Khamis, 10 November 2011

Tahun 2012 Kita Akan Semarakkan Budaya Merekabentuk

Antara model bahan yang dicipta oleh peserta kursus baru-baru ini

Gembiranya cikgu-cikgu yang dapat sijil dan piala buatan sendiri

Demo oleh fasilitator berpengalaman

Pengisian melalui kursus yang diikuiti oleh guru dan staf berkaitan Pembinaan Rekabentuk dan Prototaip baru-baru ini akan dimenfaatkan secara berkesan khususnya dari segi pembinaan bahan bantu mengajar, pembinaan arca serta penubuhan Kelab Rekabentuk Sekolah pada tahun hadapan. Antara perkara yang dirancang untuk dilaksanakan ialah :-


  1. Pembinaan bahan bantu mengajar berkaitan subjek kejuruteraan - seperti membina rekabentuk objek tiga dimensi, muka keratan sebagainya.
  2. Pembinaan model bahan P & P yang boleh menunjukkan komponen dalaman sesuatu objek yang boleh membantu pengajaran subjek Fizik dan Kejuruteraan 
  3. Pembinaan model bahan yang boleh membantu subjek bukan sains dan kejuruteraan seperti BM, BI dan Pendidikan Islam.   Dalam Pendidikan Islam contohnya guru boleh membina bahan model menggunakan konsep rekabentuk bahan berkaitan urusan mengerjakan haji seperti menunjukkan lokasi serta aturan haji yang perlu diikuti dan sebagainya.
  4. Membuat rekabentuk atau model arca yang kemudiannya boleh diterjemahkan dengan pembinaan arca pada skala saiz yang sebenar di sekitar premis sekolah. 
  5. Kelab rekabentuk bahan yang bakal ditubuhkan nanti boleh merekabentuk sendiri model hadiah / plate atau piala untuk berbagai acara di sekolah seperti Kejohanan Olahraga dan sebagainya. 
  6. Mengukuhkan lagi proses rekabentuk model kereta solar dan boat solar sekolah yang bakal dipertandingkan di peringkat zon, negeri dan kebangsaan.   

Alamak ... dah dapat oscar Seri Angkasa lah !!!

Kreativiti dan kepuasan hasil kerja pasti akan menceriakan minda

Pandai juga ustaz buat model piala untuk program realiti TV tahun
hadapan yang bertajuk  "Ustazah Idaman"
Cik Sherrina dan rakan juga tekun membuat rekabentuk

Selasa, 8 November 2011

Jamuan Makan Malam Tingkatan 5 PKM 1

Bersungguh benar Mas Adura dan Nasihah Solehah dari Tingkatan 5 PKM 1 menguruskan majlis jamuan makan malam kelas mereka yang hendak diadakan di Medan Ikan Bakar Alai.  Sebenarnnya pihak sekolah memang menghadapi masalah sejak akhir-akhir ini dari segi kemudahan bas dan van.  Bas sekolah sekolah perlu diselenggara sistem hawa dingin dan alternatornya sementara van sekolah pula menghadapi masalah kesukaran mendapatkan alat ganti kerana jenis van Inokom ini memang jarang digunakan lagi sekarang.


Cukup ke bajet kelas kita ni  ...?

Agaknya permohonan diluluskan atau tidak ?.
Boleh tanya cikgu Nazri

Korban Perdana SMT Jasin dan Program Pengisian Minda

Alhamdulillah, Majlis Qurban Perdana dan Program Pengisian Minda Pelajar SMT Jasin telah berjalan dengan lancar pada hari ini.  Pada tahun ini sebanyak empat ekor lembu telah dikorbankan untuk dagingnya diagih-agihkan sebagai sedekah.  Dalam masa yang sama untuk mengisi masa para pelajar yang tidak terlibat membantu program qurban, dua ceramah berkaitan kesedaran Islam telah dilangsungkan di surau sekolah untuk pelajar lelaki dan dua ceramah lagi di dewan besar untuk pelajar perempuan.  Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam perlaksanaan kedua program khususnya AJK Kelab Keluarga di bawah pimpinan pengerusinya iaitu En Md Zin Othman serta Panitia Pendidikan Islam yang diketuai oleh Ustazah Siti Sarmah dan juga kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.


Cikgu Mustafa sedang membantu sembelihan yang hedak dilakukan

Antara 4 ekor lembu yang dikorbankan

T Shirt khas Program Qurban SMT Jasin




Ustaz Abdul Rahof  Abdul sedang menyampaikan ceramah pengisian minda
pelajar di surau bersempena majlis qurban
Senarai Peserta Qurban :

Kumpulan 1 :
  1. Rukhadi bin Hj Salihin
  2. Suriani bte Sareng
  3. Nurul Amirah bte Rukhadi
  4. Muhammad Bazil bin Rukhadi,
  5. Muhammad Adib bin Rukhadi
  6. Nurul Balqis bte Rukhadi
  7. Muhamad Ariq bin Rukhadi
Kumpulan : 2
  1. Hasni bin Dolmat
  2. Ahmad Najid bin Jalil
  3. Norpah bte Sanusi
  4. Mohd Nazri bin Tumiran
  5. Muhammad Shuib bin Baharin
  6. Fauzi bin Abdullah
  7. Azizatun bte Othman
Kumpulan : 3
  1. Hjh Hasnah bte Saup
  2. Kechik bte Md Rub
  3. Mohd Ishak bin Siyes (2 Bahagian)
  4. Hjh Maznah bte Hj Idrus (2 Bahagian)
  5. Mohd Rizal bin Mazlan 
Kumpulan : 4
  1. Muhammad Solahuddin bin Baharin
  2. Muhammad Aakif bin Abdullah
  3. Nor Azlin bte Akhbar
  4. Nurul Aqilah bte Md Noor
  5. Sharipah Aminah bte Syed Noh
  6. Rusni bte Md Sidin
  7. Adam bin Mohd Nasiruddin

Ahad, 6 November 2011

Asrama SMT Jasin Diistihar Bertaraf 4 Bintang dan Peserta Tilawah Al-Quran Dapat Tempat Ke Empat

Peserta kita iaitu Nur Asyiqah binti Mohd Amin (Ting 4 PKA 3) telah berjaya mendapat tempat ke empat dalam acara Tilawah Al Quran di Kejohanan Antara Asrama SMV dan SMT seluruh Malaysia (KAVOT) yang berlangsung di Pulau Pinang baru-baru ini.  Dalam pada itu, asrama SMT Jasin pula telah tersenarai sebagai  "Asrama  Bertaraf 4 Bintang" oleh pihak Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia.  Saya mengucapkan tahniah serta bersyukur di atas kedua-dua kejayaan ini dan berharap ianya akan menjadi perangsang untuk semua waden dan penghuni asrama untuk terus cemerlang di masa akan datang.  Kita harus bertanya bagaimanakah kita boleh menyumbang terhadap kejayaan sekolah dan asrama daripada  asyik mengeluh serta memberi komen negatif terhadap keadaan asrama dan sekolah ini.  Sekali sekala kita perlu memandang ke bawah khususnya keadaan asrama di SMV dan SMT lain yang ada diantaranya tidak langsung mendapat bintang atau hanya mendapat taraf 1, 2 dan 3 bintang sahaja.

Plate Anugerah Asrama bertaraf 4 Bintang yang diterima
oleh pihak sekolah


Nur Asyiqah bersama guru pengiring (Pn Erma)
semasa majlis penyampaian hadiah 



Tiada Cuti Awal Untuk Pelajar Tingkatan 4

Pelajar tingkatan 4 perlu menamatkan sesi persekolahan mereka hingga tarikh akhir persekolahan 2011 iaitu pada 18 November 2011.  Tiada peraturan oleh pihak Kementerian Pelajaran yang membenarkan mana-mana pengetua sekolah untuk memberi cuti kepada pelajar semata-mata kerana peperiksaan SPM bermula lebih awal iaitu pada 14 November 2011.  Jika pengetua membenarkan pelajar bercuti lebih awal maka ianya adalah melanggar peraturan bilangan hari persekolahan yang perlu diikuti oleh pelajar dalam setahun.   Sekolah juga  bertanggungjawab terhadap sebarang risiko yang terjadi seandainya pelajar ditimpa sesuatu bencana atau kemalangan kerana sepatutnya pelajar berada di sekolah hingga ke hari akhir persekolahan tahun 2011.   Mana-mana sekolah yang membenarkan pelajar bercuti awal adalah terdedah kepada pelanggaran peraturan yang berkenaan kerana tidak diluluskan oleh Pendaftar Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri.  Dalam pada itu, Kementerian Pelajaran pada tahun ini akan menyalurkan bantuan persekolahan RM 100.00 kepada setiap pelajar tingkatan 4 yang perlu diagihkan sebelum mereka bercuti.  Ini adalah selaras dengan pengumuman semasa pembentangan bajet oleh Perdana Menteri baru-baru ini.  Proses ini tentunya akan melibatkan prosedur pengurusan kewangan yang perlu diikuti sebelum pengagihan wang dapat dilakukan yang dijangka akan mengambil masa hingga ke akhir tarikh persekolahan 2011.  Saya percaya semua pelajar SMT Jasin terdiri dari mereka yang  berdisiplin tinggi, berbudi bahasa, bijak serta sentiasa mengikut peraturan disamping sedia untuk mengikuti semua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah hingga ke hari akhir persekolahan.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...