Rabu, 22 Februari 2012

Galeri 5S Lambang Kesungguhan Warga SMT Jasin

Kerja-kerja menyiapkan Galeri Khas 5S sekolah ini berjaya dilaksanakan.  Saya merasa sangat bangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak samada guru, staf sokongan mahupun kakitangan swasta yang telah membanting tulang menyiapkan galeri berkenaan.  Apa yang penting sekarang ialah untuk melengkapkan galeri berkenaan dengan segala maklumat atau informasi mengenai 5S khususnya program-program semasa yang sedang dilaksanakan di sekolah.

Rasanya sekarang kita boleh melihat setakat mana rakan-rakan kita mahu melibatkan diri untuk menjayakan 5S di sekolah ini.  Apa yang penting ialah untuk kita menggalakkan kerjasama dan penyertaan mereka dengan cara berhemah.  Semua telah tahu lokasi mereka ditugaskan.   Elakkan perbuatan sindir meyindir atau meluahkan perasaan tidak puas hati jika melihat rakan kita masih belum bergerak atau tidak langsung membantu.  Saya percaya lama kelamaan mereka akan merasa malu dan akhirnya tergerak hati untuk bersama menyertai program 5S ini.  Diperingkat awal memanglah nampak seperti banyak kerja yang hendak dilakukan.  Tetapi semuanya bertujuan untuk menjadikan urusan harian kita di sekolah menjadi lebih kemas dan tersusun.






Isnin, 20 Februari 2012

Anugerah Pelajar Budiman Dilancarkan

Penerima sulung Anugerah Pelajar Budiman
Bulan Januari dan Februari 2012

Majlis Anugerah Pelajar Budiman untuk julung kalinya telah dilangsungkan pada perhimpunan mingguan pagi Isnin tadi.  Seramai 6 pelajar tingkatan 5 telah dinamakan sebagai penerima sulung anugerah ini untuk bulan Januari dan Februari 2012.  Matlamat pihak sekolah memperkenalkan Anugerah Pelajar Budiman setiap bulan ialah untuk memupuk sahsiah serta disiplin yang terpuji dikalangan pelajar.  Malangnya tidak ada jurufoto khusus yang membuat rakaman semasa majlis penganugerahan ini.  Oleh itu foto-foto yang diambil tidaklah begitu sempurna.

Pencalonan penerima anugerah dibuat oleh guru dan kemudiannya ditapis mengikut kriteria tertentu untuk memastikan pelajar yang dipilih boleh mengekalkan sahsiah terpuji serta menjadi contoh kepada rakan yang lain sepanjang pengajiannya di sekolah ini.  Pelajar yang dipilih juga tidak semestinya pelajar yang sangat cemerlang pencapaian akademiknya. Apa yang lebih penting ialah mereka mestilah mempunyai sikap yang terpuji, menghormati guru dan rakan, bersopan santun, berbudi bahasa dan lain-lain sifat yang positif.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...