Isnin, 24 Disember 2012

Akhirnya Blog Ini Berjaya Dipulihkan Dari Serangan Malware

Risau juga dibuatnya kerana dah seminggu lebih Blog Pengetua SMT Jasin ini terpaksa saya keluarkan dulu dari alam cyber kerana diserang oleh Malware.  Amaran blog telah didijangkiti Malware terjadi terutamanya apabila kita menggunakan Google Chrome untuk mengekses blog ini. Kalau guna Explorer dan Mozilla tidak pula ada amaran berkenaan. Jadi untuk langkah keselamatan, maka saya keluarkan dulu blog ini buat sementara selama seminggu untuk membolehkan saya mencari punca serta cara untuk menghapuskan Malware ini. Alhamdulillah semalam saya berjaya menjumpai kaedah menghapuskan malware melalui carian di internet iaitu dengan mengedit beberapa baris HTML blog ini yang dikenalpasti terselit sintaksis malware berkenaan.  Rupanya malware SWF yang masuk apabila saya tersalin klip YouTube tertentu. Setelah diedit dan dibersihkan, maka amaran yang mengharukan berikut tidak lagi muncul.  Ahamdulillah.  Bye bye malware SWF.





Selasa, 27 November 2012

Guru Cemerlang Pelajar Gemilang

Klinik Kimia dilaksanakan beberapa hari dari pagi hingga ke tengahari bagi menyiapkan pelajar yang bakal menduduki kertas Kimia SPM pada 26 November lalu.  Klinik dilaksanakan secara sukarela oleh Cikgu Mohd Rizal bagi memenuhi permintaan pelajar yang berkorban untuk tidak balik bercuti di rumah walaupun ada beberapa hari tiada kertas peperiiksaan SPM. Semoga pengorbanan anda semua diberi ganjaran oleh Allah yang Maha Esa.


Cikgu Rizal sedang mengendalikan klinik

Sebahagian pelajar yang hadir

Isnin, 19 November 2012

Kenangan Majlis Graduasi 2012

Sebelum peperiksaan SPM bermula, pelajar tingkatan lima sekolah ini telah diraikan dalam majlis graduasi.  Majlis ini menandakan mereka telah berjaya menamatkan pengajian mereka selama dua tahun di Sekolah Menengah Teknik Jasin. Tentunya semua pelajar ceria dan gembira setelah dua tahun mengharungi berbagai liku kehidupan sebagai seorang pelajar.  Saat gembira kerana berjaya menamatkan pengajiannya di sekolah ini ada dirakamkan melalui foto.  Kepada mereka yang ingin melihat lebih banyak foto sempena majlis graduasi ini, dipersilakan ke laman Facebook SMT Jasin di http://www.facebook.com/jasinbest




Ahad, 4 November 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM 2012

Ketua Murid menyampaikan ucapan semasa
Majlis Keredhaan Ilmu 
Saya bagi pihak semua warga SMT Jasin ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM kepada para pelajar tingkatan 5 yang mula menduduki peperiksaan berkenaan hari ini 5 November 2012. Maka bermulalah peperiksaan yg ditunggu dgn penuh debar oleh kita semua sama ada warga guru apatah lagi para pelajar tingkatan 5. Semua warga SMT Jasin sentiasa mendoakan kejayaan anda. InsyaAllah ... harapan sepertimana yg dihasratkan oleh saudara Wan sebagai ketua pelajar dalam ucapannya semasa Majlis Keredhaan Ilmu tempoh hari akan tercapai.

Isnin, 8 Oktober 2012

SMT Jasin Masih Tawar 3 Kursus Teknikal Tahun 2013

Mesyuarat pengetua-pengetua dengan Tuan Pengarah BPTV bagi 9 buah SMT yang dijangka naik taraf ke Kolej Vokasional telah memutuskan SMT Jasin dan 7 buah lagi SMT masih kekal menawarkan kursus teknikal pada tahun hadapan.  Hanya sebuah sahaja SMT yang akan menjadi Kolej Vokasional pada tahun 2014 iaitu SMT Gombak.  Penangguhan yang dibuat adalah disebabkan oleh pembangunan premis untuk 10 kursus baru KV Jasin oleh pihak JKR masih belum disiapkan dan kebanyakan SMT kesuntukan masa untuk bersiap sedia bagi kemasukan pelajar tahun satu KV bagi kemasukan pada awal Januari. Untuk itu, SMT Jasin pada tahun 2013 masih menawarkan kursus Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (PKE) dengan kadar satu kelas bagi setiap kursus.  Pengurangan bilangan kelas yang ditawarkan ialah bagi membolehkan tenaga pengajar yang ada di SMT Jasin mengikuti kursus kemahiran yang berkaitan dengan KV dalam jangka waktu yang lebih panjang serta memberi peluang kepada pihak sekolah memantapkan tahap kesediaaan untuk menjadi KV pada tahun 2014.

Penerangan mengenai Transformasi Pendidikan Vokasional
yang pernah diadakan di UTHM tahun ini

Antara guru SMT Jasin yang sempat hadir mendengar penerangan berkenaan
daripada Tuan Pengarah BPTV



Jumaat, 21 September 2012

SMT Jasin Jadi Perkampungan Karnival Asrama Vokasional dan Teknik (KAVoT) 2012

Dijangkan pada 31 Oktober hingga 3 November 2012, asrama SMT Jasin akan menjadi tempat penginapan peserta lelaki bagi Karnival Asrama Vokasional dan Teknik (KAVot) 2012.  Dalam karnival ini, para peserta terdiri dari para pelajar tahun 1 Kolej Vokasional, pelajar tingkatan 4 (SMT dan SMV) serta pelajar tingkatan 6 bawah (SMT) mewakili asrama sekolah zon masing-masing termasuk dari Sabah dan Sarawak.  Dijangkakan seramai 300 peserta lelaki akan menginap di asrama SMT Jasin dan 250 peserta perempuan di asrama SMV Melaka Tengah.  Antara acara yang akan dipertandingkan ialah Bola Tampar, Futsal,  Catur, Petanque, Dikir Barat, Nyanyian Lagu Melayu Asli, Nasyid dan Tilawah Al_Quran.



Sementara itu, jawatankuasa bersama SMT/ SMV dan KV zon Melaka dan Negeri Sembilan telah membuat pemilihan wakil sekolah yang akan mewakili zon bagi acara yang akan dipertandingkan berdasarkan merit pencapaian sekolah masing-masing dalam tahun 2012.  Berikut ialah senarai penyertaaan yang telah diputuskan oleh jawatankuasa berkenaan   :



Selasa, 18 September 2012

Projek Naik Taraf ke Kolej Vokasional Jasin Bermula

Malas juga nak update blog ni .. sebab rasanya lebih mudah letak maklumat guna http://www.facebook.com/jasinbest.  Tapi ada juga pihak yang bertanya.  Maksudnya mereka tak lihat pun Facebook SMT Jasin lah tu.  Banyak kelemahan menyampaikan maklumat menggunakan blog.  Antaranya ialah perkhidmatan percuma ini sangat "leceh" terutamanya apabila kita ingin meng"upload" imej atau foto. Terdemut-demut lah ... kata orang Melaka.  Kemudian templat atau antara muka (interface) penyuntingan kerap sangat diubah oleh penyedia perkhidmatan Blogger ni.  Ia juga kurang dinamik kerana kekangan untuk melaksanakan komen spontan dan kekurangan ciri online untuk pengguna berinteraksi. Tapi ada juga kebaikannya seperti Tambah ciri linkages yang terdapat padanya.  Contohnya ... posting ini pun saya boleh upload terus ke Facebook. Tapi sayang juga saya nak tinggalkan penggunaan blog.  Insyallah saya akan cuba ubah dimensi penggunaan blog untuk mengelakkan pertindihan dengan Facebook Page SMT Jasin.

Hari ni nak cerita kisah Sekolah Menengah Teknik Jasin yang mula bersiap sedia menjadi Kolej Vokasional pada tahun hadapan.  Pihak kontraktor telah mula melaksanakan projek naik taraf yang bernilai hampir RM 1.6 juta ini.  Banyaklah premis yang akan diubahsuai atau dibina untuk tujuan penyediaan premis 10 kursus baru. Antara kursus vokasional yang akan mula ditawarkan pada tahun hadapan ialah kursus Seni Kulineri, kursus Bakeri dan Konfeksionari, Teknologi Maklumat dan Sistem Rangkaian, Perbankan, Insurans, Peruncitan, Teknologi Binaan, Penyelenggaraan Bangunan dan sebagainya. Menjelang tahun 2016 pula nanti beberapa tambahan kursus lain juga akan dibuat.  Antaranya ialah kursus Event Management dan Pengurusan Pentas pun ada !!.  Wah macam-macam ada ..
 
Kawasan dataran perhimpunan nak dibuat
bengkel untuk KursusTeknologi Binaan
Pemandangan tapak projek dilihat dari tepi koperasi

Jumaat, 10 Ogos 2012

Video Iklan Hari Raya 2012

Video iklan hari raya daripada Bernas ini, ialah mengenai cerita sedih dua kanak-kanak kurang upaya. Fizi dan Ahmad yang mahu pulang berhari raya di Segamat untuk menziarah kubur arwah ibunya. Video ini sangat menarik dari segi penceritaan yang sangat menyentuh hati nurani. Pelakon cilik ini memang benar-benar kanak-kanak OKU, membuatkan hati menjadi sayu dan tersentuh.


Rabu, 25 Julai 2012

Untuk Renungan - Pertandingan 3K Kelas dan Pertandingan Meja Terurus

Saya baru sahaja memperolehi analisis keputusan pertandingan 3K kelas dan pertandingan meja terurus dari jawatankuasa berkenaan. Kesimpulan yang boleh saya buat ialah nampaknya kelas yang menang dalam pertandingan 3K tidak mempunyai pemenang ketegori meja pelajar yang terurus yang banyak manakala kelas yang mempunyai meja pelajar terurus yang banyak pula tidak pernah menang dalam pertandingan keceriaan kelas keseluruhan.  Saya berharap perkara ini dapat diperbaiki khususnya dengan kerjasama jawatankuasa kelas serta bimbingan guru tingkatan yang berkenaan.








Isnin, 23 Julai 2012

Kecemerlangan Pasukan Taekwondo SMT Jasin

Pada 14 Julai 2012 lalu, pasukan taekwando SMT Jasin telah berjaya mendapat empat pingat emas, satu perak dan empat gangsa dalam Kejohanan MSSN Melaka yang berlangsung di Dewan MSN / MBMB Ayer Keroh. Pada 15 Julai lalu pula mereka mendapat satu emas, empat perak dan lima gangsa dalam Kejohanan 3rd Speed Power Taekwondo Melaka National Open. Seterusnya pada 1 Mei 2012 pula pasukan Taekwando SMT Jasin telah menyertai Kejohanan Tertutup Peringkat Nasional kali ke 15 Speed Power Taekwando yang berlangsung di Kompleks Muhibbah, Taman Industri Bolton, Batu Caves Selangor. Pasukan yang dibimbing oleh Cikgu Jayaletchimy dan rakan guru yang lain telah berjaya membawa balik 3 pingat perak dan 3 hadiah saguhati. Pelajar yang mendapat hadiah saguhati ialah Ahmad Ashraf bin Abdul Moes (5PKE3), Muhammad Fariz Aiman bin Misri Amir (5PKE2) dan Eqmal Aiman bin Radzuan (5PKE1). Pelajar yang berjaya menggondol pingat perak pula ialah Nor Syazwan bin Norazizan (4PKE2), Siti Nurhaslinda bte Mohd Sani (4PKE2) dan Nur Aishah bte Ismail (5PKA2). Tahniah saya ucapkan kepada mereka semua.  Untuk melihat foto yang lain, sila ke  http://www.facebook.com/jasinbest


Khamis, 19 Julai 2012

Peristiwa Menarik Sepanjang Minggu

Sepanjang 2 minggu lalu telah berlangsung beberapa program atau acara yang melibatkan guru serta pelajar  SMT Jasin.  Diantaranya ialah acara Senamrobik 1Murid 1Sukan, Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah, Majlis High Table Asrama dan yang terbaru ialah tugas yang dilaksanakan oleh SMT Jasin semepena Karnival Outreach Voctech Peringkat Zon Melaka / Negeri Sembilan. Untuk melihat lebih banyak foto berkenaan program-program ini, sila ke Facebook Page SMT Jasin di alamat http://www.facebook.com/jasinbest

Senamrobik 1Murid 1Sukan juga  sememangnya disambut
meriah di SMT Jasin

Alamak !!! ... Obama pun tersongeh-songeh menengok AJK Deejay SMT Jasin
melaksanakan tugasnya sempena Karnival VocTech
di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin 

Jumaat, 6 Julai 2012

Alamat Baru Facebook Page SMT Jasin

Untuk memudahkan lagi warga Sekolah Menengah Teknik Jasin, bekas pelajar serta pihak lain mengingat alamat Facebook Page SMT Jasin, saya telah menukarkan alamatnya dengan perkataan yang lebih "catchy" serta mudah diingati iaitu "jasinbest" sama seperti saya menamakan alamat blog ini sebagai "jasinbest".  Semua menggunakan huruf kecil dan rapatkan perkataan "jasin" dan "best". Oleh yang demikian mulai hari ini sila gunakan alamat berikut untuk ke Facebook Page SMT Jasin :




Selasa, 19 Jun 2012

Tambah Seorang Lagi Pelajar mendapat 10A Penuh

Pelajar SMT Jasin yang berjaya mendapat 10A penuh telah meningkat seorang lagi menjadi 5 orang berdasarkan keputusan semakan terkini yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan.  Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Amirul Ashifaq bin Sallehuddin (bekas pelajara 5 Integrasi) yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang itu. Semoga berita gembira mengenai kejayaan ini menjadi perangsang kepada Amirul dan seterusnya pula memberi semangat kepada semua pelajar SMT Jasin yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi untuk mencontohi kegigihan beliau.



Isnin, 11 Jun 2012

Facebook Page SMT Jasin

Mulai semalam, warga SMT Jasin boleh berinteraksi melalui Facebook Page yang baru dibuka oleh pihak pentadbiran sekolah di alamat berikut :

Facebook Page ini dikembangkan melalui akaun Facebook saya sendiri yang secara tidak langsung bertindak sebagai "manager".  Saya seterusnya telah melantik Guru Penolong Kanan 1 iaituTn Hj. Mustaza sebagai "moderator".  Tugas "manager" dan "moderator" ialah seperti berikut ;



Dalam pada itu, semua warga SMT Jasin boleh menyertai Facebook Page ini tanpa perlu menawarkan diri sebagai "Friend" sebagai mana kebiasaannya.  Anda hanya perlu "Log In" (jika telah mempunyai akaun Facebook) atau Sign Up" (Jika baru ingin membuka akaun Facebook).  Anda boleh memberi komen, membuat respon, memilih "like" atau tidak dan sebagainya melalui laman ini.  Beberapa ciri istimewa telah pun dipasang di Facebook Page ini untuk tujuan keselamatan.  Ini termasuklah "mengunci" berbagai perkataan sensitif supaya tidak boleh digunakan semasa membuat komen. Bilangan perkataan berkenaan boleh ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Dengan terbitnya Facebook Page SMT Jasin ini, warga SMT Jasin boleh melihat serta memuat turun lebih banyak foto berkaitan dengan program sekolah. Jadi saya tidak perlu memuatkan banyak foto di blog ini lagi kerana ianya memakan banyak masa. Saya mengucapkan selamat menggunakan Facebook Page ini untuk kita memakmurkan lagi alam komunikasi maya dikalangan warga SMT Jasin.  Bravo SMT Jasin !!!!!



Jumaat, 1 Jun 2012

SMT Jasin Terima Penghargaan BPTV

Dalam majlis sempena mesyuarat pengetua SMT, SMV dan Kolej Vokasional di Pulau Pinang baru-baru ini, SMT Jasin telah menerima 2 surat penghargaan daripada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan kejayaan sekolah melepasi KPI peperiksaan SPM serta kejayaan sekolah mendapat pensijlan 5S baru-baru ini.  Kedua-dua surat penghargaan telah disampaikan oleh Tn Hj Ahmad Tajudin bin Jab selaku Pengarah BPTV, KPM.  Terima kasih kepada semua yang telah membantu kearah mencapai kejayaan berkenaan.

Penyampaian surat penghargaan kepada  SMT Jasin oleh
Tn Hj Ahmad Tajudin bin Jab, Pengarah BPTV



Khamis, 24 Mei 2012

Layanan Mesra Kakitangan Cafe de Selera SMT Jasin

Setiap kali ke kantin pada waktu rehat, pelajar SMT Jasin akan disambut dengan ucapan salam oleh Pn. Suwarni ....... "Assalamua'laikum Anakanda !!!.... " sambil bertanya kabar kepada pelajar yang datang untuk makan di kantin.  Layanan mesra ini tentunya amat menggembirakan pelajar dan secara tidak langsung mengurangkan tahap keletihan setelah berada lama di dalam kelas.  Begitulah juga layanan yang sama turut ditunjukkan kepada para guru yang datang untuk menjamu di Cafe berkenaan.  Kakitangan Cafe ini sentiasa bersedia mendengar cadangan serta pandangan yang diberikan.  Buku resepi juga dibaca untuk mempelbagaikan hidangan supaya dapat meningkatkan selera pengunjung.  Saya harap sikap positif ini akan sentiasa diteruskan supaya tahap layanan serta mutu makanan Cafe de Selera sentiasa dipertingkatkan.  Syabas !!!

Pergi ke kedai bersama bapa
Makan laksa di kampung Jawa
Usah dipandang paras dan rupa 
Budi bahasa penenang jiwa


Selalu pengusaha Cafe de Selera,  Pn. Suwarni
dengan buku resepinya

Pn Suwarni bersama kakitangannya iaitu Encik Norrizam,
Pn. Rohani dan Pn Fauzaih 


Rabu, 23 Mei 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2011 akan dilangsungan esok 25 Mei 2012 bermula jam 8.30 pagi.  Majlis ini dijangka akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Ideris bin Abdul Rahim, Timbalan Sektor Pengarah Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM.  Majlis ini akan menyaksikan pelajar cemerlang SPM 2011 serta guru-guru yang telah menyumbang bakti ke arah kejayaan pelajar menerima anugerah masing-masing.


Isnin, 21 Mei 2012

Peserta Taekwando Kita Cemerlang

Pada 1 Mei yang lalu pasukan Taekwando SMT Jasin telah menyertai Kejohanan Tertutup Peringkat Nasional kali ke 15 Speed Power Taekwando yang berlangsung di Kompleks Muhibbah, Taman Industri Bolton, Batu Caves Selangor.  Pasukan yang dibimbing oleh Cikgu Jayaletchimy ini telah berjaya membawa balik 3 pingat perak dan 3 hadiah saguhati.  Pelajar kita yang mendapat hadiah saguhati ialah Ahmad Ashraf bin Abdul Moes (5PKE3), Muhammad Fariz Aiman bin Misri Amir (5PKE2) dan Eqmal Aiman bin Radzuan (5PKE1).  Pelajar yang berjaya menggondol pingat perak pula ialah Nor Syazwan bin Norazizan (4PKE2), Siti Nurhaslinda bte Mohd Sani (4PKE2) dan Nur Aishah bte Ismail (5PKA2).  Tahniah saya ucapkan kepada mereka semua.

Kebanggaan SMT Jasin .... Tn Hj Mustaza (PK1) serta Cikgu Jayalechimy
bersama 6 pelajar yang menyertai kejohanan Taekwando berkenaan

Ahad, 20 Mei 2012

Suasana Meriah Majlis Makan Malam Asrama Bertemakan Arabian Night

Pada malam Ahad lalu (19 Mei 2012) telah berlangsung majlis makan malam asrama. Majlis yang bertemakan Arabian Night itu dilangsungkan dengan penuh warna warni dengan pengenaan pakaian ala Arab yang oleh para waden dan pelajar asrama. Antara pengisian majlis ini ialah penyampaian berbagai hadiah bagi dorm terbaik, hadiah pemenang acara sukan asrama serta hadiah perpisahan sebagai waden kepada Ustaz Haji Shaparrin yang bakal menamatkan perkhidmatannya sebagai waden mulai 1 Jun ini.  Turut menerima hadiah ialah waden serta pelajar yang menjadi pemenang gaya pakaian Arab yang paling menarik.

Saya dan isteri sempat juga menghadiri majlis berkenaan

Suasana meriah dan indah di dalam dewan makan asrama

Persembahan nasyid oleh pelajar lelaki

Antara gaya pelajar aspura



Robin Hood Arab pun ada

Gaya menarik pelajar aspuri

Cikgu Nazri dan Norman dengan gaya pakaian Arab.
Ana lihat ente macam putera raja arab lah...

Perembahan nasyid yang menarik dari pelajar
aspuri yang mengenakan pakaian Arab



Sungguh seronok pelajar mengikuti majlis

Semua tersenyum setelah menikmati hidangan yang disediakan

Ni mesti salah seorang ni mesti jadi pemenang kot .. 

Jumaat, 18 Mei 2012

Pelajar Kita Jadi Penyokong Jepun !!!


Kejohanan hoki Piala Belia Asia yang dilangsungkan di Stadium Hoki Bukit Serindit Melaka menyaksikan Malaysia muncul juara mengalahkan Pakistan dengan jaringan 2 berbalas 1.  Dalam pada kita sibuk menyokong pasukan kesayangan kita Malaysia ... ada juga penyokong palsu ..... iaitu penyokong upahan yang disediakan oleh pihak penganjur kejohanan.  Rupanya 150 pelajar Sekolah Menengah Teknik Jasin telah diupah khas untuk menjadi penyokong pasukan hoki Jepun. Saksikanlah gelagat mereka melalui paparan foto-foto ini.   


"Michiko"  dengan bendera Jepun kesayangannya

Sorakan hangat penyokong Jepun

Wah bendera Jepun masa perang dunia pun ada 

Sorakan Jepun oh Jepun

Jepun .. oh Jepun

Lambaian bendera Jepun oleh penyokong

Aksi di podium penyokong Jepun

Sokong Jepun sampai ke malam

Alamak ... penyokong Jepun dah haus ..

Wah ... suka benar si Jepun ni bila disokong
oleh pelajar SMT Jasin

Mentor pasukan sorak Jepun yang
didatangkan khas dari Jasin

Memang sebijik ada rupa orang Jepun pun ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...