Khamis, 5 April 2012

SASARAN GPS KITA UNTUK TAHUN 2012 IALAH 3.40



Sasaran GPS 3.40 tahun 2012 setelah berjaya
mencapai GPS 3.73 tahun lalu 



Pra Odit Oleh Pihak MPC

Semalam sekolah telah dilawati oleh Encik Ismail Md Noor dari MPC untuk lawatan kali pertama.  Hasil lawatan amat memberangsangkan dimana Encik Ismail telah memberi pujian di atas kecemerlangan pihak sekolah melaksanakan program 5S.  Beliau telah memberi markah mencapai 90% untuk pemeriksaan kali pertama dan terpulanglah kepada sesi lawatan kali kedua oleh MPC pada Isnin 9 April minggu depan.  Tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang lelah membantu sekolah menjayakan 5S.  Saya berharap hari Khamis, Jumaat Sabtu dan Ahad ini kita boleh lagi mengemaskini mana yang kurang untuk mempastikan kejayaan melepasi markah 90% Insya Allah

Ustaz Kamal Adwan PIC untuk Bilik Guru 2 menerangkan sesuatu
kepada Encik Ismail yang begitu kagum dengan kekemasan
bilik berkenaan

Lawatan ke kelas

En. Ismail dialu-alukan oleh pelajar yang melawat kelas

Bilik Kaunseling pun menarik juga

Penerangan di Bilik Kaunseling


Pn. Markonah bergambar dihadapan fail yang tersusun kemas
di Bilik Kualiti


Makmal Sains pun dapat tanda bagus juga !!

Pemeriksaan di Makmal Sains

Ketua AJK Induk 5S bersedia dengan fail masing-masing





Encik Ismail menunjukkan isyarat bagus semasa
lawatan pemantauan di asrama



Selasa, 3 April 2012

Sehari Sebelum Auditan 5S Oleh MPC

Sehari sebelum pengauditan dilakukan oleh MPC, warga SMT Jasin terus berusaha mengemaskini berbagai kemudahan yang terdapat disekolah. Semuanya dipastikan ada dan boleh berfungsi dengan baik. Kebanyakan lokasi yang saya lawati masih sibuk dengan aktiviti pengemaskinian masing-masing yang dilaksanakan oleh guru mahupun pelajar. Seperti yang dijanjikan, antara foto di bawah kita boleh saksikan nama baru untuk Kantin Sekolah dan Bilik Makan Guru, Kakitangan serta tetamu VIP.

Cg Mustafa, Cg Phoo dan Encik Husin sedang
mengemaskini banner di Dewan Baiduri

"Cafe de Rimba" ialah nama yang diberikan untuk bilik makan
guru, kakitangan serta tetamu VIP

Bahagian pintu masuk "Cafe de Rimba"

"Cafe de Selera" .... inilah nama baru untuk
kantin SMT Jasin

Suasana di ruangan rehat Bilik Guru 

Bilik Cetakan telah dikemaskini mengikut skima 5S.
Tahniah kepada Encik Husin, PIC untuk bilik berkenaan

Ha ... inilah punca talian internet sekolah kita sekejap ada sekejap
tak de macam biskut "chipsmore"

Isnin, 2 April 2012

Aneka Foto Jam 2.00 Hingga 5.40 Petang

Ini ialah beberapa keping foto yang saya ambil semasa pemantauan saya ke Makmal Sains, Bilik Kaunseling, Sudut PPDA serta Bilik Guru 1.

Stor Makmal Sains Yang disusun kemas

Pelan dan label kunci dan pelbagai label lain yang
terdapat di Makmal Sains

Pelan kedudukan kipas dan suiz di Makmal Sains

Kabinet peragaan pelbagai brosur berskirting yang terdapat
di Bilik Kaunseling

Lagi papan kenyataan yang menarik yang dapat
dilihat di Bilik Kaunseling

Pn Siti Khadijah sangat berbangga dengan Sudut PPDA
hasil idea serta seliaan beliau

Antara pemandangan menarik yang terdapat
di Sudut PPDA

Lagi pemandngan menarik yang terdapat di Sudut PPDA

Meja cikgu siapa ni ... ?  Ha ... boleh klik untuk besarkan imej.
Menarik juga meja ni 

Meja guru yang agak unik yang terdapat di Bilik Guru 1

Bahagian ruangan hadapan pejabat sekolah telah dikemaskini
dengan pelbagai label dan panduan

Aneka Foto Jam 11.00 Pagi Hingga 1.00 Petang

Berapa foto yang sempat saya ambil semasa meronda disekitar kawasan sekolah.  Kesungguhan semua warga SMT Jasin menyahut cabaran Pensijilan 5S begitu ketara sekali.  Syabas !!!.  Jangan lupa .. esok petang nantikan kemunculan nama "glamour" kantin serta Bilik VIP kantin sekolah ini.

Pn Faridah membantu Cg Phoo mendapatkan
bahan cetakan grafik 5S
Tinggi-tinggi si matahari .. walau bagaimana tinggi  Encik Mohd Isa
tetap sedia memperbaiki
Cg Phoo begitu bangga menjadi PIC Bilik Sukan
Cikgu Lee dengan pelajar yang sudi membantu beliau
di Bilik SPBT (Bilik BOSS)

Jeriji anjung koridor Sudut PPDA sedang
dicat oleh seorang pelajar

Cekak pinggang pulak Kak Ngah dan Kak Teh selepas
penat membersihkan kelas
Antara pelajar yang membantu mengemaskan
Bilik Pakaian Unit Beruniform
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...