Jumaat, 27 April 2012

Prestasi Cemerlang Pasukan Bola Sepak SMT Jasin

Berita gembira untuk kita semua ... Pasukan bola sepak kita baru saja petang tadi layak ke final setelah berhempas pulas mengalah beberapa pasukan lawan.  Tahniah kepada semua pemain serta guru penasihat mereka (Cg Asnor, Cg Abd Rahman dan Cg Rosmeera).  Esok pasukan kita akan bertemu MRSM Jasin di  perlawanan akhir MSSD Jasin yang akan berlangsung di padang SMK Selandar mulai jam 9.00 pagi.  Harap pemain seperti  Tobe'k, Jambu, Pelat dan Uda akan terus menyerlah. Semoga Berjaya dan Selamat Berjuang !!!.

P/S :

Update :  Kita kalah 2-1 tetapi dengan semangat juang yang tinggi walaupun tanpa striker handalan seperti si Jambu yang tidak dapat bermain kerana kecederaan kaki.  Bayangkan lah ... semalam dipaksa bermain 2 perlawanan dengan rehat antara perlawanan hanya 30 minit.   Kemudian dipaksa pula lawan final hari ini.  Gara-gara arahan semua pertandingan pada hari persekolahan mesti mula jam 2.00 petang.... tak kiralah hujan dan ribut.

Cikgu Rizal pun turut memghulurkan tangan
membantu pemain yang keletihan


Cikgu Abd Rahman dan Cikgu Nazri sibuk
mengarahkan pemain kita

Cikgu Rosmeera sedang mengurut keeper
si Uda yang tergeliat.  Opss.. jangan lepas angin ye

Si Uda begitu gembira setelah menyelamatkan
beberapa cubaan bahaya pihak lawan

Khamis, 26 April 2012

Uda, Arab dan Galah Antara Pemain Terajui Pasukan Bola Baling Sekolah

Pasukan Bola Baling SMT Jasin tidak kurang hebatnya. Pasukan lelaki telah pun berjaya menjadi Johan Daerah dengan mengalahkan SBPI Selandar dengan jaringan 13 – 10 dalam perlawanan akhir baru-baru ini. Ini merupakan kemenangan sebagai Johan Daerah dua tahun berturut-turut bagi sekolah ini. Tahniah kepada guru penasihat iaitu Cg Mustafa Ninggal, Cg Rosidawati dan Cg Norliza serta pemain yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah ini. Difahamkan 10 pemain kita akan mewakili daerah Jasin ke pertandingan peringkat negeri pula. Saya tak ingat sangat lah nama budak-budak ni.  Cuma nama panggilan untuk mereka ni pelik-pelik juga. Antaranya ialah Kasim, Chong (bukan Cina pun), Beng, Uda, Galah, Shock, Stone, Steel, Wayne, Arab, Pivot dan Pelat.


Pasukan Bola Baling perempuan tak kurang hebatnya

Serangan yang dibuat oleh Pivot


Stone dan Uda sedang beraksi


Berdiri dari kanan : Cg Noliza, Kasim, Chong, Beng, Uda, Cg Mustafa, Galah, Shock, 
Cg Rosidawati, Duduk dari kanan : Stone, Steel, Wayne, Arab, Pivot dan Pelat. 

Isnin, 23 April 2012

Kejayaan Sekolah Dalam Belbagai Aktiviti Kokurikulum

Eqmal Aiman bangga mendapat pingat emas
dalam  Kejohanan Taekwando 4th GEWINN League
baru-baru ini

Sijil Dragon untuk Eqmal

Bersama pemidato Bahas Bahasa Inggeris
KAT Zon  Melaka / Negeri Sembilan
yang menjadi Naib Johan

Pasukan Bola Baling yang menjadi juara MSSD Jasin

Solar Boat dan Solar Car

Para peserta yang menyertai Kejohanan Catur
dimana peserta lelaki menjadi Johan Kategori
Bawah 18 Tahun

Pasukan Kadet Bomba yang meraih berbagai
kejayaan baru-baru ini

Pasukan Kadet Polis yang telah menyertai Kem Kadet Polis
dengan menempa berbagai kejayaan
Mohamad Aiman mendapat tempat ke dua pemidato terbaik Bahas Bahasa Inggeris
KAT Zon Melaka/ Negeri Sembilan

Peserta Acara Pelancaran Roket

Pasukan Softball Perempuan yang menyertai Kejohanan
KAT Zon Melaka / Negeri Sembilan

Mohd Aizat bin Ahmad (5PKE3) yang mendapat
pingat perak acara sparring Taekwando Negeri Melaka

Nurul Nadira bin Mohd Jali yang menyertai acara
Speed Power Taekwando di Kluang Johor


Jadual Kelas Tambahan Pusingan 2 (30 April - 10 Mei)

AJK Kelab Keluarga SMT Jasin Tahun 2011 / 2012


Terima Kasih Hanif Syahmi

Hanif Syahmi bin Md Napi ialah nama yang tidak asing lagi dikalangan guru serta barisan pengawas sebagai seorang pelajar yang cekap mengendalikan sistem siar raya di Dewan Baiduri.  Memandangkan peperiksaan SPM yang semakin menjelang tiba, beliau perlu menumpukan perhatian lebih kepada pelajarannya.  Oleh yang demikian, barisan pelapis baru khususnya dari tingkatan 4 akan dilantik untuk mengendalikan peralatan sistem siar raya berkenaan.  Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Hanif  di atas sumbangan beliau selama ini dan semoga beliau cemerlang dalam Peperiksaan SPM nanti.


Hanif bersama saya di Bilik sistem siar raya
Dewan Baiduri

Wong Chin Pau selaku rakan Hanif  yang turut membantu
mengendalikan sistem siar raya di Dewan Baiduri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...