Sabtu, 7 Januari 2012

Jadikan SMT Jasin Sebagai Sekolah Dalam Taman

Kita sedang berusaha untuk mempertingkatkan tahap keceriaan dan keindahan premis sekolah sebagai langkah untuk merialisasikan impian kita untuk menjadikan SMT Jasin sebagai sekolah dalam taman.  Berapa projek sedang diusahakan antaranya ialah kerja mencantas pokok-pokok yang terlalu tua serta tidak dapat diuruskan lagi bagi membolehkan pokok tunas baru dijaga rapi dari semasa ke semasa. Antaranya ialah pokok-pokok kipas yang telah uzur serta rimbunan pokok buluh yang terdapat berhampiran blok pentadbiran sekolah.  Dalam pada itu, kerja membangunkan taman baru di depan pejabat juga sedang diusahakan dengan menanam pokok-pokok bunga yang baru mengikut seni taman yang lebih menarik.  Dalam pada itu 2 pondok rehat juga sedang dibangunkan dengan menggunakan bahan buangan kayu serta atap genting dari kuarters blok H yang telah diperbaiki baru-baru ini.

Kerja menebang pokok kipas yang telah uzur yang terdapat
berhampiran blok pentadbiran
Encik Shadali sedang memotong dahan pokok kipas tua
yang telah ditebang 

Kerja membersihkan pokok kipas

Kerja membina pondok rehat dari bahan terpakai 

Pondok rehat berhampiran surau sekolah sedang dibina

Rabu, 4 Januari 2012

Promosi SMT Jasin Ke Arah Kolej Vokasional

Banner ini bakal dipasang di dinding banggunan sekolah sebagai promosi SMT Jasin yang bakal menjadi Kolej Vokasional pada tahun 2013 nanti.  Untuk makluman semua, SMT dan SMV diseluruh Malaysia telah diarahkan oleh pihak BPTV untuk melaksanakan aktiviti promosi Kolej Vokasional.  Saya rasa salah satu cara SMT Jasin melaksanakannya promosi ini ialah dengan mempamerkan banner khusus dari semasa ke semasa.

Banner promosi Kolej Vokasional Jasin.
Sila klik foto banner ini untuk paparan yang lebih jelas

Selasa, 3 Januari 2012

Tahun 2012 - SMT Jasin Jalan Seiring Dengan Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional

Persekolahan tahun 2012 akan bermula pada 4 Januari 2012.  Bagi penghuni asrama SMT Jasin, mereka  telah mula mendaftar kembali ke asrama pada hari ini 3 Januari mulai jam 9.00 pagi.  Kalangan mereka ada juga yang tertahan tidak boleh mendaftar asrama kerana salah laku berat.  Beberapa pelajar pula dibenarkan   mendaftar secara bersyarat setelah menandatangani dokumen akur janji.  Akhirnya ibu bapa dan penjaga juga yang terpaksa menanggung perasaan kecewa dan hampa akibat salah laku yang dibuat anak mereka di asrama pada tahun lepas.  Pihak pengurusan sekolah dan warden terpaksa mendahulukan kesejahteraan majoriti pelajar yang ingin tinggal di asrama dengan aman dan tidak diganggu gugat oleh perangai buruk sesetengah pelajar. Semua pelajar kerap diingatkan supaya tidak sekali-kali melanggar peraturan dan undang-undang sekolah dan asrama dari semasa ke semasa.    

Banner menarik berkaitan tranformasi VocTech yang bakal dipasang
di dinding bangunan SMT Jasin tidak lama lagi
(Sila klik untuk paparan yang lebih jelas)
Tahun 2012 merupakan tahun transisi SMT Jasin menuju ke arah pembentukan Kolej Vokasional Jasin Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2013.  Oleh yang demikian, proses transformasi ini perlu didukung oleh semua warga sekolah khususnya guru dan staf SMT Jasin selain daripada memperkasakan 2 kumpulan terakhir pelajar teknikal yang masih ada di sekolah ini iaitu pelajar tingkatan 5 dan pelajar tingkatan 4 yang bakal mendaftar pada 9 Januari nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...