PROFIL SEKOLAH

SELEMBAR SEJARAH

Sekolah Menengah Teknik Jasin (SMTJ) mula dibina pada 1 Oktober 1997 dengan anggaran kos sebanyak RM 29 juta dan merupakan sekolah teknik keempat di Melaka. Sekolah ini terletak di Bukit Telemong di Simpang Kelubi. Di Atas tanah seluas 38 ekar yang dahulunya adalah ladang kelapa sawit. Sekolah ini juga merupakan salah satu daripada 8 buah sekolah menengah teknik yang dibina di bawah Skim Pinjaman Bank Asia (ADB) ke empat.
       
Sekolah ini telah dibuka pada Januari 2000. Pengetua pertama di sini ialah En. Shabudin bin Man sementara En. Mat Misiah, Guru Penolong Kanan satu merupakan ”caretaker” melapor diri. Ini diikuti oleh perpindahan 2 orang guru dan staf sokongan ke sekolah ini. Seterusnya bilangan kakitangan bertambah menjadi 12 orang guru dan 10 staf sokongan pada awal Mac iaitu menjelang pengambilan pertama pelajarnya. Sehari sebelum pendaftaran pelajar pihak JKR telah membuat penyerahan sebahagian daripada bangunan sekolah, iaitu meliputi bangunan pentadbiran, bangunan akademik, 2 blok asrama putera, 2 blok asrama puteri, dewan dan surau. Kerja-kerja menyusun dan mengemas peralatan dorm dan bilik-bilik darjah telah dilaksanakan bersama orang-orang kampung.

Pengambilan pertama pelajarnya dibuat pada 5 Mac 2000 dan seramai 281 orang pelajar tingkatan 4 dari seluruh Malaysia mendaftar dan 98 % daripadanya tinggal di asrama. Jumlah ini terus meningkat menjadi 725 pelajar dengan 46 orang guru pada tahun 2001. Mulai 16 Januari 2004, Tn. Haji Abdul Aziz bin Haji Omar telah dilantik menjadi pengetua SMTJ menggantikan En. Shabudin bin Man yang telah bertukar ke Kolej Komuniti Jasin.

Pelajar yang memulakan pengajian di sini ditawarkan 3 aliran kursus kejuruteraan iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Mekanikal. Kumpulan pelajar pertama yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah pada 5 November 2001





Panorama SMT Jasin
Pintu Masuk Utama SMT Jasin
Lagi Foto Laluan Masuk Utama Sekolah

Senarai Guru SMT Jasin Tahun 2012



12 ulasan:

  1. Pintu masuk utama telah berwajah baru. Mengapa tak dimasukkan gambar terkini.

    BalasPadam
  2. mengapa dewan biru sangat...... tak ceria..macam lambang warna kesukaan kaum tertentu.

    BalasPadam
  3. bagi kami sebagai bekas pelajar SMTJ..adalah lebih elok sekiranya senarai nama cikgu yang masih mengajar di SMTJ diadakan. kami ingin mengenal pasti cikgu cikgu yang telah mengajar kami. adakah mereka masih lagi di SMTJ..atau pun tidak. mohon admin ambil tindakan sewajarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Telah kami sisipkan senarai nama guru dan staf sokongan berkenaan. Terima Kasih

      Padam
  4. apa kod sekolah ye? tak ada mention pun

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. maaf kan saya . adakah MHA ataupun MKA?

      Padam
  6. Assalamualaikum sdr admin. Boleh sy tahu adakah terdapat kekosongan guru Kej Mekanikal @ Lukisan Kej di sek tuan. Ini adalah kerana isteri sya telah memohon untuk bertukar ke negeri Melaka sejak 3 tahun yang lalu tetapi gagal. Isteri saya kini mengajar di KV Seri Iskandar, Perak dalam jurusan ABM @ PI . Wlabagaimanapun opsyen beliau adalah dalam Lukisan Kejuruteraan dan Ijazah beliau dalam Kej Mekanikal. Mgkin dengan maklumat dr sdr admin dpt membantu sy dalam urusan pertukaran ini dgn pihak BPTV. TQ

    BalasPadam
  7. Guru LK mencukupi di sekolah ini. Tambah pula tahun 2014 SMT Jasin akan menjadi Kolej Vokasional dan semua guru kejuruteraan sedang dilatih semula dan juga mengikuti kursus untuk mengajar kursus baru iaitu Teknologi Binaan dan Penyenggaraan Bangunan. Terima Kasih. Dicadangkan memohon ke SMT Melaka (Bukit Piatu) terus kekal SMT. TQ

    BalasPadam
  8. kenapa smtj jadi KV ?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...