PENULIS BLOG


HASNI BIN DOLMAT

Encik Hasni bin Dolmat ialah anak kelahiran Negeri Melaka yang dilahirkan pada 7 April 1962 bersamaan 1 Safar 1382 Hijrah di Kampung Ujong Pasir. Beliau sekarang masih menetap di Ujong Pasir iaitu 1106-1 Jalan Masjid Ujong Pasir. Encik Hasni telah menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir, Melaka (1969 - 1974), seterusnya pendidikan menengah rendah di SM Tun Mutahir Batu Berendam (1975-1977) dan kemudian ke SM Teknik Melaka (1978-1979) sebelum melanjutkan pelajaran di UKM bagi program Ijazah pertama dalam bidang pengurusan perniagaan (1982-1985). Seterusnya beliau meneruskan pengajian untuk Diploma Pendidikan di UKM pada tahun1986. Beliau telah berumah tangga dengan Pn. Husna binti Abdullah dan dikurniakan Allah dengan 4 orang anak. Isteri beliau juga merupakan seorang pendidik yang sekarang ini sedang berkhidmat di SMK Tun Tuah, Melaka. 

Penempatan pertama Encik Hasni sebagai guru terlatih ialah pada 4 Mei 1987 di Sekolah Menengah Teknik Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan mengajar subjek Perdagangan dan Prinsip Akaun. Beliau pernah menjadi ketua pemeriksa mata pelajaran Prinsip Perniagaan bagi Peperiksaan SPM (Vokasional) selama 4 tahun dan pernah menjadi ahli panel penilaian buku teks subjek berkenaan selaras dengan perubahan kurikulum baru SMV pada masa itu. Selain mata pelajaran Prinsip Akaun dan Prinsip Perniagaan, beliau juga berpengalaman mengajar mata pelajaran SPM(V) Asas Pemprosesan Maklumat.

Encik Hasni bin Dolmat telah dilantik menjadi Penolong Kanan Kokurikulum pada tahun 1990 dan seterusnya Penolong Kanan Akademik pada tahun 1992. Melanjutkan pelajaran mengambil Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di UKM pada tahun 2004 dan seterusnya kembali sebagai Penolong Kanan Akademik di sekolah yang sama sehingga Oktober 2006. Pada 2 November 2006 ditempatkan di SM Vokasional Melaka Tengah sebagai Penolong Kanan Akademik. Seterusnya menjadi pengetua di SM Vokasional Ampangan Seremban mulai 25 Ogos 2008 sehingga Jun 2011. Pada 1 Julai 2011 beliau berpindah sebagai pengetua di SM Teknik Jasin dan masih berkhidmat di sekolah ini hingga sekarang. Sepanjang perkhidmatan pernah 3 kali menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ialah pada tahun 1994 dan 2006 semasa berkhidmat di SM Vokasional Juasseh dan tahun 2010 semasa berkhidmat di SM Vokasional Ampangan, Seremban. Beliau telah dilantik sebagai pengetua cemerlang gred DG 52 mulai 29 Disember 2012. En Hasni juga ialah merupakan setiausaha Majlis Permuafakatan Pengetua SMT / Pengarah KV Zon Melaka / Negeri Sembilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...