Sabtu, 21 April 2012

Semangat Pasukan Softball Sungguh Mengagumkan

Setelah berjuang bermati-matian dengan penuh semangat dan kesungguhan, pasukan softball akhirnya berjaya menduduki tempat keempat daripada 8 pasukan yang mengambil bahagian di Kejohanan Softball Karnival Voctech Zon Meaka / Negeri Sembilan yang berlangsung di padang SMT Jasin hari.  Menjadi johan memanglah merupakan matlamat utama setiap pasukan, namun yang lebih membanggakan ialah sikap serta dedikasi yang ditunjukkan oleh semua pihak khususnya jurulatih, pemain, guru serta pelajar sekolah ini semasa penganjuran kejohanan berkenaan.  Tahniah !!!

Aksi pemukul handalan sekolah

Alamak ... terlopeh lagi

Mana pulak bola ni ..

Suka nya dia

Macam nak main ragbi pulak

Kalah tak pe .. asal ada gaya

Tahun depan .. Insayaalah  kita jadi johan



Rabu, 18 April 2012

Teknik Jasin Perbaiki Kedudukan Dikalangan SMT

SMT Jasin telah memperbaiki kedudukan ditempat ke 9 daripada 34 sekolah yang masih bertaraf SMT seluruh negara. Sementara itu bilangan pelajar yang mendapat 8A ke atas melonjak kepada 13 bagi SPM 2011 berbanding hanya 4 orang bagi SPM 2010.  Seterusnya pencapaian subjek Lukisan Kejuruteraan sekolah ini telah menduduki tempat pertama dikalangan SMT seluruh negara. Tahniah diucapkan !!! .  Untuk melihat analisis sepenuhnya keputusan peperiksaan SPM 2011 bagi subjek lain sila ke laman web BPTV di alamat http://www.moe.gov.my/bptv/








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...