Jumaat, 21 September 2012

SMT Jasin Jadi Perkampungan Karnival Asrama Vokasional dan Teknik (KAVoT) 2012

Dijangkan pada 31 Oktober hingga 3 November 2012, asrama SMT Jasin akan menjadi tempat penginapan peserta lelaki bagi Karnival Asrama Vokasional dan Teknik (KAVot) 2012.  Dalam karnival ini, para peserta terdiri dari para pelajar tahun 1 Kolej Vokasional, pelajar tingkatan 4 (SMT dan SMV) serta pelajar tingkatan 6 bawah (SMT) mewakili asrama sekolah zon masing-masing termasuk dari Sabah dan Sarawak.  Dijangkakan seramai 300 peserta lelaki akan menginap di asrama SMT Jasin dan 250 peserta perempuan di asrama SMV Melaka Tengah.  Antara acara yang akan dipertandingkan ialah Bola Tampar, Futsal,  Catur, Petanque, Dikir Barat, Nyanyian Lagu Melayu Asli, Nasyid dan Tilawah Al_Quran.



Sementara itu, jawatankuasa bersama SMT/ SMV dan KV zon Melaka dan Negeri Sembilan telah membuat pemilihan wakil sekolah yang akan mewakili zon bagi acara yang akan dipertandingkan berdasarkan merit pencapaian sekolah masing-masing dalam tahun 2012.  Berikut ialah senarai penyertaaan yang telah diputuskan oleh jawatankuasa berkenaan   :



Selasa, 18 September 2012

Projek Naik Taraf ke Kolej Vokasional Jasin Bermula

Malas juga nak update blog ni .. sebab rasanya lebih mudah letak maklumat guna http://www.facebook.com/jasinbest.  Tapi ada juga pihak yang bertanya.  Maksudnya mereka tak lihat pun Facebook SMT Jasin lah tu.  Banyak kelemahan menyampaikan maklumat menggunakan blog.  Antaranya ialah perkhidmatan percuma ini sangat "leceh" terutamanya apabila kita ingin meng"upload" imej atau foto. Terdemut-demut lah ... kata orang Melaka.  Kemudian templat atau antara muka (interface) penyuntingan kerap sangat diubah oleh penyedia perkhidmatan Blogger ni.  Ia juga kurang dinamik kerana kekangan untuk melaksanakan komen spontan dan kekurangan ciri online untuk pengguna berinteraksi. Tapi ada juga kebaikannya seperti Tambah ciri linkages yang terdapat padanya.  Contohnya ... posting ini pun saya boleh upload terus ke Facebook. Tapi sayang juga saya nak tinggalkan penggunaan blog.  Insyallah saya akan cuba ubah dimensi penggunaan blog untuk mengelakkan pertindihan dengan Facebook Page SMT Jasin.

Hari ni nak cerita kisah Sekolah Menengah Teknik Jasin yang mula bersiap sedia menjadi Kolej Vokasional pada tahun hadapan.  Pihak kontraktor telah mula melaksanakan projek naik taraf yang bernilai hampir RM 1.6 juta ini.  Banyaklah premis yang akan diubahsuai atau dibina untuk tujuan penyediaan premis 10 kursus baru. Antara kursus vokasional yang akan mula ditawarkan pada tahun hadapan ialah kursus Seni Kulineri, kursus Bakeri dan Konfeksionari, Teknologi Maklumat dan Sistem Rangkaian, Perbankan, Insurans, Peruncitan, Teknologi Binaan, Penyelenggaraan Bangunan dan sebagainya. Menjelang tahun 2016 pula nanti beberapa tambahan kursus lain juga akan dibuat.  Antaranya ialah kursus Event Management dan Pengurusan Pentas pun ada !!.  Wah macam-macam ada ..
 
Kawasan dataran perhimpunan nak dibuat
bengkel untuk KursusTeknologi Binaan
Pemandangan tapak projek dilihat dari tepi koperasi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...