Khamis, 20 Oktober 2011

SMT Jasin Bantu Terbitkan Buletin Perkhemahan KRS SMT / SMV Kebangsaan

Pada 10 hingga 14 Oktober lalu telah diadakan Perkhemahan KRS Kebangsaan (Bagi SMT dan SMV) di Kem PUSAKO Hassan Basir Batu Kikir dan Kem Jelai Negeri Sembilan.  SMT Jasin telah dipertanggungjawabkan dalam penerbitan buletin serta rakaman foto dan video sepanjang perkhemahan berkenaan.  Jawatankuasa buletin diterajui oleh Cikgu Fakhruddin bin Khamis selaku ketua pengarang, Cikgu Siti Khadijah Paiman sebagai Pengarang, sementara Cikgu Shaleza Ismail telah dibantu oleh beberapa orang pelajar iaitu Nabil Afiqah bte Aziz, Aida Hanani bte Aziz dan Nurul Syahirah bte Noorhuddin sebagai pereka grafik. Seterusnya Abdullah Najmi bin Mohamad Azmi, Muhammad Akif bin Mohd Radzi dan Mohamad Shah Rizal bin Abd Aziz pula bertindak sebagai jurufoto.  Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru dan pelajar berkenaan  yang telah mengharumkan nama sekolah ini dengan kecekapan mereka menerbitkan buletin yang berkualiti untuk diedarkan sepanjang berlangsungnya perkhemahan berkenaan.  Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelaras penerbitan iaitu Pn Jaliah bte Abu (PK KOKU) dan tidak lupa kepada En G. Krishenam (Bekas PK KOKU) dan Tn Hj Zakariah yang telah menghadiri beberapa mesyuarat penyelarasan peringkat awal sebelum berlangsungnya perkhemahan berkenaan.






Rabu, 19 Oktober 2011

Tahniah Kepada English Language Society

Pemantauan saya disekitar sekolah mendapati hanya beberapa buah papan kenyataan sahaja yang telah dikemaskini serta kelihatan menarik.  Antaranya ialah papan kenyataan kepunyaan English Language Society.  Banyak bahan terbaru yang dipamerkan serta ianya sentiasa dikemaskini.  Rekalatar serta susunan pelbagai bahan di papan kenyataan ELS ini bolehlah dijadikan contoh oleh jawatankuasa lain untuk membuat penambahbaikan di papan kenyataan masing-masing.  Syabas ELS !!

Papan kenyataan English Language Society
yang menarik dan kemaskini

Satu lagi sudut pandangan papan kenyataan ELS

Papan kenyataan unit kaunseling masih
boleh diperbaiki lagi

Pada 12 Oktober yang lalu Kelab Kepenggunaan, Keusahawanan dan Koperasi SMT Jasin telah mengadakan lawatan sambil belajar di Putra Jaya dan Kuala Lumpur. Tumpuan utama lawatan ialah ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  di Putra Jaya yang menempatkan mahkamah tuntutan tribunal.  Lawatan ini diketuai oleh Cikgu Rosman dan Cikgu Athiyyah selaku guru pembimbing dan diterajui oleh saudara Muhd Izlan bin Md Diah (Ting 5 Integrasi) selaku pengerusi kelab.  Diberitakan mereka semua berpeluang masuk mengikuti prosiding perbicaraan yang sedang berlangsung mahkamah tribunal pengguna. Selain itu, rombongan juga diberi taklimat mengenai fungsi Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna KPDNKK.

Cigu Rosman dan Athiyyah bersama sebahagian anggota rombongan

Encik Baharudin dan Shadali pun ada bakat berlakon
sebagai saksi di tribunal pengguna

Merasai suasana mahkamah tribunal pengguna

Rombongan di ruang mahkamah tribunal pengguna

Rombongan bersama pegawai KPDNKK


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...