Selasa, 10 Januari 2012

Kelas 5 Integrasi SMT Jasin Tahun 2012

Tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar yang telah tersenarai menyertai kelas 5 Integrasi iaitu sebuah kelas elit yang diwujudkan khas oleh pihak sekolah yang terdiri kumpulan pelajar terbaik dari segi pencapaian akademik masing-masing.

Kelas 5 Integrasi SMJ Jasin Tahun 2012

Penanaman Pokok Anjuran Landskap Malaysia di SMT Jasin

Ahad ini 15 Januari 2012 akan dilancarkan program penanaman sebanyak 1200 pokok disekitar premis SMT Jasin.  Program ini ialah anjuran badan bukan kerajaan iaitu Landskap Malaysia dengan kerjasama Pejabat Daerah Jasin yang memilih SMT Jasin sebagai perintis projek penghijauan mereka di Negeri Melaka. Kalau tiada aral melintang InsyaAllah ia akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tun Jeanne Abdullah sendiri selaku Pengerusi Landskap Malaysia.  Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Landskap Malaysia dan Majlis Daerah Jasin atas pemilihan sekolah ini sebagai lokasi program penghijauan berkenaan.  Pihak sekolah telah menubuhkan jawatankuasa untuk membantu melancarkan program ini yang diketuai oleh Tn Hj Zakaria bin Sharif selaku pegawai penyelaras.  Saya berharap semua warga sekolah samada guru, staf sokongan dan pelajar akan memberi kerjasama untuk menjayakan program ini.

Yang Berbahagia Tun Jeanne Abdullah
Pengerusi Landskap Malaysia


Salah satu aktiviti penanam pokok yang dianjurkan
oleh pihak Landskap Malaysia


Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Diperkemas

Pada tahun ini kita akan meneruskan pemberian anugerah kepada kelas terbaik dalam pertandingan  kebersihan dan keceriaan kelas.  Pada setiap bulan pemenang bagi tingkatan 4 dan 5 akan menerima hamper dan sijil (hamper untuk kelas dan guru tingkatan) sementara kelas yang mendapat tempat pertama  sebanyak 3 kali sepanjang tahun akan diberi hadiah khas berupa lawatan kelas ke suatu destinasi yang akan ditentukan oleh (tentunya lawatan diluar Melaka) dipenghujung tahun nanti.

Dalam pada itu, satu lagi kategori anugerah akan diperkenalkan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kekemasan meja pelajar di dalam kelas.  Mulai tahun ini pihak sekolah akan memilih sekurang-kurangnya 10 pemenang setiap bulan bagi kategori meja pelajar paling kemas, bersih, tersusun serta menarik mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh panel penilai khas yang akan diwujudkan.  Diantara spesifikasi berkenaan ialah seperti kekemasan alas meja, bahan paparan pada permukaan meja seperti visi dan misi sekolah, jadual waktu peribadi, jadual waktu kelas, butiran pelajar,  Borang Head Count Individu yang kemaskini dan sebagainya.

Meja pelajar perlu sentiasa kemas dan menarik
 
Borang Head Count Individu perlu dipamerkan
di atas meja setiap pelajar

Isnin, 9 Januari 2012

Lagi Bahan Baru Untuk Dimuat Turun

Beberapa dokumen serta bahan edisi terbaru telah pun dimuat naik ke Laman Web SMT Jasin baru-baru ini.  Antaranya ialah Borang Agihan Tugas Ahli Panitia, Panduan Format Perancangan Panitia, Panduan Format Penyediaan Kertas Kerja, Format Penyediaan Dokumen SKT, Borang Jual Beli Waktu P&P, Borang Rujukan Kes Kepada Kaunselor dan sebagainya.  Silalah ke laman web sekolah ini untuk mendapatkan bahan berkenaan melalui menu muat turun.


Langkah Pengindahan Kantin Sekolah

Pada tahun 2012 ini kita berazam untuk menaik taraf kemudahan serta meningkatkan tahap keceriaan kantin untuk menjadi salah satu lokasi menarik di sekolah ini.  Ini merupakan hasrat murni yang memerlukan kerjasama serta keprihatinan semua warga sekolah.  Kita semua mestilah bersama berganding bahu untuk sentiasa menjaga kebersihan kantin selain pemantauan yang dilakukan oleh pihak jawatankuasa kantin sekolah.   Diantara cadangan penambahbaikan kantin sekolah ialah seperti berikut  :-
  1. Membaiki semua kerusi dan meja diruangan dewan terbuka kantin
  2. Pemasangan semula kain skirting untuk semua meja kantin.
  3. Meletakkan pokok-pokok bunga yang bersesuaian di premis kantin.
  4. Menyusun batu-batu sungai yang berbagai saiz di mana-mana sudut berkaitan
  5. Penggantian berfasa meja dan kerusi kantin kepada jenis fibre berwarna warni ala restoren KFL / Mac Donald  
  6. Menambah lukisan mural bertemakan kehijauan taman 
  7. Pemasangan langsir bermotifkan kehijauan tumbuhan yang menyegarkan di ruangan makan untuk staf dan VIP 
  8. Pemasangan beberapa unit lampu hiasan antik
  9. Tambahan 4 meja bulat dan kerusi jenis kayu di ruangan makan untuk staf dan VIP

Ruang makan untuk staf dan VIP yang semakin ceria

Lagi sudut bahagian dalam ruang makan untuk staff dan VIP

Mural awan yang menarik telah pun dilukis di bahagian siling
ruangan makan untuk staf dan VIP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...