Khamis, 8 September 2011

Pelajar Perlu Merebut Anugerah Sijil NILAM

Kebiasaan untuk mencatat ringkasan bahan yang dibaca ke dalam Buku NILAM masih belum dapat diamalkan oleh kebanyakan pelajar. Ini merupakan salah satu masalah yang biasa dihadapi oleh pihak sekolah semasa melaksanakan Program NILAM.  Sebenarnya berbagai bahan bacaan boleh dijadikan bahan untuk dicacat ringkasannya di dalam Buku NILAM.  Ini termasuklah bahan yang dibaca dari majalah, akhbar, bahan mengenai mata pelajaran dan sebagainya.  Buku NILAM ini sebenarnya boleh dijadikan bahan kenangan yang boleh disimpan hingga ke hari tua untuk mengimbas kembali apa yang telah dibaca oleh pelajar semasa di zaman persekolahan mereka. Semua pihak termasuk guru perlu memberi kerjasama kepada AJK Program NILAM sekolah untuk menyemarakkan perlaksanaan program berkenaan.   Saya berharap pada hujung tahun nanti ada pelajar yang mampu memperolehi Sijil bertaraf Nilam, Emas dan Perak dan bukannya Sijil Gangsa sahaja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...