Khamis, 29 September 2011

Pintu Besi Untuk Tandas Aspura

Pihak sekolah sedang menaik taraf beberapa kemudahan di sekolah dan asrama secara berperingkat.  Antaranya ialah pemasangan tambahan kipas dan perangkap lalat di kantin sekolah serta penggantian pintu-pintu tandas jenis PVC kepada pintu yang diperbuat daripada besi di asrama putera.  Pada peringkat pertama ini, pihak sekolah telah memasang 23 unit pintu berkenaan di tandas Aspura dan ianya akan ditambah dari semasa ke semasa.  Pihak sekolah memandang berat perbuatan vandalisme yang sering dilakukan oleh sesetengah pelajar dimana banyak pintu tandas jenis PVC telah dipecahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Adu juga pintu PVC berkenaan yang berlubang-lubang kerana dicucuh dengan puntung rokok.  Dalam pada itu, perbuatan segelintir pelajar yang gemar menyeludup keluar melalui lorong kecil sebelah pondok pengawal juga telah berjaya diatasi dengan pemasangan dinding tambahan di bahagian berkenaan.


Pembinaan dinding tambahan
di Post Pengawal Keselamatan

Dinding tambahan didirikan disebelah Post Pengawal

Antara pintu besi yang siap dipasang

Bentuk pintu plate besi yang dipasang

Kerja pemasangan pintu plate besi di tandas aspura



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...