Jumaat, 20 Januari 2012
Pelancaran Hutan Kita @ Schools
Sabtu lalu telah dilancarkan Program Hutan Kita @ Schools anjuran Majlis Perbandaran Jasin dengan sokongan badan NGO Landskap Malaysia. Majlis telah dirasmikan oleh Setiausaha MPJ dan dihadiri oleh wakil dari Landskap Malaysia serta wakil Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah di daerah Jasin. Menurut pihak Landskap Malaysia, SMT Jasin menjadi sekolah pertama di Melaka yang dilancarkan program ini. Pada hari berkenaan sebanyak 1200 anak pokok hutan telah ditanam disekitar kawasan sekolah. Selain itu, wakil setiap sekolah juga diberi cendemata anak pokok untuk ditanam disekolah masing-masing. Pihak Landskap Malaysia turut membekalkan tag nama untuk membolehkan guru serta pelajar menulis nama mereka bersekali dengan tag nama spesis pokok berkenaan.
Pengambilan Pelajar Baru Tingkatan 4
Pada tahun ini SMT Jasin hanya membuat pengambilan untuk seramai 180 pelajar tingkatan 4 sahaja. Ini bermaksud setiap kursus PKE, PKM dan PKA hanya mempunyai 2 kelas sahaja. Pengurangan pengambilan pelajar teknikal ini ialah sebagai langkah "soft landing" memandangkan SMT Jasin akan bertukar menjadi Kolej Vokasional pada tahun hadapan. Pada tahun hadapan, Kolej Vokasional Jasin akan mula menawarkan kursus-kursus vokasional iaitu Teknologi Binaan, Penyelenggaraan Bangunan, Seni Kulineri, Bakeri dan Konfeksionari, Teknologi Maklumat, Sistem Komputer dan Rangkaian, Pengurusan Perniagaan, Perbankan, Kewangan dan Peruncitan.
Selasa, 10 Januari 2012
Kelas 5 Integrasi SMT Jasin Tahun 2012
Tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar yang telah tersenarai menyertai kelas 5 Integrasi iaitu sebuah kelas elit yang diwujudkan khas oleh pihak sekolah yang terdiri kumpulan pelajar terbaik dari segi pencapaian akademik masing-masing.
| Kelas 5 Integrasi SMJ Jasin Tahun 2012 |
Penanaman Pokok Anjuran Landskap Malaysia di SMT Jasin
Ahad ini 15 Januari 2012 akan dilancarkan program penanaman sebanyak 1200 pokok disekitar premis SMT Jasin. Program ini ialah anjuran badan bukan kerajaan iaitu Landskap Malaysia dengan kerjasama Pejabat Daerah Jasin yang memilih SMT Jasin sebagai perintis projek penghijauan mereka di Negeri Melaka. Kalau tiada aral melintang InsyaAllah ia akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tun Jeanne Abdullah sendiri selaku Pengerusi Landskap Malaysia. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Landskap Malaysia dan Majlis Daerah Jasin atas pemilihan sekolah ini sebagai lokasi program penghijauan berkenaan. Pihak sekolah telah menubuhkan jawatankuasa untuk membantu melancarkan program ini yang diketuai oleh Tn Hj Zakaria bin Sharif selaku pegawai penyelaras. Saya berharap semua warga sekolah samada guru, staf sokongan dan pelajar akan memberi kerjasama untuk menjayakan program ini.
![]() |
| Yang Berbahagia Tun Jeanne Abdullah Pengerusi Landskap Malaysia |
| Salah satu aktiviti penanam pokok yang dianjurkan oleh pihak Landskap Malaysia |
Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Diperkemas
Pada tahun ini kita akan meneruskan pemberian anugerah kepada kelas terbaik dalam pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas. Pada setiap bulan pemenang bagi tingkatan 4 dan 5 akan menerima hamper dan sijil (hamper untuk kelas dan guru tingkatan) sementara kelas yang mendapat tempat pertama sebanyak 3 kali sepanjang tahun akan diberi hadiah khas berupa lawatan kelas ke suatu destinasi yang akan ditentukan oleh (tentunya lawatan diluar Melaka) dipenghujung tahun nanti.
Dalam pada itu, satu lagi kategori anugerah akan diperkenalkan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kekemasan meja pelajar di dalam kelas. Mulai tahun ini pihak sekolah akan memilih sekurang-kurangnya 10 pemenang setiap bulan bagi kategori meja pelajar paling kemas, bersih, tersusun serta menarik mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh panel penilai khas yang akan diwujudkan. Diantara spesifikasi berkenaan ialah seperti kekemasan alas meja, bahan paparan pada permukaan meja seperti visi dan misi sekolah, jadual waktu peribadi, jadual waktu kelas, butiran pelajar, Borang Head Count Individu yang kemaskini dan sebagainya.
Dalam pada itu, satu lagi kategori anugerah akan diperkenalkan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kekemasan meja pelajar di dalam kelas. Mulai tahun ini pihak sekolah akan memilih sekurang-kurangnya 10 pemenang setiap bulan bagi kategori meja pelajar paling kemas, bersih, tersusun serta menarik mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh panel penilai khas yang akan diwujudkan. Diantara spesifikasi berkenaan ialah seperti kekemasan alas meja, bahan paparan pada permukaan meja seperti visi dan misi sekolah, jadual waktu peribadi, jadual waktu kelas, butiran pelajar, Borang Head Count Individu yang kemaskini dan sebagainya.
![]() |
| Meja pelajar perlu sentiasa kemas dan menarik |
![]() |
| Borang Head Count Individu perlu dipamerkan di atas meja setiap pelajar |
Langgan:
Catatan (Atom)


