Khamis, 16 Februari 2012

Contoh Bergambar Aktiviti SUSUN dan SERAGAM

Berikut ialah beberapa foto yang saya perolehi daripada Program 5S yang dilaksanakan oleh Akademi Kastam Diraja Malaysia.  Diantaranya ialah cara membuat susuan fail pada kabinet, susunan alat tulis di dalam laci, membuat garisan parkir untuk setiap alatan di atas meja serta garisan parkir pada lantai. Saya harap boleh dijadikan panduan di sekolah kita.




Garisan parkir  warna merah di atas meja peralatan menjilid

Garisan parkir dilantai untuk tong sampah

Contoh label pada kabinet, papan notis serta pada meja pegawai

Garisan parkir warna kuning untuk mesin fotostat

Susunan alat tulis pada laci yang turut dilabelkan

Isnin, 13 Februari 2012

Program 5S .. Selepas Ni ... Nak Buat Apa ?



Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Program Gotong Royong 5S (Aktiviti Sisihan) semalam. Berikut ialah beberapa perkara yang boleh disenaraikan sebagai Post Mortem untuk program berkenaan :
  1. Terdapat bahan kertas seperti buku, nota latihan, fail dan sebagainya yang tidak diikat kemas .. cuma diletak bersepah begitu sahaja di hadapan laman makmal komputer.
  2. Beberapa bungkusan plastik hitam tidak dilabel asalnya dari unit mana.  Ini menyukarkan urusan pembahagian wang hasil jualan bahan berkenaan.
  3. Dalam Program Gotong Royong 5S bagi (S) pertama SISIH,  tag merah dan tag kuning jarang digunakan oleh unit-unit.  Saya terjumpa beberapa barang yang dimasukkan dalam plastik hitam bertag hijau yang masih elok dan boleh digunakan lagi seperti kain, penyangkut langsir dan sebagainya dan terpaksan diarahkan untuk diambil semula.   
  4. Plastik sampah diambil bukan mengikut bilangan keperluan hingga menyebabkannya kehabisan stok dan tidak dapat digunakan oleh unit lain yang memerlukannya.  
  5. Urusan edaran makanan dan minuman pelajar.  Samada diedarkan di dewan terbuka atau di depan stor berhampiran pejabat. Tiada AJK yang menyelia.
  6. Sukar menentukan pemenang hasil jualan paling banyak mengikut kelas, bengkel, bilik khas dan sebagainya. Tiada wakil unit-unit di lokasi bahan buangan hendak ditimbang untuk dijual. Urusan dilokasi tempat timbangan terpaksa mengharapkan Pn. Azizah, En Mustafa yang ada tugas penyeliaan lain.  Akhirnya  tugasan ini diambil alih dan diselia sepenuhnya oleh Encik Abdul Rashid.
  7. Tiada maklumat khusus lokasi kerusi dan meja yang rosak serta dimana buku-buku lama Contactual Learning perlu dikumpulkan. 
  8. Terdapat unit yang tidak melakukan semakan pelajar yang bertugas di lokasi.  Contohnya sepatutnya lokasi di A ditetapkan 10 pelajar yang membantu tetapi yang bertugas cuma 6 orang.
  9. Promosi dan hebahan 5S perlu diperhebatkan lagi.  



Rentas Desa Peringkat Sekolah Berlangsung Meriah !!

Tahniah kepada semua warga SMT Jasin yang menjayakan Kejohanan Merentas Desa baru-baru ini.  Sebenarnya acara olahraga merentas desa ini telah bermula sejak zaman Greek Kuno lagi. Ianitu bermula sejak 3000 tahun yang lalu.  Ini bermakna acara ini ialah merupakan antara acara olahraga yang terawal di dunia.  Untuk mkluman semua acara merentas desa adalah satu acara di mana individu dan pasukan berlari mengikut laluan melalui desa.

Pelari-pelari boleh bertanding secara individu atau dalam pasukan. Satu larian boleh mengandungi kedua-dua jenis pertandingan. Jarak yang akan dipertandingkan ditetapkan oleh pihak pengelola iaituantara 2 – 5 km, 12 km atau 14.5 km. Untuk memastikan skor pasukan selepaslarian / perlumbaan, kedudukan ahli-ahli setiap pasukan akan dikira dan dijumlahkan. Pasukan yang mendapat aggregat terbaik akan diisytiharkan sebagai pemenang. Jikalau berlaku seri, pelari terakhir dari pasukan yang mendahului pelari-pelari terakhir daripada pasukan lain akan diberi kedudukan yang lebih tinggi.


Taklimat awal diberikan di dewan



Geng Roda-Roda Kota Raya



Permulaan untuk peserta lelaki



Permulaan peserta perempuan



Pingat dan hadiah jadi milik pemenang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...