

“If you don’t know where you are going, any road will take you there”

Sebagai pemimpin, kita mestilah berfikiran positif dan tenang – maksudnya tidak cepat jadi gundah gulana. Seperti kisah seekor burung kecil yang melepaskan najis tepat pada muka seorang pemuda yang sedang memerhati keindahan langit. Pemuda yang bijaksana itu hanya berkata … “bertuahlah saya kerana lembu tidak boleh terbang”.

Sebagai pemimpin, we must always search for meaning (Ma Ma'ana) … Oleh itu ... "Open your eyes, open your ears, open your arms and open your heart".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...