Sabtu, 6 Ogos 2011

Persediaan Guru SMT Jasin Menjelang Tahun 2013 Kolej Vokasional

Seperti yang semua sedia maklum, SMT Jasin akan turut terlibat sama dalam proses transformasi pendidikan teknik dan vokasional yang mana menjelang tahun 2013 sekolah ini akan menjadi salah sebuah Kolej Vokasional di Malaysia.  Proses ke arah ini telah mula dirasai.  Contohnya, SMT Jasin telah diminta mendaftar semula nama sekolah kepada Sekolah Menengah Vokasional baru-baru ini.   Dalam pada itu, sekolah ini juga telah menerima peruntukan khas sebanyak RM 72,000.00 untuk tujuan latihan serta kursus kepada guru dalam bentuk retraining serta conversion dalam bidang vokasional berkaitan.

Antara bidang yang telah dikenal pasti oleh pihak BPTV untuk dilaksanakan di sekolah ini ialah Bidang Bisnes dan Finance iaitu Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Teknologi Pejabat, Finance / Banking dan Insurance, Bidang Teknologi Kejuruteraan Awam - Construction Technology, Building Technology, Building Services and Maintenance, Bidang Hospitaliti dan Pelancungan - Bakery, Fashion and Dress Making dan Catering, Bidang Teknologi Informasi dan Komunikasi - Teknologi Maklumat (Komputer), Rekabentuk Grafik, Rekabentuk Multi Media dan Sistem Sokongan Komputer dan Rangkaian.

Oleh yang demikian, guru-guru kejuruteraan khususnya akan menjalani latihan serta kursus berkenaan tidak lama lagi. Sementara guru-guru akademik yang berminat untuk menceburi bidang kemahiran vokasional bolehlah juga memohon untuk conversion dalam bidang yang berkaitan.

Blog Pengetua SMV dan SMT Zon Melaka / Negeri Sembilan

Sebuah laman blog pengetua SMV dan SMT Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah dilancarkan pada awal sebulan yang lepas.  Blog ini memaparkan berbagai berita yang diposkan oleh pengerua SMT dan SMT kedua-dua negeri ini.  Antaranya ialah mengenai maklumat program bersama yang sedang dilaksanakan serta berita mengenai aktiviti semasa dari sekolah-sekolah berkaitan.  Laman blog ini boleh dicapai melalui alamat http://pengetua-smtv-mkans.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...