Rabu, 26 Oktober 2011

Pelajar Cemerlang Peperiksaan Percubaan SPM 2011

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pelajar tingkatan 5 yang menerima anugerah pencapaian akademik cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan SPM baru-baru ini.  Ramai juga pelajar yang bertanyakan bila foto mereka nak dimasukkan ke laman blog ini.  Sebenarnya terdapat sedikit masalah teknikal berkaitan foto yang diambil semasa majlis di dewan besar.  Berikut ialah foto baru yang diambil Selasa lalu. Wah !!! semuanya nampak segak dan anggun.

Barisan pelajar perempuan yang menerima anugerah pencapaian
akademik cemerlang Peperiksaan Percubaan SPM 2011


Barisan pelajar lelaki yang menerima anugerah pencapaian
akademik cemerlang Peperiksaan Percubaan SPM 2011

Isnin, 24 Oktober 2011

Pasangan Kembar Cemerlang Akademik

Syukri (kiri) dan Syufie merupakan antara pelajar yang menjadi
harapan SMT Jasin untuk mencapai kecemerlangan
dalam Peperiksaan SPM 2011

Pasangan kembar Muhammad Syufie dan Muhammad Syukri merupakan antara pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.  Kedua-dua mereka merupakan antara 62 orang pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan akademik baru-baru ini dengan Syufie (adik) mendapat 7A dan Syukri pula mendapat 6A dalam Peperiksaan Percubaan SPM. Kedua beradik kembar ini dilahirkan pada 11 Mac 1994 dengan selang masa kelahiran 8 minit di Hospital Besar Muar, Johor.  Anak kepada pasangan Encik Talib bin Sajiran dan Pn Norasikin bte Jamian ini mempunyai cita-cita yang berbeza dimana Syufie bercita-cita untuk menjadi pensyarah universiti sementara Syukri pula ingin menjadi seorang jurutera automotif.  Bapa mereka bertugas sebagai seorang guru di SMK Bukit Gambir, Muar sementara ibu pula bertugas sebagai Pembantu Tadbir sekolah rendah di daerah yang sama.  Saya mendoakan semoga mereka berdua akan berjaya mengejar cita-cita masing-masing.


Ahad, 23 Oktober 2011

Arca Kumpulan Pertama Pelajar SMT Jasin Siap Diperbaiki

Kerja membaiki  arca yang memaparkan senarai nama kumpulan pelajar pertama (tahun 2000) SMT Jasin telah siap dilaksanakan.  Kerja pembaiki melibatkan penggunaan bahan Alu Carbon, Acrylic 5 mm c/w Outdoor Sticker & Iron Frame.

Arca Yang Telah Diperbaiki

Senarai Nama Pelajar Kumpulan Pertama SMT Jasin
Dipaparkan Dengan Lebih Jelas

Khamis, 20 Oktober 2011

SMT Jasin Bantu Terbitkan Buletin Perkhemahan KRS SMT / SMV Kebangsaan

Pada 10 hingga 14 Oktober lalu telah diadakan Perkhemahan KRS Kebangsaan (Bagi SMT dan SMV) di Kem PUSAKO Hassan Basir Batu Kikir dan Kem Jelai Negeri Sembilan.  SMT Jasin telah dipertanggungjawabkan dalam penerbitan buletin serta rakaman foto dan video sepanjang perkhemahan berkenaan.  Jawatankuasa buletin diterajui oleh Cikgu Fakhruddin bin Khamis selaku ketua pengarang, Cikgu Siti Khadijah Paiman sebagai Pengarang, sementara Cikgu Shaleza Ismail telah dibantu oleh beberapa orang pelajar iaitu Nabil Afiqah bte Aziz, Aida Hanani bte Aziz dan Nurul Syahirah bte Noorhuddin sebagai pereka grafik. Seterusnya Abdullah Najmi bin Mohamad Azmi, Muhammad Akif bin Mohd Radzi dan Mohamad Shah Rizal bin Abd Aziz pula bertindak sebagai jurufoto.  Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru dan pelajar berkenaan  yang telah mengharumkan nama sekolah ini dengan kecekapan mereka menerbitkan buletin yang berkualiti untuk diedarkan sepanjang berlangsungnya perkhemahan berkenaan.  Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelaras penerbitan iaitu Pn Jaliah bte Abu (PK KOKU) dan tidak lupa kepada En G. Krishenam (Bekas PK KOKU) dan Tn Hj Zakariah yang telah menghadiri beberapa mesyuarat penyelarasan peringkat awal sebelum berlangsungnya perkhemahan berkenaan.






Rabu, 19 Oktober 2011

Tahniah Kepada English Language Society

Pemantauan saya disekitar sekolah mendapati hanya beberapa buah papan kenyataan sahaja yang telah dikemaskini serta kelihatan menarik.  Antaranya ialah papan kenyataan kepunyaan English Language Society.  Banyak bahan terbaru yang dipamerkan serta ianya sentiasa dikemaskini.  Rekalatar serta susunan pelbagai bahan di papan kenyataan ELS ini bolehlah dijadikan contoh oleh jawatankuasa lain untuk membuat penambahbaikan di papan kenyataan masing-masing.  Syabas ELS !!

Papan kenyataan English Language Society
yang menarik dan kemaskini

Satu lagi sudut pandangan papan kenyataan ELS

Papan kenyataan unit kaunseling masih
boleh diperbaiki lagi

Pada 12 Oktober yang lalu Kelab Kepenggunaan, Keusahawanan dan Koperasi SMT Jasin telah mengadakan lawatan sambil belajar di Putra Jaya dan Kuala Lumpur. Tumpuan utama lawatan ialah ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  di Putra Jaya yang menempatkan mahkamah tuntutan tribunal.  Lawatan ini diketuai oleh Cikgu Rosman dan Cikgu Athiyyah selaku guru pembimbing dan diterajui oleh saudara Muhd Izlan bin Md Diah (Ting 5 Integrasi) selaku pengerusi kelab.  Diberitakan mereka semua berpeluang masuk mengikuti prosiding perbicaraan yang sedang berlangsung mahkamah tribunal pengguna. Selain itu, rombongan juga diberi taklimat mengenai fungsi Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna KPDNKK.

Cigu Rosman dan Athiyyah bersama sebahagian anggota rombongan

Encik Baharudin dan Shadali pun ada bakat berlakon
sebagai saksi di tribunal pengguna

Merasai suasana mahkamah tribunal pengguna

Rombongan di ruang mahkamah tribunal pengguna

Rombongan bersama pegawai KPDNKK


Jumaat, 14 Oktober 2011

42 Pelajar Tingkatan 5 Dapat 6A Ke Atas

Berikut ialah senarai pelajar tingkatan 5 yang berjaya mendapat 6A ke atas dalam Peperiksaan Percubaan SPM Selaras Negeri Melaka yang selesai diadakan baru-baru ini. Seorang pelajar iaitu Muhammad Azhad bin Azman dari kelas 5 Integrasi berjaya mendapat 10A penuh, lima orang pelajar mendapat gred 9A, dua pelajar mendapat 8A, lapan pelajar mendapat 7A serta dua puluh enam yang lain mendapat gred 6A.  Tahniah juga diucapkan kepada pelajar yang berjaya mendapat kedudukan tenpat pertama, kedua dan ketiga dalam kelas masing-masing. Satu majlis anugerah kecemerlangan akademik akan diadakan oleh pihak sekolah  pada 21 Oktober ini jam 7.30 pagi bagi menghargai pencapaian pelajar berkenaan.

Senarai Pelajar Yang Mendapat Gred 6A Ke Atas

Senarai Pelajar Pada Kedudukan Tempat Pertama, Kedua
dan Ketiga Dalam Kelas Masing-Masing


Rabu, 12 Oktober 2011

Nota Fokus SPM Selesai Diedarkan

Seperti yang dijanjikan, pihak sekolah telah mengedarkan Nota Fokus SPM yang khusus yang telah diformulasi oleh setiap panitia untuk pelajar tingkatan 5.  Majlis penyerahan Nota Fokus SPM kepada setiap pelajar tingkatan 5 telah diadakan di Dewan Besar dengan dihadiri oleh Penolong Kanan, GKPM dan Ketua Panitia. Kita berharap ianya boleh dijadikan bekalan penting untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. Pengedaran Nota Fokus sengaja dilewatkan untuk membolehkan pelajar menumpukan perhatian khusus kepada program semasa guru masing-masing.  Nota Fokus SPM bolehlah dianggap sebagai "senjata terakhir" untuk calon SPM disamping boleh membantu mengurangkan perasaan keresahan dan kecelaruan kerana hari peperiksaan yang semakin hampir.






Barisan pengurusan dengan beberapa pelajar yang telah
menerima Nota Fokus SPM masing-masing

Isnin, 10 Oktober 2011

Lagi Penghargaan Untuk SMT Jasin

Lanjutan daripada kemenangan pasukan solar car dan boat solar SMT Jasin di peringkat kebangsaan, pihak JPN Melaka juga turut memberi penghargaan kepada pihak sekolah dalam majlis khas penytampaian hadiah baru-baru ini.  Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah JPN Melaka Tn Hj Mohamad Yusoff bin Osman.

Cikgu Rosman bergaya dengan pelajar pelajar yang dibimbingnya

Cikgu Rizal turut menerima hadiah daripada Tuan Pengarah JPN Melaka

Barisan pasukan SMT Jasin bersama guru penasihat serta VIP

Cigu Rizal  bersama Tuan Pengarah JPN Melaka

Kempen Anti Rokok dan Anti Couple

Pihak sekolah telah melancarkan kempen besar-besaran anti rokok dan anti couple dengan melaksanakan berbagai program. Salah satu kaedah ialah dengan pemasangan 40 unit poster yang direkabentuk serta ditempah khas.  Poster-poster berkenaan telah pun dipasang di lokasi-lokasi strategik sekitar asrama dan sekolah.  Berikut ialah beberapa contoh poster berkenaan.







Jumaat, 7 Oktober 2011

Kemeriahan Majlis Anugerah Kokurikulum

Pada 6 Oktober 2011 (Khamis) telah dilangsungkan Majlis Anugerah Kokurikulum serta Majlis Pentauliahan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.  Majlis telah dirasmikan oleh Encik Roslan bin Hj Ahmad (ADUN Merlimau).  Berikut ialah selingan foto serta klip video berkaitan untuk tatapan kita semua.  

Persembahan nyanyian solo yang menyegarkan


Persembahan hebat tarian zapin TJ


Skuad Bomba TJ sedia menanti pemeriksaan dibuat

Skuad JPA3 dengan uniform baru yang cukup segak bergaya

Pemeriksaan barisan pasukan Polis TJ 

Pemeriksaan barisan  Pasukan Bomba TJ



Bomba TJ Best yang cukup segak

Pasukan Puteri Islam pun  tidak kurang hebatnya

Olahragawan dan Olahragawati SMT Jasin bersama VIP

Pasukan Kompang TJ pun hebat juga ...

Selasa, 4 Oktober 2011

Majlis Anugerah Akademik, Bacaan Yaasin dan Solat Hajat

Pihak sekolah bercadang mengadakan Majlis Anugerah Akademik dan Bacaan Yaasin serta Solat Hajat sempena SPM 2011 pada 21 Oktober ini.  Disebelah pagi, penjaga berpeluang menyaksikan majlis anugerah kecemerlangan akademik (berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM).  Pelajar yang menerima anugerah terdiri daripada pelajar yang mendapat gred 6A ke atas dan pelajar dikedudukan pertama hingga ke tiga kelas masing-masing. Majlis bacaan Yaasin dan Solat Hajat SPM pula akan bermula jam 9.00 pagi di surau sekolah dan dihadiri oleh semua penjaga pelajar tingkatan 5.  Berikut ialah cadangan aturcara majlis pada hari berkenaan. SILA KLIK UNTUK IMEJ YANG LEBIH JELAS.



Ahad, 2 Oktober 2011

Arca Pelajar Perintis SMT Jasin Diperbaiki

Sebuah arca yang nampak terbiar dan semakin lusuh sedang dalam proses pembaikan.  Kerja-kerja menulis semula senarai nama kumpulan pelajar pertama (tahun 2000) SMT Jasin yang juga menjadi perintis kemasukan ke sekolah ini sedang dilaksanakan.  Pihak sekolah bercadang menggunakan bahan Alu Carbon, Acrylic 5 mm c/w Outdoor Sticker & Iron Frame untuk kerja pengubahsuaian berkenaan.  Dalam pada itu, saya menyeru kepada warga SMT Jasin yang mengenali atau dapat berhubung dengan mana-mana pelajar perintis (Tahun 2000) sekolah ini supaya mendapatkan butiran lanjut bekas pelajar berkenaan.  Pihak sekolah sedang berusaha untuk mengumpulkan dana bagi menampung kos pembaikan arca berkenaan melalui sumbangan yang mungkin boleh diberikan oleh bekas-bekas pelajar perintis ini.

Kerja membuka plak yang telah lusuh untuk digantikan dengan plak baru
untuk menjadikan arca kelihatan lebih menarik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...