Sabtu, 21 April 2012

Semangat Pasukan Softball Sungguh Mengagumkan

Setelah berjuang bermati-matian dengan penuh semangat dan kesungguhan, pasukan softball akhirnya berjaya menduduki tempat keempat daripada 8 pasukan yang mengambil bahagian di Kejohanan Softball Karnival Voctech Zon Meaka / Negeri Sembilan yang berlangsung di padang SMT Jasin hari.  Menjadi johan memanglah merupakan matlamat utama setiap pasukan, namun yang lebih membanggakan ialah sikap serta dedikasi yang ditunjukkan oleh semua pihak khususnya jurulatih, pemain, guru serta pelajar sekolah ini semasa penganjuran kejohanan berkenaan.  Tahniah !!!

Aksi pemukul handalan sekolah

Alamak ... terlopeh lagi

Mana pulak bola ni ..

Suka nya dia

Macam nak main ragbi pulak

Kalah tak pe .. asal ada gaya

Tahun depan .. Insayaalah  kita jadi johan



Rabu, 18 April 2012

Teknik Jasin Perbaiki Kedudukan Dikalangan SMT

SMT Jasin telah memperbaiki kedudukan ditempat ke 9 daripada 34 sekolah yang masih bertaraf SMT seluruh negara. Sementara itu bilangan pelajar yang mendapat 8A ke atas melonjak kepada 13 bagi SPM 2011 berbanding hanya 4 orang bagi SPM 2010.  Seterusnya pencapaian subjek Lukisan Kejuruteraan sekolah ini telah menduduki tempat pertama dikalangan SMT seluruh negara. Tahniah diucapkan !!! .  Untuk melihat analisis sepenuhnya keputusan peperiksaan SPM 2011 bagi subjek lain sila ke laman web BPTV di alamat http://www.moe.gov.my/bptv/








Selasa, 10 April 2012

JADUAL KELAS TAMBAHAN BULAN APRIL 2012

KELAS TAMBAHAN APRIL 2012 
TINGKATAN 4 DAN 5 
MASA : 3.00 - 4.30 PETANG (PUSINGAN 1)

SILA KLIK JADUAL UNTUK SAIZ JADUAL YANG
LEBIH BESAR DAN JELAS

Isnin, 9 April 2012

Kita Berjaya Mendapat Persijilan 5S Tanpa Menggunakan Khidmat Perunding (Consultant)

Terima kasih kepada semua kerana menyumbang tenaga hingga membolehkan SMT Jasin diisytiharkan berjaya mendapat Persijilan 5S.  Pencapaian markah 87% yang diberikan oleh pegawai MPC tidak sama nilainya dengan semangat,  pengorbanan serta kerjasama yang telah kita tunjukkan demi mencapai kecemerlangan sekolah. Saya percaya, nilai-nilai inilah yang akan menghasilkan berbagai kejayaan sekolah ini pada masa hadapan.



Antara peneraju 5S

Susunan fail yang kemaskini di Bilik Kualiti

Tanda cemerlang di Bilik Kualiti

Seronoknya bila pejabat sekolah turut diberi taraf cemerlang
oleh pegawai MPC

Cemerlang di juga di bengkel

Suasana damai di Pinggiran Zamrud

PIC Pinggiran Zamrud,  Pn. Rosidawati bangga diberi taraf
cemerlang 5S oleh pihak MPC 

Galeri 5S sekolah turut dapat pengiktirafan
cemerlang oleh MPC

Makmal Sains diberi cemerlang buat kali
ke dua oleh pegawai MPC 


Kelas Cg Salahuddin pun cemerlang juga

Peneraju zon 5S dengan sijil masing-masing

Dorm aspuri terbaik 5S dengan sijil masing-masing

Dorm aspura terbaik 5S dengan sijil masing-masing

Suasana di Galeri 5S semasa pemantauan MPC

Pn Hapizah sedang mengajar didalam kelas yang indah dan ceria


Mentor dan Prodigy gembira setelah makmal
sains diberi pengiktirafan 5S cemerlang oleh MPC buat kali kedua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...