Risau juga dibuatnya kerana dah seminggu lebih Blog Pengetua SMT Jasin ini terpaksa saya keluarkan dulu dari alam cyber kerana diserang oleh Malware. Amaran blog telah didijangkiti Malware terjadi terutamanya apabila kita menggunakan Google Chrome untuk mengekses blog ini. Kalau guna Explorer dan Mozilla tidak pula ada amaran berkenaan. Jadi untuk langkah keselamatan, maka saya keluarkan dulu blog ini buat sementara selama seminggu untuk membolehkan saya mencari punca serta cara untuk menghapuskan Malware ini. Alhamdulillah semalam saya berjaya menjumpai kaedah menghapuskan malware melalui carian di internet iaitu dengan mengedit beberapa baris HTML blog ini yang dikenalpasti terselit sintaksis malware berkenaan. Rupanya malware SWF yang masuk apabila saya tersalin klip YouTube tertentu. Setelah diedit dan dibersihkan, maka amaran yang mengharukan berikut tidak lagi muncul. Ahamdulillah. Bye bye malware SWF.
Isnin, 24 Disember 2012
Selasa, 27 November 2012
Guru Cemerlang Pelajar Gemilang
Klinik Kimia dilaksanakan beberapa hari dari pagi hingga ke tengahari bagi menyiapkan pelajar yang bakal menduduki kertas Kimia SPM pada 26 November lalu. Klinik dilaksanakan secara sukarela oleh Cikgu Mohd Rizal bagi memenuhi permintaan pelajar yang berkorban untuk tidak balik bercuti di rumah walaupun ada beberapa hari tiada kertas peperiiksaan SPM. Semoga pengorbanan anda semua diberi ganjaran oleh Allah yang Maha Esa.
![]() |
| Cikgu Rizal sedang mengendalikan klinik |
![]() |
| Sebahagian pelajar yang hadir |
Isnin, 19 November 2012
Kenangan Majlis Graduasi 2012
Sebelum peperiksaan SPM bermula, pelajar tingkatan lima sekolah ini telah diraikan dalam majlis graduasi. Majlis ini menandakan mereka telah berjaya menamatkan pengajian mereka selama dua tahun di Sekolah Menengah Teknik Jasin. Tentunya semua pelajar ceria dan gembira setelah dua tahun mengharungi berbagai liku kehidupan sebagai seorang pelajar. Saat gembira kerana berjaya menamatkan pengajiannya di sekolah ini ada dirakamkan melalui foto. Kepada mereka yang ingin melihat lebih banyak foto sempena majlis graduasi ini, dipersilakan ke laman Facebook SMT Jasin di http://www.facebook.com/jasinbest
Ahad, 4 November 2012
Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM 2012
![]() |
| Ketua Murid menyampaikan ucapan semasa Majlis Keredhaan Ilmu |
Isnin, 8 Oktober 2012
SMT Jasin Masih Tawar 3 Kursus Teknikal Tahun 2013
Mesyuarat pengetua-pengetua dengan Tuan Pengarah BPTV bagi 9 buah SMT yang dijangka naik taraf ke Kolej Vokasional telah memutuskan SMT Jasin dan 7 buah lagi SMT masih kekal menawarkan kursus teknikal pada tahun hadapan. Hanya sebuah sahaja SMT yang akan menjadi Kolej Vokasional pada tahun 2014 iaitu SMT Gombak. Penangguhan yang dibuat adalah disebabkan oleh pembangunan premis untuk 10 kursus baru KV Jasin oleh pihak JKR masih belum disiapkan dan kebanyakan SMT kesuntukan masa untuk bersiap sedia bagi kemasukan pelajar tahun satu KV bagi kemasukan pada awal Januari. Untuk itu, SMT Jasin pada tahun 2013 masih menawarkan kursus Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (PKE) dengan kadar satu kelas bagi setiap kursus. Pengurangan bilangan kelas yang ditawarkan ialah bagi membolehkan tenaga pengajar yang ada di SMT Jasin mengikuti kursus kemahiran yang berkaitan dengan KV dalam jangka waktu yang lebih panjang serta memberi peluang kepada pihak sekolah memantapkan tahap kesediaaan untuk menjadi KV pada tahun 2014.
| Penerangan mengenai Transformasi Pendidikan Vokasional yang pernah diadakan di UTHM tahun ini |
| Antara guru SMT Jasin yang sempat hadir mendengar penerangan berkenaan daripada Tuan Pengarah BPTV |
Langgan:
Catatan (Atom)





