Rabu, 26 Oktober 2011

Pelajar Cemerlang Peperiksaan Percubaan SPM 2011

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pelajar tingkatan 5 yang menerima anugerah pencapaian akademik cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan SPM baru-baru ini.  Ramai juga pelajar yang bertanyakan bila foto mereka nak dimasukkan ke laman blog ini.  Sebenarnya terdapat sedikit masalah teknikal berkaitan foto yang diambil semasa majlis di dewan besar.  Berikut ialah foto baru yang diambil Selasa lalu. Wah !!! semuanya nampak segak dan anggun.

Barisan pelajar perempuan yang menerima anugerah pencapaian
akademik cemerlang Peperiksaan Percubaan SPM 2011


Barisan pelajar lelaki yang menerima anugerah pencapaian
akademik cemerlang Peperiksaan Percubaan SPM 2011

Isnin, 24 Oktober 2011

Pasangan Kembar Cemerlang Akademik

Syukri (kiri) dan Syufie merupakan antara pelajar yang menjadi
harapan SMT Jasin untuk mencapai kecemerlangan
dalam Peperiksaan SPM 2011

Pasangan kembar Muhammad Syufie dan Muhammad Syukri merupakan antara pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.  Kedua-dua mereka merupakan antara 62 orang pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan akademik baru-baru ini dengan Syufie (adik) mendapat 7A dan Syukri pula mendapat 6A dalam Peperiksaan Percubaan SPM. Kedua beradik kembar ini dilahirkan pada 11 Mac 1994 dengan selang masa kelahiran 8 minit di Hospital Besar Muar, Johor.  Anak kepada pasangan Encik Talib bin Sajiran dan Pn Norasikin bte Jamian ini mempunyai cita-cita yang berbeza dimana Syufie bercita-cita untuk menjadi pensyarah universiti sementara Syukri pula ingin menjadi seorang jurutera automotif.  Bapa mereka bertugas sebagai seorang guru di SMK Bukit Gambir, Muar sementara ibu pula bertugas sebagai Pembantu Tadbir sekolah rendah di daerah yang sama.  Saya mendoakan semoga mereka berdua akan berjaya mengejar cita-cita masing-masing.


Ahad, 23 Oktober 2011

Arca Kumpulan Pertama Pelajar SMT Jasin Siap Diperbaiki

Kerja membaiki  arca yang memaparkan senarai nama kumpulan pelajar pertama (tahun 2000) SMT Jasin telah siap dilaksanakan.  Kerja pembaiki melibatkan penggunaan bahan Alu Carbon, Acrylic 5 mm c/w Outdoor Sticker & Iron Frame.

Arca Yang Telah Diperbaiki

Senarai Nama Pelajar Kumpulan Pertama SMT Jasin
Dipaparkan Dengan Lebih Jelas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...