Jumaat, 20 Januari 2012

Pelancaran Hutan Kita @ Schools

Sabtu lalu telah dilancarkan Program Hutan Kita @ Schools anjuran Majlis Perbandaran Jasin dengan sokongan badan NGO Landskap Malaysia. Majlis telah dirasmikan oleh Setiausaha MPJ dan dihadiri oleh wakil dari Landskap Malaysia serta wakil Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah di daerah Jasin.  Menurut pihak Landskap Malaysia, SMT Jasin menjadi sekolah pertama di Melaka yang dilancarkan program ini.  Pada hari berkenaan sebanyak 1200 anak pokok hutan telah ditanam disekitar kawasan sekolah.  Selain itu, wakil setiap sekolah juga diberi cendemata anak pokok untuk ditanam disekolah masing-masing.  Pihak Landskap Malaysia turut membekalkan tag nama untuk membolehkan guru serta pelajar menulis nama mereka bersekali dengan tag nama spesis pokok berkenaan.










Pengambilan Pelajar Baru Tingkatan 4

Pada tahun ini SMT Jasin hanya membuat pengambilan untuk seramai 180 pelajar tingkatan 4 sahaja.  Ini bermaksud setiap kursus PKE, PKM dan PKA hanya mempunyai 2 kelas sahaja. Pengurangan pengambilan pelajar teknikal ini ialah sebagai langkah "soft landing" memandangkan SMT Jasin akan bertukar menjadi Kolej Vokasional pada tahun hadapan. Pada tahun hadapan, Kolej Vokasional Jasin akan mula menawarkan kursus-kursus vokasional iaitu Teknologi Binaan, Penyelenggaraan Bangunan, Seni Kulineri, Bakeri dan Konfeksionari, Teknologi Maklumat, Sistem Komputer dan Rangkaian, Pengurusan Perniagaan, Perbankan, Kewangan dan Peruncitan.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...