Khamis, 8 September 2011

Pelajar Perlu Merebut Anugerah Sijil NILAM

Kebiasaan untuk mencatat ringkasan bahan yang dibaca ke dalam Buku NILAM masih belum dapat diamalkan oleh kebanyakan pelajar. Ini merupakan salah satu masalah yang biasa dihadapi oleh pihak sekolah semasa melaksanakan Program NILAM.  Sebenarnya berbagai bahan bacaan boleh dijadikan bahan untuk dicacat ringkasannya di dalam Buku NILAM.  Ini termasuklah bahan yang dibaca dari majalah, akhbar, bahan mengenai mata pelajaran dan sebagainya.  Buku NILAM ini sebenarnya boleh dijadikan bahan kenangan yang boleh disimpan hingga ke hari tua untuk mengimbas kembali apa yang telah dibaca oleh pelajar semasa di zaman persekolahan mereka. Semua pihak termasuk guru perlu memberi kerjasama kepada AJK Program NILAM sekolah untuk menyemarakkan perlaksanaan program berkenaan.   Saya berharap pada hujung tahun nanti ada pelajar yang mampu memperolehi Sijil bertaraf Nilam, Emas dan Perak dan bukannya Sijil Gangsa sahaja.


Rabu, 7 September 2011

Laman Web Asrama SMT Jasin

Mungkin ramai warga SMT Jasin yang belum menyedari kewujudan laman web asrama sekolah ini.  Laman web ini diusahakan khusus oleh Encik Muhammad Shahir (Penyelia Asrama) dengan bantuan warden serta AJK asrama. Ia merupakan salah satu usaha pihak asrama untuk memberi maklumat mengenai aktiviti asrama kepada umum dari semasa ke semasa. Saya percaya laman web ini akan dapat diperkasakan lagi tidak lama lagi dengan berbagai fungsi serta panduan yang boleh dibaca untuk manfaat semua warga asrama.  Silalah lawat laman web ini di alamat http://www.smteknikjasin.asramamelaka.net/


Isnin, 5 September 2011

Peti Aduan Online Mula Beroperasi

Sejak blog ini mewujudkan menu peti aduan online, beberapa aduan / cadangan yang telah diterima daripada  berbagai pihak.  Fungsi peti aduan online ini samalah seperti peti-peti aduan pelanggan yang terdapat dimana-mana organisasi termasuk di jabatan kerajaan.  Walaubagaimanapun pihak sekolah khususnya jawatankuasa pengurusan sekolah akan sentiasa meneliti dahulu semua aduan untuk memastikan tahap ketulinan setiap aduan.  Berikut ialah paparan beberapa aduan yang telah diterima yang telah saya "censor" untuk membuktikan bahawa peti aduan online blog ini benar-benar telah berfungsi.



Ahad, 4 September 2011

Hiasan Kelas Bertemakan Bulan Kemerdekaan

Perayaan menyambut Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan tahun ini diadakan serentak dengan Perayaan Hari Malaysia pada 16 September ini.  Walaubagaimanapun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kelas yang telah berusaha keras untuk menyemarakkan semangat patriotik serta menghargai kemerdekaan negara  dengan menghias bilik darjah masing-masing dengan berbagai hiasan khususnya bendera Malaysia. Saya jangkakan pada bulan ini hadiah 3K kelas akan dimenangi oleh kelas yang benar-benar berjaya membuat pengisian yang bermakna terhadap tema patriotik dan kemerdekaan ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...