Isnin, 8 Oktober 2012

SMT Jasin Masih Tawar 3 Kursus Teknikal Tahun 2013

Mesyuarat pengetua-pengetua dengan Tuan Pengarah BPTV bagi 9 buah SMT yang dijangka naik taraf ke Kolej Vokasional telah memutuskan SMT Jasin dan 7 buah lagi SMT masih kekal menawarkan kursus teknikal pada tahun hadapan.  Hanya sebuah sahaja SMT yang akan menjadi Kolej Vokasional pada tahun 2014 iaitu SMT Gombak.  Penangguhan yang dibuat adalah disebabkan oleh pembangunan premis untuk 10 kursus baru KV Jasin oleh pihak JKR masih belum disiapkan dan kebanyakan SMT kesuntukan masa untuk bersiap sedia bagi kemasukan pelajar tahun satu KV bagi kemasukan pada awal Januari. Untuk itu, SMT Jasin pada tahun 2013 masih menawarkan kursus Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (PKE) dengan kadar satu kelas bagi setiap kursus.  Pengurangan bilangan kelas yang ditawarkan ialah bagi membolehkan tenaga pengajar yang ada di SMT Jasin mengikuti kursus kemahiran yang berkaitan dengan KV dalam jangka waktu yang lebih panjang serta memberi peluang kepada pihak sekolah memantapkan tahap kesediaaan untuk menjadi KV pada tahun 2014.

Penerangan mengenai Transformasi Pendidikan Vokasional
yang pernah diadakan di UTHM tahun ini

Antara guru SMT Jasin yang sempat hadir mendengar penerangan berkenaan
daripada Tuan Pengarah BPTV



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...