Isnin, 19 Disember 2011

Staf Sokongan Gembira Ikuti Kursus Motivasi

Pada 17 Disember (Sabtu) lalu sekali lagi pihak sekolah berjaya menganjurkan kursus motivasi yang dilangsungkan di Puteri Resort Ayer Keroh.  Selain anggota kakitangan sokongan, turut hadir ialah beberapa guru kanan seperti Puan Markonah, Puan Mariah serta Encik Norazman.  Seronok benar mereka semua berkursus sambil mengenakan baju korporat baru berwarna hijau muda (sempena menyambut slogan Melaka Bandar Teknologi Hijau...).  Bagi peserta yang hadir, perkataan "kerja biase-biase saje !! dan kerje luar biase !!! tentunya masih sayup-sayup kedengaran bermain di telinga masing-masing.  Mungkin agaknya Encik Husin dan rakan dapat menggayakan gaya unik berkaitan kedua-dua ayat ini. Di bawah ini ialah beberapa foto kenangan semasa kursus yang sempat dirakamkan.








Rabu, 14 Disember 2011

Naik Taraf Beberapa Kemudahan Di Sekolah

Beberapa kemudahan sekolah sedang dinaik taraf baru-baru ini.  Antaranya ialah pembinaan tempat parkir berbumbung untuk Pengetua dan semua Penolong Kanan, naik taraf bilik makan guru dan staf serta bilik VIP di kantin sekolah yang dilengkapkan dengan alat penghawa dingin, pembinaan pondok kawalan keselamatan aspura, pemasangan pagar keliling aspura, ruang menunggu aspura, pembaikan garaj rumah staf kelas H, pembaikan kecil rumah-rumah waden, pembinaan tempat khas pembuangan sampah, pembaikan bumbung dorm asrama, pembinaan wakaf serta pembaikan longkang besar berhampiran di loji kumbahan.

Tempat parkir untuk kenderaan Pengetua dan semua guru Penolong Kanan

Kerja menaiktaraf ruang makan untuk guru dan staf yang turut
dilengkapkan dengan ruang VIP 

Bilik makan untuk guru, staf dan VIP yang dilengkapi
dengan alat penghawa dingin


Pondok pengawal di aspura yang turut menempatkan sistem PA untuk
pengumuman serta memanggil pelajar yang ingin ditemui oleh
penjaga pada hujung minggu

Pintu masuk utama aspura SMT Jasin

Ruang menunggu aspura di laluan untuk ke sekolah

Aspura yang telah dilengkapkan dengan pagar

Kuarters blok H yang dahulunya berisiko garajnya yang hampir
runtuh telahpun diperbaharui

Ahad, 4 Disember 2011

Semak Keputusan Peperiksaan Melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Para ibu bapa serta pelajar boleh membuat semakan online keputusan peperiksaan atau ujian yang dilaksanakan di sekolah melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semakan boleh dilakukan melalui laman web http://saps.moe.gov.my/access-denied.php dengan menekan menu semakan ibu bapa.

Laman utama SAPS

Menu untuk semakan oleh penjaga atau pelajar dengan
hanya menaip nombor kad pengenalan pelajar

Isnin, 21 November 2011

Staf Sokongan dan Guru SMTJ Jasin Ikuti Kursus Jati Diri dan NLP di Ayer Keroh

Pada 19 November lalu pihak sekolah telah mengadakan 2 kursus untuk staf sokongan dan guru.  Seramai 21 staf sokongan bersama 9 guru mengikuti kursus Jati Diri di Puteri Resort sementara 50 orang guru mengikuti kursus NLP di Hotel Seri Malaysia, kedua-duanya Ayer Keroh Melaka.

Antara peserta yang sedang kusyuk mendengar
ceramah dalam Kursus Jati Diri

Penceramah iaitu Ustaz Abdul Razak sedang menyampaikan ceramah

Pn Rohana dan kumpulannya sedang melipat wang kertas bagi tujuan
membina model Istana Idaman

Encik Isa, Abd Rashid, Md Zin dan rakan-rakan turut mencuba mendirikan
model istana idaman daripada wang kertas

Sebenarnya bukan nak buat istana apa pun... duit ni sebenarnya simbol
pengorbanan  yang sanggup disumbangkan oleh para peserta

Isnin, 14 November 2011

Shadali Sedia Bantu Tingkatkan Keceriaaan Sekolah

Warga SMT Jasin tentunya berbangga dengan pemandu bas sekolah ini iaitu Encik Shadali bin Hj Ahmad yang prihatin mengenai keceriaan dan keindahan sekolah khususnya yang berkaitan seni taman dan hiasan.  Beliau juga turut menganggotai jawatankuasa keceriaan dan keindahan sekolah selain dipertanggungjawabkan untuk membantu dari segi pemantauan kerja para pekerja pembersihan kawasan swasta di sekolah ini.  Bagi pelajar asrama, Encik Shadali memang menjadi rakan rapat mereka kerana beliaulah yang akan membantu menguruskan pengangkutan menghantar pelajar asrama yang sakit di sebelah malam.  Teruskan usaha Encik Shadali !!!

Shadali sedang membersihkan tapak semaian berhampiran
garaj bas sekolah 

Membantu aktiviti penternakan ikan talapia diusahakan
bersama guru sebagai sebahagian aktiviti mengisi masa lapang

Khamis, 10 November 2011

Tahun 2012 Kita Akan Semarakkan Budaya Merekabentuk

Antara model bahan yang dicipta oleh peserta kursus baru-baru ini

Gembiranya cikgu-cikgu yang dapat sijil dan piala buatan sendiri

Demo oleh fasilitator berpengalaman

Pengisian melalui kursus yang diikuiti oleh guru dan staf berkaitan Pembinaan Rekabentuk dan Prototaip baru-baru ini akan dimenfaatkan secara berkesan khususnya dari segi pembinaan bahan bantu mengajar, pembinaan arca serta penubuhan Kelab Rekabentuk Sekolah pada tahun hadapan. Antara perkara yang dirancang untuk dilaksanakan ialah :-


  1. Pembinaan bahan bantu mengajar berkaitan subjek kejuruteraan - seperti membina rekabentuk objek tiga dimensi, muka keratan sebagainya.
  2. Pembinaan model bahan P & P yang boleh menunjukkan komponen dalaman sesuatu objek yang boleh membantu pengajaran subjek Fizik dan Kejuruteraan 
  3. Pembinaan model bahan yang boleh membantu subjek bukan sains dan kejuruteraan seperti BM, BI dan Pendidikan Islam.   Dalam Pendidikan Islam contohnya guru boleh membina bahan model menggunakan konsep rekabentuk bahan berkaitan urusan mengerjakan haji seperti menunjukkan lokasi serta aturan haji yang perlu diikuti dan sebagainya.
  4. Membuat rekabentuk atau model arca yang kemudiannya boleh diterjemahkan dengan pembinaan arca pada skala saiz yang sebenar di sekitar premis sekolah. 
  5. Kelab rekabentuk bahan yang bakal ditubuhkan nanti boleh merekabentuk sendiri model hadiah / plate atau piala untuk berbagai acara di sekolah seperti Kejohanan Olahraga dan sebagainya. 
  6. Mengukuhkan lagi proses rekabentuk model kereta solar dan boat solar sekolah yang bakal dipertandingkan di peringkat zon, negeri dan kebangsaan.   

Alamak ... dah dapat oscar Seri Angkasa lah !!!

Kreativiti dan kepuasan hasil kerja pasti akan menceriakan minda

Pandai juga ustaz buat model piala untuk program realiti TV tahun
hadapan yang bertajuk  "Ustazah Idaman"
Cik Sherrina dan rakan juga tekun membuat rekabentuk

Selasa, 8 November 2011

Jamuan Makan Malam Tingkatan 5 PKM 1

Bersungguh benar Mas Adura dan Nasihah Solehah dari Tingkatan 5 PKM 1 menguruskan majlis jamuan makan malam kelas mereka yang hendak diadakan di Medan Ikan Bakar Alai.  Sebenarnnya pihak sekolah memang menghadapi masalah sejak akhir-akhir ini dari segi kemudahan bas dan van.  Bas sekolah sekolah perlu diselenggara sistem hawa dingin dan alternatornya sementara van sekolah pula menghadapi masalah kesukaran mendapatkan alat ganti kerana jenis van Inokom ini memang jarang digunakan lagi sekarang.


Cukup ke bajet kelas kita ni  ...?

Agaknya permohonan diluluskan atau tidak ?.
Boleh tanya cikgu Nazri

Korban Perdana SMT Jasin dan Program Pengisian Minda

Alhamdulillah, Majlis Qurban Perdana dan Program Pengisian Minda Pelajar SMT Jasin telah berjalan dengan lancar pada hari ini.  Pada tahun ini sebanyak empat ekor lembu telah dikorbankan untuk dagingnya diagih-agihkan sebagai sedekah.  Dalam masa yang sama untuk mengisi masa para pelajar yang tidak terlibat membantu program qurban, dua ceramah berkaitan kesedaran Islam telah dilangsungkan di surau sekolah untuk pelajar lelaki dan dua ceramah lagi di dewan besar untuk pelajar perempuan.  Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam perlaksanaan kedua program khususnya AJK Kelab Keluarga di bawah pimpinan pengerusinya iaitu En Md Zin Othman serta Panitia Pendidikan Islam yang diketuai oleh Ustazah Siti Sarmah dan juga kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.


Cikgu Mustafa sedang membantu sembelihan yang hedak dilakukan

Antara 4 ekor lembu yang dikorbankan

T Shirt khas Program Qurban SMT Jasin




Ustaz Abdul Rahof  Abdul sedang menyampaikan ceramah pengisian minda
pelajar di surau bersempena majlis qurban
Senarai Peserta Qurban :

Kumpulan 1 :
  1. Rukhadi bin Hj Salihin
  2. Suriani bte Sareng
  3. Nurul Amirah bte Rukhadi
  4. Muhammad Bazil bin Rukhadi,
  5. Muhammad Adib bin Rukhadi
  6. Nurul Balqis bte Rukhadi
  7. Muhamad Ariq bin Rukhadi
Kumpulan : 2
  1. Hasni bin Dolmat
  2. Ahmad Najid bin Jalil
  3. Norpah bte Sanusi
  4. Mohd Nazri bin Tumiran
  5. Muhammad Shuib bin Baharin
  6. Fauzi bin Abdullah
  7. Azizatun bte Othman
Kumpulan : 3
  1. Hjh Hasnah bte Saup
  2. Kechik bte Md Rub
  3. Mohd Ishak bin Siyes (2 Bahagian)
  4. Hjh Maznah bte Hj Idrus (2 Bahagian)
  5. Mohd Rizal bin Mazlan 
Kumpulan : 4
  1. Muhammad Solahuddin bin Baharin
  2. Muhammad Aakif bin Abdullah
  3. Nor Azlin bte Akhbar
  4. Nurul Aqilah bte Md Noor
  5. Sharipah Aminah bte Syed Noh
  6. Rusni bte Md Sidin
  7. Adam bin Mohd Nasiruddin

Ahad, 6 November 2011

Asrama SMT Jasin Diistihar Bertaraf 4 Bintang dan Peserta Tilawah Al-Quran Dapat Tempat Ke Empat

Peserta kita iaitu Nur Asyiqah binti Mohd Amin (Ting 4 PKA 3) telah berjaya mendapat tempat ke empat dalam acara Tilawah Al Quran di Kejohanan Antara Asrama SMV dan SMT seluruh Malaysia (KAVOT) yang berlangsung di Pulau Pinang baru-baru ini.  Dalam pada itu, asrama SMT Jasin pula telah tersenarai sebagai  "Asrama  Bertaraf 4 Bintang" oleh pihak Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia.  Saya mengucapkan tahniah serta bersyukur di atas kedua-dua kejayaan ini dan berharap ianya akan menjadi perangsang untuk semua waden dan penghuni asrama untuk terus cemerlang di masa akan datang.  Kita harus bertanya bagaimanakah kita boleh menyumbang terhadap kejayaan sekolah dan asrama daripada  asyik mengeluh serta memberi komen negatif terhadap keadaan asrama dan sekolah ini.  Sekali sekala kita perlu memandang ke bawah khususnya keadaan asrama di SMV dan SMT lain yang ada diantaranya tidak langsung mendapat bintang atau hanya mendapat taraf 1, 2 dan 3 bintang sahaja.

Plate Anugerah Asrama bertaraf 4 Bintang yang diterima
oleh pihak sekolah


Nur Asyiqah bersama guru pengiring (Pn Erma)
semasa majlis penyampaian hadiah 



Tiada Cuti Awal Untuk Pelajar Tingkatan 4

Pelajar tingkatan 4 perlu menamatkan sesi persekolahan mereka hingga tarikh akhir persekolahan 2011 iaitu pada 18 November 2011.  Tiada peraturan oleh pihak Kementerian Pelajaran yang membenarkan mana-mana pengetua sekolah untuk memberi cuti kepada pelajar semata-mata kerana peperiksaan SPM bermula lebih awal iaitu pada 14 November 2011.  Jika pengetua membenarkan pelajar bercuti lebih awal maka ianya adalah melanggar peraturan bilangan hari persekolahan yang perlu diikuti oleh pelajar dalam setahun.   Sekolah juga  bertanggungjawab terhadap sebarang risiko yang terjadi seandainya pelajar ditimpa sesuatu bencana atau kemalangan kerana sepatutnya pelajar berada di sekolah hingga ke hari akhir persekolahan tahun 2011.   Mana-mana sekolah yang membenarkan pelajar bercuti awal adalah terdedah kepada pelanggaran peraturan yang berkenaan kerana tidak diluluskan oleh Pendaftar Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri.  Dalam pada itu, Kementerian Pelajaran pada tahun ini akan menyalurkan bantuan persekolahan RM 100.00 kepada setiap pelajar tingkatan 4 yang perlu diagihkan sebelum mereka bercuti.  Ini adalah selaras dengan pengumuman semasa pembentangan bajet oleh Perdana Menteri baru-baru ini.  Proses ini tentunya akan melibatkan prosedur pengurusan kewangan yang perlu diikuti sebelum pengagihan wang dapat dilakukan yang dijangka akan mengambil masa hingga ke akhir tarikh persekolahan 2011.  Saya percaya semua pelajar SMT Jasin terdiri dari mereka yang  berdisiplin tinggi, berbudi bahasa, bijak serta sentiasa mengikut peraturan disamping sedia untuk mengikuti semua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah hingga ke hari akhir persekolahan.  

Sabtu, 5 November 2011

Sneak Preview Foto di Majalah Sekolah

Untuk makluman semua warga SMT Jasin, majalah sekolah ini sedang dalam proses akhir untuk disiapkan. Mungkin ramai yang tidak sabar lagi untuk melihat foto yang akan dipaparkan dalam majalah berkenaan. Maklum sajalah semua guru dan pelajar telah pun selesai menjalani sesi bergambar baru-baru ini.  Bersama ini saya postkan bebarapa foto yang bakal dimasukkan dalam majalah berkenaan untuk tatapan anda semua. Foto-foto lain tunggu sajalah hingga majalah berkenaan diterbitkan.  Sila klik pada foto untuk mendapatkan  paparan yang lebih jelas.






Rabu, 26 Oktober 2011

Pelajar Cemerlang Peperiksaan Percubaan SPM 2011

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pelajar tingkatan 5 yang menerima anugerah pencapaian akademik cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan SPM baru-baru ini.  Ramai juga pelajar yang bertanyakan bila foto mereka nak dimasukkan ke laman blog ini.  Sebenarnya terdapat sedikit masalah teknikal berkaitan foto yang diambil semasa majlis di dewan besar.  Berikut ialah foto baru yang diambil Selasa lalu. Wah !!! semuanya nampak segak dan anggun.

Barisan pelajar perempuan yang menerima anugerah pencapaian
akademik cemerlang Peperiksaan Percubaan SPM 2011


Barisan pelajar lelaki yang menerima anugerah pencapaian
akademik cemerlang Peperiksaan Percubaan SPM 2011

Isnin, 24 Oktober 2011

Pasangan Kembar Cemerlang Akademik

Syukri (kiri) dan Syufie merupakan antara pelajar yang menjadi
harapan SMT Jasin untuk mencapai kecemerlangan
dalam Peperiksaan SPM 2011

Pasangan kembar Muhammad Syufie dan Muhammad Syukri merupakan antara pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.  Kedua-dua mereka merupakan antara 62 orang pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan akademik baru-baru ini dengan Syufie (adik) mendapat 7A dan Syukri pula mendapat 6A dalam Peperiksaan Percubaan SPM. Kedua beradik kembar ini dilahirkan pada 11 Mac 1994 dengan selang masa kelahiran 8 minit di Hospital Besar Muar, Johor.  Anak kepada pasangan Encik Talib bin Sajiran dan Pn Norasikin bte Jamian ini mempunyai cita-cita yang berbeza dimana Syufie bercita-cita untuk menjadi pensyarah universiti sementara Syukri pula ingin menjadi seorang jurutera automotif.  Bapa mereka bertugas sebagai seorang guru di SMK Bukit Gambir, Muar sementara ibu pula bertugas sebagai Pembantu Tadbir sekolah rendah di daerah yang sama.  Saya mendoakan semoga mereka berdua akan berjaya mengejar cita-cita masing-masing.


Ahad, 23 Oktober 2011

Arca Kumpulan Pertama Pelajar SMT Jasin Siap Diperbaiki

Kerja membaiki  arca yang memaparkan senarai nama kumpulan pelajar pertama (tahun 2000) SMT Jasin telah siap dilaksanakan.  Kerja pembaiki melibatkan penggunaan bahan Alu Carbon, Acrylic 5 mm c/w Outdoor Sticker & Iron Frame.

Arca Yang Telah Diperbaiki

Senarai Nama Pelajar Kumpulan Pertama SMT Jasin
Dipaparkan Dengan Lebih Jelas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...