Sabtu, 24 Mac 2012

Pencapaian SPM 2011 Meningkat .. Tahniah Kepada Semua !!

Mohon maaf terlewat kemaskini berita mengenai keputusan peperiksaan SPM 2011 bagi SMT Jasin yang telah diumumkan baru-baru ini. Saya dan rakan pengetua SMT / SMT dan KV mengikuti kursus di Kem Bina Negara (BTN) Kundasang, Sabah dan baru balik semalam.  Di kem agak sukar untuk kemaskini blog disebabkan keletihan mengikuti jadual yang ketat dan reception internet yang lemah. Walaubagaimanapun saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah menyumbang hingga membolehkan kita memperolehi pencapaian yang membanggakan ini.  Insya Allah pagi Isnin esok pihak sekolah akan mengadakan majlis ringkas penyampaian cenderahati penghargaan kepada semua guru dan staf serta jamuan khas sarapan pagi untuk menghargai sumbangan yang telah dicurahkan oleh guru dan staf sokongan ke arah pencapaian SPM yang lebih baik pada tahun lepas.  Tahniah !!!

SMT Jasin berjaya melepasi KPI  bagi SPM 2011 yang telah ditetapkan
oleh BPTV iaitu 3.80 dengan pencapaian  GPS 3.72
Peningkatan pencapaian SMT Jasin dalam
SPM tahun 2008 hingga 2011

















Ahad, 18 Mac 2012

Taman Herba Seribu Penawar

Taman Herba Seribu Penawar ialah merupakan sebuah taman yang terletak diantara Dewan Terbuka dengan Blok Akademik.  Ia diusahakan serta diselia oleh jawatankuasa Taman Herba Sekolah yang diketuai oleh Cikgu Mohd Rizal dengan dibantu oleh sekumpulan pelajar yang dikenali sebagai Briged Taman yang antara lain turut mempelajari berbagai ciri serta manfaat pokok herba yang terdapat di sekitar taman berkenaan. Diantara pokok herba yang terdapat di taman ini ialah Pokok Halia Bara, Hempedu Bumi, Bidara,  Kaduk, Pecah Kaca,  Sireh, Putat,  Cermai, Lempoyang, Temu Hitam, Kesidang, Ulam Raja, Temu Hitam dan sebagainya.  Tahniah kepada Cikgu Rizal serta Briged Tamannya !!.

Papan maklumat mengenai taman herba

Label nama pokok herba turut disediakan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...