Jumaat, 14 Oktober 2011

42 Pelajar Tingkatan 5 Dapat 6A Ke Atas

Berikut ialah senarai pelajar tingkatan 5 yang berjaya mendapat 6A ke atas dalam Peperiksaan Percubaan SPM Selaras Negeri Melaka yang selesai diadakan baru-baru ini. Seorang pelajar iaitu Muhammad Azhad bin Azman dari kelas 5 Integrasi berjaya mendapat 10A penuh, lima orang pelajar mendapat gred 9A, dua pelajar mendapat 8A, lapan pelajar mendapat 7A serta dua puluh enam yang lain mendapat gred 6A.  Tahniah juga diucapkan kepada pelajar yang berjaya mendapat kedudukan tenpat pertama, kedua dan ketiga dalam kelas masing-masing. Satu majlis anugerah kecemerlangan akademik akan diadakan oleh pihak sekolah  pada 21 Oktober ini jam 7.30 pagi bagi menghargai pencapaian pelajar berkenaan.

Senarai Pelajar Yang Mendapat Gred 6A Ke Atas

Senarai Pelajar Pada Kedudukan Tempat Pertama, Kedua
dan Ketiga Dalam Kelas Masing-Masing


Rabu, 12 Oktober 2011

Nota Fokus SPM Selesai Diedarkan

Seperti yang dijanjikan, pihak sekolah telah mengedarkan Nota Fokus SPM yang khusus yang telah diformulasi oleh setiap panitia untuk pelajar tingkatan 5.  Majlis penyerahan Nota Fokus SPM kepada setiap pelajar tingkatan 5 telah diadakan di Dewan Besar dengan dihadiri oleh Penolong Kanan, GKPM dan Ketua Panitia. Kita berharap ianya boleh dijadikan bekalan penting untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. Pengedaran Nota Fokus sengaja dilewatkan untuk membolehkan pelajar menumpukan perhatian khusus kepada program semasa guru masing-masing.  Nota Fokus SPM bolehlah dianggap sebagai "senjata terakhir" untuk calon SPM disamping boleh membantu mengurangkan perasaan keresahan dan kecelaruan kerana hari peperiksaan yang semakin hampir.






Barisan pengurusan dengan beberapa pelajar yang telah
menerima Nota Fokus SPM masing-masing

Isnin, 10 Oktober 2011

Lagi Penghargaan Untuk SMT Jasin

Lanjutan daripada kemenangan pasukan solar car dan boat solar SMT Jasin di peringkat kebangsaan, pihak JPN Melaka juga turut memberi penghargaan kepada pihak sekolah dalam majlis khas penytampaian hadiah baru-baru ini.  Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah JPN Melaka Tn Hj Mohamad Yusoff bin Osman.

Cikgu Rosman bergaya dengan pelajar pelajar yang dibimbingnya

Cikgu Rizal turut menerima hadiah daripada Tuan Pengarah JPN Melaka

Barisan pasukan SMT Jasin bersama guru penasihat serta VIP

Cigu Rizal  bersama Tuan Pengarah JPN Melaka

Kempen Anti Rokok dan Anti Couple

Pihak sekolah telah melancarkan kempen besar-besaran anti rokok dan anti couple dengan melaksanakan berbagai program. Salah satu kaedah ialah dengan pemasangan 40 unit poster yang direkabentuk serta ditempah khas.  Poster-poster berkenaan telah pun dipasang di lokasi-lokasi strategik sekitar asrama dan sekolah.  Berikut ialah beberapa contoh poster berkenaan.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...