Rabu, 24 Ogos 2011

Tahniah Kepada Warga SMT Jasin dan Selamat Menyambut Hari Raya !!!

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua warga SMT Jasin dengan berita bahawa sekolah ini berjaya mendapat Baiah Pengetua bagi tahun 2010.  Tahniah khususnya kepada bekas pengetua SMT Jasin iaitu  Encik Fauzi bin Abdullah serta semua guru dan staf sokongan yang berjaya membuat lonjakan saujana terhadap prestasi SMT Jasin.  Wah .. nampaknya semua akan dapat ganjaran dalam bentuk RM nanti. Saya aje yang tak dapat. Tumpang gembira cukuplah !!!..

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua warga SMT Jasin.  Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua warga SMT Jasin kerana penerimaan baik anda sejak saya bertukar menjadi pengetua sekolah ini mulai 1 Ogos yang lalu.  Semoga dengan petunjuk yang diberikan olehNya, kita akan terus maju serta dapat berganding bahu untuk mendidik anak bangsa dengan berkesan.

Selasa, 23 Ogos 2011

Pelajar Cemerlang Tingkatan 5 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Slide foto pelajar tingkatan 5 pada kedudukan 
tempat pertama, kedua dan  ketiga dalam kelas masing-masing 


Pelajar cemerlang tingkatan 5 yang mendapat gred 5A ke atas
dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Isnin, 22 Ogos 2011

Kemudahan Muat Naik Bahan Latihan di Laman Web Sekolah

Berikut ialah prosedur untuk menggunakan kemudahan muat naik (upload) bahan ujian dan latihan ke laman web sekolah  http://www.smteknikjasin.edu.my/v1/ .  Walaupun laman web sekolah masih belum dikemaskini sepenuhnya tetapi kemudahan ini sebenarnya boleh kita menfaatkan.  Jika guru bercadang untuk memuat naik bahan ujian / latihan, diharap dapat  memaklumkan kepada murid terlebih dahulu supaya mereka bersedia untuk memuat turun (download) bahan berkenaan semasa cuti.  Buat sementara waktu, guru masih boleh mengedarkan bahan kerja rumah yang dicetak jika rasa keberatan untuk menggunakan kemudahan ini.  Sila klik rajah di bawah untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas.





Ahad, 21 Ogos 2011

Pelajar Cemerlang Tingkatan 4 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Slaid foto pelajar tingkatan 4 yang mendapat tempat pertama, kedua 
dan ketiga dalam kelas dalam masing-masing 


Pelajar cemerlang tingkatan 4 yang mendapat gred 5A ke atas
dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...