Jumaat, 12 Ogos 2011

Ceramah Ramadan SMT Jasin

Dalam Program Ceramah Ramadan pagi semalam, warga SMT Jasin telah dihiburkan dengan persembahan kisah Nabi Ibrahim oleh pemidato cilik yang bernama Khadijah Solehah iaitu anak kepada Ustaz Shaparrin.  Dalam pada itu, kita juga telah diingatkan oleh penceramah yang dijemput khas iaitu Ustaz Samsol bin Selamat untuk memenuhi KPI sempena bulan Ramadan iaitu  :
  1. Kepentingan lafaz niat berpuasa
  2. Mengerjakan ibadah puasa bersama dengan perkara wajib yang lain seperti menunaikan solat lima waktu.  Jangan pula terlalu dikejar solat sunat tarawikh tetapi solat 5 waktu terabai.  
  3. Melaksanakan perkara wajib - bagi guru ialah mendidik dan bagi pelajar ialah belajar dengan bersunguh-sungguh serta termasuk menghormati guru dan ibu bapa.
  4. Menjauhi perkara yang dilarang dalam bulan puasa

Khamis, 11 Ogos 2011

Perlaksanaan Klinik Akademik Berfokus

Mesyuarat kurikulum semalam memutuskan perlaksanaan Program Klinik Akademik Berfokus bagi subjek Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Bahasa Inggeris.  Program ini adalah khusus untuk kumpulan pelajar tingkatan 5 yang berstatus terlalu lemah berdasarkan kriteria yang ditentukan oleh panitia berkenaan.  Program ini akan melibatkan semua guru panitia yang berkenaan serta dilaksanakan secara lebih berfokus mengikut modus operandi khusus yang telah ditetapkan.  Seramai antara 30 hingga 40 kumpulan berkenaan akan dipilih oleh panitia.  Contohnya, bagi Panitia Fizik yang mempunyai 4 orang guru, maka setiap guru (dipanggil mentor) dipertanggungjawabkan terhadap 10 hanya orang "pesakit".  
  1. Pelajar yang terpilih akan menerima salinan jadual waktu mengajar mentor masing-masing sebagai rujukan
  2. Guru mentor memberi taklimat awal kepada pelajar mengenai cara melaksanakan program
  3. Dengan merujuk jadual waktu guru mentor, pelajar boleh bertemu mentor pada waktu jadual ganti (relieve class) dengan memohon kebenaran berjumpa mentor kepada guru relieve kelas berkenaan.
  4. Pelajar juga boleh bertemu mentor pada waktu rehat atau pada masa-masa terluang yang boleh dimenfaatkan. 
  5. Borang Pelaporan Klinik Akademik Berfokus perlu dilengkapkan oleh mentor setiap kali tamat sesi untuk tujuan rekod dan penyeliaan pihak pengurusan serta rujukan penjaga.

Selasa, 9 Ogos 2011

Warga SMT Jasin Perlu Mengggunakan Takwim Online

Dengan kemudahan Google Calender, pihak pengurusan SMT Jasin telah mula menggaplikasikan penggunaan  takwim atau kalender yang merencanakan penjadualan aktiviti sekolah secara online. Diantara manfaat penggunaan Takwim secara online ini ialah :
  1. Memudahkan pihak pengurusan sekolah melaksanakan pengubahsuaian jadual perlaksanaan sesuatu program atau aktiviti dari semasa ke semasa.
  2. Membolehkan warga sekolah khususnya guru menyemak terlebih dahulu program atau aktiviti terkini yang telah dimuatkan oleh pihak pengurusan sebelum melaksanakan program lain.
  3. Mudaj serta menjimatkan masa kerana takwim online boleh disemak pada bila-bila masa dimana jua kita berada dengan menggunakan alat ICT seperti telefon bimbit (yang ada talian internet).  Guru yang sedang berkursus di luar kawasan juga boleh menyemaknya pada bila-bila masa.
  4. Takwim online boleh diubahsuai oleh beberapa pihak yang diberikuasa untuk melaksanakannya melalui kebenaran khas.  Ini bermaksud terdapat kawalan dalaman dari segi pengubahsuaianya.
  5. Penjaga serta pelajar SMT Jasin boleh menyemak dari rumah berkaitan jadual pulang bermalam bagi pelajar asrama, jadual peperiksaan dan sebagainya. 

Contoh paparan takwim online secara bulan ke bulan


Contoh paparan takwim secara secara agenda harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...