Isnin, 12 September 2011

Pusat Sumber SMT Jasin Menanti Anda

Saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa pengurusan Pusat Sumber sekolah (PSS) kerana dapat melaksanakan pengurusan yang cekap dan sistematik khususnya berkaitan pengurusan perpustakaan dan Pusat Akses.   Dalam tinjauan saya terhadap pusat operasi PSS sekolah, saya dapati ianya memang telah dapat diuruskan baik, menarik dan sistematik.  Walaubagaimanapun pada tahun hadapan saya bercadang untuk memperluaskan lagi naungan Pusat Sumber Sekolah dengan memasukkan semua kemudahan lain yang berkaitan dengan pembangunan pendidikan di sekolah ini.  Ini termasuklah Makmal ICT, Bilik Kualiti (Bilik Dokumentasi), Bilik Gerakan,  Bilik APD (Bilik Tayangan), Makmal AUTOCAD, Studio Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya.   Ini selaras dengan fungsi sebenar PSS iaitu  :- 
  1. Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko kurikulum
  2. Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.
  3. Merupakan tempat bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
  4. Menjadi pusat perhubungan diantara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
  5. Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
  6. Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
  7. Menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri.
  8. Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
  9. Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
  10. Menyediakan alatan reprografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran

Meja Informasi
Rak CD menunggu peminjam
bahan courseware

Keselesaan di Pusat Sumber
Ruang perpuskaan yang selesa
Kaunter Pertanyaan
Papan Informasi PSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...