Khamis, 24 Mei 2012

Layanan Mesra Kakitangan Cafe de Selera SMT Jasin

Setiap kali ke kantin pada waktu rehat, pelajar SMT Jasin akan disambut dengan ucapan salam oleh Pn. Suwarni ....... "Assalamua'laikum Anakanda !!!.... " sambil bertanya kabar kepada pelajar yang datang untuk makan di kantin.  Layanan mesra ini tentunya amat menggembirakan pelajar dan secara tidak langsung mengurangkan tahap keletihan setelah berada lama di dalam kelas.  Begitulah juga layanan yang sama turut ditunjukkan kepada para guru yang datang untuk menjamu di Cafe berkenaan.  Kakitangan Cafe ini sentiasa bersedia mendengar cadangan serta pandangan yang diberikan.  Buku resepi juga dibaca untuk mempelbagaikan hidangan supaya dapat meningkatkan selera pengunjung.  Saya harap sikap positif ini akan sentiasa diteruskan supaya tahap layanan serta mutu makanan Cafe de Selera sentiasa dipertingkatkan.  Syabas !!!

Pergi ke kedai bersama bapa
Makan laksa di kampung Jawa
Usah dipandang paras dan rupa 
Budi bahasa penenang jiwa


Selalu pengusaha Cafe de Selera,  Pn. Suwarni
dengan buku resepinya

Pn Suwarni bersama kakitangannya iaitu Encik Norrizam,
Pn. Rohani dan Pn Fauzaih 


Rabu, 23 Mei 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2011 akan dilangsungan esok 25 Mei 2012 bermula jam 8.30 pagi.  Majlis ini dijangka akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Ideris bin Abdul Rahim, Timbalan Sektor Pengarah Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM.  Majlis ini akan menyaksikan pelajar cemerlang SPM 2011 serta guru-guru yang telah menyumbang bakti ke arah kejayaan pelajar menerima anugerah masing-masing.


Isnin, 21 Mei 2012

Peserta Taekwando Kita Cemerlang

Pada 1 Mei yang lalu pasukan Taekwando SMT Jasin telah menyertai Kejohanan Tertutup Peringkat Nasional kali ke 15 Speed Power Taekwando yang berlangsung di Kompleks Muhibbah, Taman Industri Bolton, Batu Caves Selangor.  Pasukan yang dibimbing oleh Cikgu Jayaletchimy ini telah berjaya membawa balik 3 pingat perak dan 3 hadiah saguhati.  Pelajar kita yang mendapat hadiah saguhati ialah Ahmad Ashraf bin Abdul Moes (5PKE3), Muhammad Fariz Aiman bin Misri Amir (5PKE2) dan Eqmal Aiman bin Radzuan (5PKE1).  Pelajar yang berjaya menggondol pingat perak pula ialah Nor Syazwan bin Norazizan (4PKE2), Siti Nurhaslinda bte Mohd Sani (4PKE2) dan Nur Aishah bte Ismail (5PKA2).  Tahniah saya ucapkan kepada mereka semua.

Kebanggaan SMT Jasin .... Tn Hj Mustaza (PK1) serta Cikgu Jayalechimy
bersama 6 pelajar yang menyertai kejohanan Taekwando berkenaan

Ahad, 20 Mei 2012

Suasana Meriah Majlis Makan Malam Asrama Bertemakan Arabian Night

Pada malam Ahad lalu (19 Mei 2012) telah berlangsung majlis makan malam asrama. Majlis yang bertemakan Arabian Night itu dilangsungkan dengan penuh warna warni dengan pengenaan pakaian ala Arab yang oleh para waden dan pelajar asrama. Antara pengisian majlis ini ialah penyampaian berbagai hadiah bagi dorm terbaik, hadiah pemenang acara sukan asrama serta hadiah perpisahan sebagai waden kepada Ustaz Haji Shaparrin yang bakal menamatkan perkhidmatannya sebagai waden mulai 1 Jun ini.  Turut menerima hadiah ialah waden serta pelajar yang menjadi pemenang gaya pakaian Arab yang paling menarik.

Saya dan isteri sempat juga menghadiri majlis berkenaan

Suasana meriah dan indah di dalam dewan makan asrama

Persembahan nasyid oleh pelajar lelaki

Antara gaya pelajar aspura



Robin Hood Arab pun ada

Gaya menarik pelajar aspuri

Cikgu Nazri dan Norman dengan gaya pakaian Arab.
Ana lihat ente macam putera raja arab lah...

Perembahan nasyid yang menarik dari pelajar
aspuri yang mengenakan pakaian Arab



Sungguh seronok pelajar mengikuti majlis

Semua tersenyum setelah menikmati hidangan yang disediakan

Ni mesti salah seorang ni mesti jadi pemenang kot .. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...