Khamis, 11 Ogos 2011

Perlaksanaan Klinik Akademik Berfokus

Mesyuarat kurikulum semalam memutuskan perlaksanaan Program Klinik Akademik Berfokus bagi subjek Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Bahasa Inggeris.  Program ini adalah khusus untuk kumpulan pelajar tingkatan 5 yang berstatus terlalu lemah berdasarkan kriteria yang ditentukan oleh panitia berkenaan.  Program ini akan melibatkan semua guru panitia yang berkenaan serta dilaksanakan secara lebih berfokus mengikut modus operandi khusus yang telah ditetapkan.  Seramai antara 30 hingga 40 kumpulan berkenaan akan dipilih oleh panitia.  Contohnya, bagi Panitia Fizik yang mempunyai 4 orang guru, maka setiap guru (dipanggil mentor) dipertanggungjawabkan terhadap 10 hanya orang "pesakit".  
  1. Pelajar yang terpilih akan menerima salinan jadual waktu mengajar mentor masing-masing sebagai rujukan
  2. Guru mentor memberi taklimat awal kepada pelajar mengenai cara melaksanakan program
  3. Dengan merujuk jadual waktu guru mentor, pelajar boleh bertemu mentor pada waktu jadual ganti (relieve class) dengan memohon kebenaran berjumpa mentor kepada guru relieve kelas berkenaan.
  4. Pelajar juga boleh bertemu mentor pada waktu rehat atau pada masa-masa terluang yang boleh dimenfaatkan. 
  5. Borang Pelaporan Klinik Akademik Berfokus perlu dilengkapkan oleh mentor setiap kali tamat sesi untuk tujuan rekod dan penyeliaan pihak pengurusan serta rujukan penjaga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...